Saturday, June 4, 2011

Gerhana Bulan Penuh

Assalammualaikum & Salam sejahtera…

Planetarium Negara di bawah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan kerjasama Masjid Negara akan mengadakan Program Pencerapan Gerhana Bulan Penuh.

Maklumat program adalah seperti berikut:

 Tarikh : 16 June 2011
Masa : 1.00 pagi hingga 7:00 pagi
Tempat : Perkarangan Masjid Negara, kL
Bayaran : PERCUMA


Sehubungan itu, kami di Planetarium Negara ingin menjemput tuan/puan dan keluarga untuk bersama-sama menyaksikan fenomena ini. Selain daripada menyaksikan gerhana bulan penuh, tuan/puan  juga berpeluang untuk mencerap (observe) planet Jupiter/Musytari, Mars/Marikh dan Venus/Zuhal. Antara aktiviti lain yang akan turut diadakan adalah kuiz, ceramah gerhana dan solat gerhana. Kepada anda yang mempunyai teleskop sendiri, anda digalakkan untuk membawanya bersama. Makanan tidak disediakan justeru, anda digalakkan untuk membawa makanan, tikar duduk atau khemah mengikut keselesaan sendiri.

 Jumpa anda di sana..(^^,)
  
Dalil dari Aisyah r.a. berkata :
ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.
Ertinya : Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana”
(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)



5 comments:

سيتي عإيشه Aisyah said...

Subhanallah~ dah lama tak tgk gerhana bulan..

سيتي عإيشه Aisyah said...

subhanallah, dah lama tak tgk gerhana bulan

Mr iZzo (^^,) said...

nanti 16.6 ni boleh la datang tengok..(^^,)

ahsfantasy24 said...

na pegi..
tp jauh sgt.,..
huk3~

Fyqa said...

insyAllah :')