Friday, April 1, 2011

APRIL FOOL !!!

- saLam -

sempena 1April ni Mr iZzo nk kongsi cerita mengenai sejarah disebalik April Fool ni
bukan apa, masih ramai lagi orang tidak tahu apa itu April Fool
sedih Mr iZzo tgk sahabat seagama kita yg masih lalai dan seronok dengan April Fool ni..
jom kita tengok apa sebenarnya April Fool tu..asal usulnya..
untuk renungan kita bersama (^_^)

APRIL FOOL, BUAT RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA !!!


April Fool's Day  mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol.Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.


Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.


- Petikan drpd Risalah Fikrah
Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu
rawahuttirmizi Illal Liqaq .



Mr iZzo kata : ramai org kita yg masih menganggap semua itu hanya gurauan.padahal ia adalah perayaan kafir laknatullah jatuhkan Islam. Mr iZzo sedih..

3 comments:

pemuda30 said...

selamatkn anak bangsa seagama kita

asma (^_^) said...

fakta yg menarik..terbaik! (^_^)

mr Ej said...

terbaik!!