Friday, April 22, 2011

Kelebihan Hari Jumaat

saLam semua (^_^)
selamat pagi dan seLamat hari jumaat..
moga hari ini dipermudahkan segala urusan kita..
baik urusan dunia mahupun urusan akhirat..
amin!

Mr iZzo share sikit tentang kelebihan hari Jumaat ni..
Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul aiyam' iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”


antara hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari jumaat:
  • Adam dicipta dan hari Adam dikeluarkan dari syurga
  • Hari kiamat akan berlaku
  • Orang yang meninggal pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari kiamat
  • Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.
  • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
  • Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
  • abda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.
  • Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.
  • Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.


2 comments:

Alan Rizque said...

Jom pergi awal ke masjid hari ni..

akutetapaku.com said...

gegar kembali d sini!!!!!!!!!!!!!!