Friday, September 9, 2011

Gambar Kesan Pendaratan di Bulan



IMEJ yang diambil oleh LRO (Lunar Reconnaissance Orbiter) yang dikeluarkan kelmarin merakamkan tapak roket Apollo 17 menadarat di Bulan dan kesan jejak tayar kenderaan dan bekas tapak kasut yang ditinggalkan oleh angkasawan misi Apollo beberapa dekad yang lalu dapat dilihat dengan jelas.-Reuters

Sebuah kapal angkasa milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) merakamkan gambar permukaan Bulan yang begitu jelas sehingga menampakkan jejak tayar kenderaan dan bekas tapak kasut yang ditinggalkan oleh angkasawan misi Apollo iaitu Alan Shepard dan Edgar Mitchell beberapa dekad yang lalu.
Tiga imej beresolusi tinggi yang dipancarkan oleh Pengorbit Tinjauan Bulan (LRO) milik NASA menunjukkan butir-butir yang jelas tapak pendaratan di bulan bagi misi angkasa lepas Apollo 12,14 dan 17 yang dilancarkan pada akhir 1960-1n dan awl 1970-an. Malah imej itu juga turut mendedahkan setiap haluan jejak tayar apabila angkasawan Apollo yang meneroka permukaan Bulan dengan memandu kenderaan lasak menukar arah.
"Kami boleh menjejaki semula langkah angkasawan dengan lebih jelas untuk melihat lokasi mereka ketika mengambil sampel permukaan bulan." kata ahli geologi bulan, Noah Petro di Pusat Penerbangan Angkasa Goddard di Greenbelt, Maryland.  Imej itu juga memperlihatkan jejak-jejak yang jelas pada permukaan bulan apabila angkasawan keluar dari modul Apollo dan meneroka bulan dengan berjalan kaki.
NASA berkata, visual terbaru yang meankjubkan itu dapat dirakamkan disebabkan oleh perubahan pada orbit kamera altitud rendah yang membolehkan gambar diambil dari jarak kira-kira 21 kilometer oleh LRO. AFP

ye ke ni? leh caya ke? hehehe..aku pun xpasti..just wanna share ilmu angkasa (^^,)

No comments: