Thursday, April 7, 2011

Senyuman (^_^)

jom kita mulakan hari kita ni dengan senyuman (^_^)
bukan hari ni je..tiap2 hari tau..bangun pagi jer terus senyum! boleh?
mesti la boleh..hehe..

senyum..satu perbuatan atau pelakuan yg mudah..simple je kn..
ia sederhana, tapi dahsyat..luar biasa..
ia kecil,simple je tapi maknanya tu amat besar sekali
senyum amat berharga..

senyum itu sedekah, senyum itu awet muda, 
senyum itu kemesraan, senyum itu pengikat sahabat,
 senyum itu penambah kasih, senyum itu pelaris jualan, 
senyum itu pengiktirafan, senyum juga pemanis wajah, 
senyum menambahkan kecantikan 
dan yang pastinya senyuman itu membawa kebaikan.

Senyum juga perlu dimasukkan roh ikhlas, 
senyum ikhlas adalah senyum kerana Allah, 
senyum kerana menyahut perintah Allah dan Rasul.
 Orang Islam disuruh senyum dan dilarang sombong dan sombong diri.

jadinya..biarlah aper pn jadi, kita senyum saja~ (^_^)

No comments: