Thursday, June 30, 2011

Bersih 2.0 - Macam-macam Ada

assalamualaikom

Mr iZzo nk berceloteh skit pasal Bersih 2.0
yang bakal diadakan pada 9 Julai 2011 nanti

Kerajaan haramkan baju T Bersih. "adalah menjadi kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju berkaitan Bersih-Hishammuddin Hussein"

Petaling Jaya : Polis serbu dan geledah pejabat sekretariat Bersih yg terletakl di Seksyen 4,PJ.

Sungai Siput : ADUN Teja-Chang Lih Kang,ADUN Jalong-Leong Mee Meng, bersama 13 yg lain ditahan polis kerana pakai baju T Bersih.

Kuala Lumpur : Polis hanya tunjuk IC ketika rampas baju T Bersih milik seorang peniaga,Mohd Razali Abdul Rafar

Klang : 5 anggota AMK Kapar ditahan polis, juga kerana pakai baju T Bersih.

Kuala Lumpur : Polis panggil Anwar ke IPD Dang Wangi sebab ceramah pasal Bersih

Shah Alam : Paku ditabur sekitar tempat letak kereta untuk sabotaj program solat hajat dan pidato sempena Bersih.

Shah Alam : A.Samad Said kutuk pengharaman Bersih dan beliau tegaskn yg beliau tetap akan hadiri Bersih. katanya lagi, kerajaan betol2 takot dengan Bersih.

Pelekat kereta palsu untuk sabotaj Bersih. Pelekat palsu tertera perkataan "bersama kita tumbangkan kerajaan sekarang". selain itu, ada juga risalah palsu tertera perkataan sama diedarkan.

Pulau Besar : Tiada sebab pertubuhan seni silat mesti musuhi peserta Bersih, kata Cikgu Majid Md Isa-Guru Utama Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia.

Petaling Jaya : kerajaan dijangka akan gunakan DARURAT untuk halang Bersih.

macam-macam adaaaaaa~ banyak lagi cerita Bersih ni..nanti lah taip lagi..hehe
yg kerajaan dengan caranya...
yg pembangkang dengan caranya..

kita ni rakyat? apa pon tak boleh...huh
harga barang makin naik dan naik..

Wednesday, June 29, 2011

Umpan Jinak Di Air Tenang

jom layan lagu ni...
nostalgia sungguh petang2 ni..hehe (^^,)


Madah berbunga alun suara
Terdengar merdu hanya dendangan
Madah berbunga alun suara
Terdengar merdu hanya dendangan

Wajah yang indah ditatap saja
Hati yang satu di gadai jangan
Wajah yang indah ditatap saja
Hati yang satu di gadai jangan

Jangan tergoda bintang di awan
Kalau terbitnya di siang hari
Jangan tergoda bintang di awan
Kalau terbitnya di siang hari

Jinak merpati makan di tangan
Jangan di kurung di sangkar hati
Jinak merpati makan di tangan
Jangan di kurung di sangkar hati

Seribu senyum seribu madah
Mungkin di kuntum racun yang bisa
Seribu senyum seribu madah
Mungkin di kuntum racun yang bisa

Kalau terkorban jiwa merana
Seribu sesal apa gunanya
Kalau terkorban jiwa merana
Seribu sesal apa gunanya

Merdu di dengar indah di pandang
Awaslah umpan di air tenang
Merdu di dengar indah di pandang
Awaslah umpan di air tenang

Kasih dan budi bukan mainan
Tergadai hati jiwa tebusan
Kasih dan budi bukan mainan
Tergadai hati jiwa tebusan

Harga Ayam Naik RM1

assalamualaikom

harga naik lagi..naik, naik dan terus naik..
gaji je tak naik lagi..huh

ayam - RM8.00-RM8.50 sekilogram
ikan kembong - RM12.00 sekilogram

kenanyakan ikan semua naik 100%-200%

pergh...giler ar..
peniaga terpaksa naikkan harga sebab
pembekal tolak dengan harga yg mahal

siapa yg bertanggungjawab?
peniaga kata pembekal,
pembekal kata barang susah dapat..

pengguna? pembeli? apa pun tak boleh!

aperpn...

RAKYAT DIDAHULUKAN
PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

gambar peniaga ChowKit - Gambar myMetro

Tuesday, June 28, 2011

Hari Kemalangan

assalamualaikom

pagi semalam Mr iZzo kena pergi ke HQ
Ibupejabat ANGKASA di Putrajaya..
jalan yang mudah dan tidak kesana ialah
highway MEX..highway baru Putrajaya..xla baru sgt

semasa pergi, jumpa satu kemalangan..
sebuah teksi KLIA terbabas..
langgar devider..
rasanya xder kemalangan jiwa kot..
kereta je remuk terok bahagian hadapan dan
sebalah kanan..
teksi KLIA

 ontheway balik ke Kuala Lumpur,
sebuah bas Rapid KL melangggar sebuah van..
yg ni terok sikit.. sebelah kiri bas remuk teruk..
van berpusing dan remuk teruk jugak..
ngeri siot tgk keadaan bas tu..
sayang skali tek sempat snap pic dr depan..
polis tu tak kasi berhenti..huh
Rapid KL dan Van

 yang ni sikit jer..tayar pancit..hehehe
Vios

Satay Ikan Terkecil

assalamualaikom

dah 2 hari Mr iZzo tak update blog ni..
sebok sangat dengan aktiviti sukan ANGKASA
huhuhu~ eh..ngarut plak dah..

ni haaaa nak citer pasal satay ikan terkecil..
 tengok pic ni.. (^^,)

  
macam ni pn dia bungkus..

Sunday, June 26, 2011

Sukan di CIAST

assalamualaikom

semalam berlangsungnya Sukan KESKA,ANGKASA
team PN vs HQ vs PAN
PN (Planetarium Negara)
HQ (ibupejabat)
PAN (Pusat Angkasa Negara)

sukan yang dipertandingkan semalam
bola tampar, sepak takraw, pingpong
dan indoor game..

harini semua staff ANGKASA turun bersukan..
pada yang support tu tahniah..

bersukanlah untuk kesihatan.. (^^,)

team PN vs HQ

Thursday, June 23, 2011

MHI pun kucar kacir

assalamualaikom

sapa ada tengok MHI pagi tadi?
sapa tengok mesti tahu kenapa Mr iZzo post ni

MHI membicarakan isu bapok/maknyah/pondan..

ada seorang ustazah ni kata :
"jadi pondan ni xper asalkan tidak menyusahkan orang
dan mengganggu orang lain"

matlamat tidak menghalalkan cara
Haram bagi lelaki yg menyerupai perempuan

yg sedihnya, ulasan diberikan oleh seseorang
yg bergelar ustazah..patotnya dia kena sensetif sikit soal
hukum hakam ni..bukan main buat andaian sendiri je..

abih la pasni pondan2 akan berbeliaran dengan
bangganya..ye la,dah xsalah kot...

hmmmm..dunia oh dunia

Pulut Mangga

assalamualaikom

jom buka selera pagi ni dengan pulut mangga
pernah makan? huhu.. Mr iZzo pn baru first time
rasa pulut mangga ni.. series sedap giler kot..

macam makan pulut durian jugak..
ada pulut dan santannya..
cuma isinya ialah mangga..

mula2 tu sangsi gak nk try..sedap ke?
skali dah suap...terus terpesona..hehehe


Wednesday, June 22, 2011

AKU PROMOSI KAU PROMOSI AKU


lagi segmen Mr Ben
nk join jugak? Klik Sini

jom promot..aku promot kau..kau promot aku
huhuhuhu (^_^)

Tuesday, June 21, 2011

Oh indahnya Matahari

assalamualaikom

petang2 ni jom kita tengok gambar matahari
indah dan agungnya ciptaan tuhan..

gambar ni di ambil oleh Karzaman, dari ONL, Langkawi
iaitu salah satu campus ANGKASA..

ada org tanya,tak silau ke tengok matahari..siap snap pic lg..
kita menggunakan Solarmax
solarmax - solar teleskop dengan penapis Hidrogen Alpha

kalau tengok terus bukan setakat silau..buta terus la jawabnya
jom tengok hasil karya En.Karzaman ni..



Omong Kosong...

assalamualaikom

alkisahnyer terdapat segelintir manusia
yang hanya tahu cakap jer lebih hasil tiada

situasi :
ada satu event dianjurkan..pihak A serahkan tugas pihak B..A serahkan segalanya untuk B uruskan event tersebut..tetapi B tidak mengambil sebarang tindakan pun..dateline sudah sampai tetapi tiada apa-apa pun yang B buat..jadi A pun ambil alih tugas tersebut..

apabila A mengaturkan segalanmya..B marah plak..bising-bising kata A memandai je buat keputusan tanpa rujuk B..sedangkan dalam tempoh masa yg A bg pada B untuk anjurkan event tu, B buat tak tahu jer.. bila A da aturkan semuanya, B pulak melalak pada A

apakah itu? please lah..

B, kalau u dah xnak buat..u ikut sajer lah..support lah sikit..xyah la nk melalak macam u tu dah bagus sgt..bila suruh buat xnak buat..bila org tolong buat u bising.. kemon la..

Sunday, June 19, 2011

Pertandingan Seni Suara dan Gaya Burung

Assalamualaikom

harini Mr iZzo ada lg event yg syok..
Pertandingan Seni Suara dan Gaya Burung
Event ni diadakan di Tesco Extra,Seberang Jaya

Mempertaruhkan suara dan gaya burung..
Ramai peserta yg mantap2..
Semua golongan turut serta..

Mai la ramai2 tengok burung (^^,)

Saturday, June 18, 2011

Blues Untuk Aku...

Sekali sekala layan blues di tepi pandai
best jugak..hahaha..mood jiwang plak

Mr iZzo sekarang di Pantai Ferringhi..
Menanti kehadiran semua rakan2..
Oh penantian...huhu

harap aktiviti harini berjalan lancar..
Jom layan pantaiiii!!! Huhu

Friday, June 17, 2011

Staff Walkday @Planetarium Negara

Pagi tadi Mr iZzo ada event Staff Walkday..
Event ditaja oleh Nestle

best! Meriah! Terbaik!
Tq En.Jong sebagai pengelola

harap ada lg pas ni..hehe

p/s : bersenamlah untuk kesihatan yg sempurna

Aduhai jem..

Kesesakan lalu lintas atau jem adalah perkara biasa bg mereka yg bekerja..
Nak plak bg mereka yg menaiki kereta..

Nampak simple je tp ingat ia adalah anugerah
nikmat yg Allah bg..mcm pelik je bunyinya..hehe

jem amat menguji kesabaran...
Setuju tak? Sokong angkat tangan! Hehe

mental kena kuat woo kalau sangkut dalam jem
habis keluar nafsu amarah..
Kalau tak sabar macam2 boleh jadi..

Sekarang ni aku pn sedang meredah jem..
Lewat la nampaknya sampai Penang ni..
Huhu..xper,tidooo duluuu..(^^,)

Pulau Pinang tungguuu...

Mr iZzo sekarang ontheway ke Penang

doakan Mr iZzo selamat semuanya ye..(^^,)

Tonga De Futsal, Equine Park

peace yaaa
malam tadi Mr iZzo n team ANGKASA
gi layan futsal di Tonga, Equine Park

bersukanlah untuk kesihatan
hehe (^_^)

Thursday, June 16, 2011

Harga Minyak RON97 Turun

Harga minyak RON97 turun RM0.10
dari RM2.90 kepada RM2.80 seliter..

penurunan pertama setalah naik sebanyak 
empat kali.. RON95 kekal RM1.90 seliter..

Datuk Hashim Othman kata :
" penurunan ini selaras dengan harga pasaran dunia"
"elok lah harga turun, boleh ringankan beban
pengguna RON97"

baru nk tau ka beban wahai Hashim?

PERANG BLOGGER


join segmen bro Ben Ashaari

Gerhana Bulan Penuh 16 Jun 2011 - Oh indahnya bulan

assalmualaikom

ni Mr iZzo nk share gambar hasil pencerapan
team Planetarium Negara,ANGKASA di perkarangan
Masjid Negara, Kuala Lumpur

Gerhana Bulan Penuh 16 Jun 2011

subhanallah..indahnya bulan~ (^^,)

Gerhana Bulan Penuh 4.05am

Gerhana Bulan Penuh, di Masjid Negara 4.05pagi

Gerhana Bulan Penuh
jom solat sunat gerhana..
sini, di Masjid Negara sudah selesai solat sunat gerhana

Gerhana Bulan Penuh 3.30am

indahnya bulan..subhanallah..
antara gambar gerhana bulan..
hayatilah keindahan ciptaan ALLAH..
gambar oleh team Planetarium Negara,
pencerapan di Masjid Negara

Penumbra - Permulaan gerhana bulan penuh
Penumbra - 2.23pagi
Gerhana Bulan Penuh 3.34pagi
cantiknya bulan...oh bulan~ (^^,)

Facebook Malaysia Lunar Eclipse

assalamualaikom

sekarang sedang berlaku gerhana bulan penuh..
sekarang ni bulan dah separuh gerhana dah..
gerhana penuh akan berlaku sebentar lagi..
iaitu pada jam 4.13pagi..

Mr iZzo sekarang di perkarangan Masjid Negara
bersama dengan team Planetarium Negara mencerap
gerhana bulan penuh..

pada yang tak dapat datang boleh lah tengok secara "LIVE"




Wednesday, June 15, 2011

Sila Saman Bersih

Golongan yang terjejas akibat himpunan Bersih
nanti dinasihatkan untuk saman Bersih..

kata Datuk Ahmad Maslan "saman tersebut alah untuk tuntut gantirugi berikutan pandapatan mereka terjejas akibat himpunan Bersih tersebut"

"Perhimpunan itu akan menyusahkan rakyat, merugikan penjaja dan peniaga yang memiliki kedai serta menakutkan pelancong untuk datang ke negara ini.

"Selain itu, ia juga merugikan pemandu teksi di ibu negara, menghuru-harakan keselamatan dan memberi imej tidak baik kepada Malaysia di luar negara," 


Perhimpunan Bersih Terus Dibantah

assalamualaikum

Himpunan Bersih 2 akan dibuat pada 9 Julai ini..
Bersih mengundang kemarahan ramai pihak...
dah 350 laporan polis dibuat oleh NGO, parti politik, persatuan dan individu di seluruh negara sejak seminggu lalu sehingga semalam...

peniaga, pemandu teksi pn turut bersuara tak puas ati..
ye lah, kacau periuk nasi diorg kot..


macam himpunan lepas, banyak kerosakan,
peniaga kerugian, jalan sesak..

nk salahkn sapa pn xtau..perangai polis pun
boleh tahan jugak 'sopan'nya

harap semuanya dapat ditangani dengan elok..
polis xyah la ganas sgt..

pastu nanti kuar Al-Jazeera xtau nak cakap ape..
memalukan jer,,shian 'orang tu' buat malu Malaysia je..


Bersih pertama 2007

Gaji Minimum Akhir Tahun

assalamualaikum

suka Mr iZzo baca paper hari ini...
berita gembira untuk penjawat awam semua..
gaji minimum akhir tahun 2011 ni..
harap jadi realiti lah..amin!

PM kata : “Apabila diluluskan, majlis berkenaan akan ditubuhkan dan selanjutnya gaji minimum dapat dilaksanakan sebelum akhir tahun ini," "Sekarang, cabaran kita sebagai pekerja, majikan, kerajaan dan rakyat sama ada penjawat awam atau pekerja swasta adalah untuk menyumbang ke arah menjayakan transformasi negara kepada negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020,"


Tuesday, June 14, 2011

Aktiviti sihat dipetang hari..

assalamualaikom

petang2 selalu gi jogging ke..bersenam ke..
jangan pi mesyuarat tingkap, ngumpat sana sini dah la yer..
hehehe...tu aktiviti tak sihat..

petang td Mr iZzo senaman jugak..
senaman mulut..hehe..karaoke!
meh ler umah kita layan sama2..(^^,)


BEN ASHAARI : 5 BLOG PILIHAN HATI


join segmen Mr Ben lagi~ (^^,)
nk join? klik sini

5 BLOG PILIHAN HATI Mr iZzo

support kawanku..byk jugak kata2nya yg menarik
info2 terkini jugak ada disana..

info2 artis always Mr iZzo tahu dari situ

a lot of info n tips..teruja dgn barangan yg mahal2 giler
tak mampu kot Mr iZzo nk sebegitu rupa..hehe

banyak info menarik disini..terkini dan
macam-macam adaaaaa~

always lawat sbb aku suka download movie!! hehe

Blair Baca Al-Quran

assalamualaikom

Tony Blair dilaporkan membaca Al-Quran setiap hari
biar betol? ye ke? setiap hari kot..
itu lah yang dikhabarkan..
kalau ye alhamdulillah..
moga ALLAH buka pintu hati Blair

Blair kata "saya membaca Al-Quran setiap hari,antaranya untuk memahami sesetangah perkara yang berlaku di dunia, tetapi lebih penting ia bersifat instruktif"

Blair juga sebelom ni pernah puji Islam agama yang indah dan Nabi Muhammad sebagai tokoh.

kita ada baca Quran? ada kaji isi Quran?
sama2 lah kita muhasabah diri...

Tony Blair
adik ipar Blair,Lauren Booth memeluk Islam
September tahun lalu

Gadis Melencong...

assalamualaikom...

bila Mr iZzo baca Metro pagi tadi..terbaca berita tajuk
'siswi pulang bercuti melencong pergi berkhalwat'
apa la nak jadi gadis melayu zaman sekarang ni..

gadis berusia 22 tahun, penuntut di sebuah ipta di Selangor
sepatotnya pulang bercuti ke kedah tetapi transit dulu kt
Butterworth untuk berkasih sayang..
mana akidah, mana agama, mana adab sopannya...
dik, ingat dik,dunia ini persinggahan jer..
gadis akhir zaman~
hmmmm,sedih......

artikel dari Harian Metro - Klik Sini -

Monday, June 13, 2011

Kekecohan antara Pekida vs KL Gangster & Kongsi

assalamualaikom


dah tengok KL Gangster? p la tgk..terbaik!
huhu~ aksinya menarik..filem aksi melayu terbaik..
aksi2 tak nampak kaku..tahniah KL Gangster..

Kongsi plak bg Mr iZzo, jalan ceritanya kurang menarik la..
cuma aksi dan komedinya saja menarik..tapi jln cerita hancur..

baru2 ni kecoh Pekida nak saman KL Gangster dan Kongsi
sebab?ada kod rahsia Pekida yang digunakan 
dalam filem KL Gangster dan Kongsi..
ada ke? tak perasan pun apa yang kod rahsianya..hehe

bg Mr iZzo setakat 'ayahanda' 'abglong' dah 
bukan kod rahsia lg kot sebab dah bersepah..
searh je kat Facebook..
contohnya : 


see? dah terdedah berlambak di FB..search je

macam lawak plak jadi macam ni..
lagi mendedahkan ada la..
sekarang dah tak macam dulu..
sendiri buka sendiri buat pelik..

ini petikan dari Harian Metro

Awie sempoi..relax jer.."tak perlu melatah..."
awie kata macam ni ~ Klik kalau nk baca hehe

ni pandangan Mr iZzo jer...
apa kata korang?

Fasa ke 4 Rumahku

assalamualaikom

Mr iZzo kongsi aktiviti di kampong selama 5 hari aritu..
upgrade rumah lagi! hehe..kali ni dah masuk fasa ke 4..

seronok kalau dok kampong ni...
tak perlu lah nak upah indon atau mana2 tukang
sebab sifat kejiranan masih ada di kampong..
ada jer orang datang tolong..

tolong menolong..gotong royong..best!
buat kejer pn tak la penat sangat..
seronok tau~

lori simen sampai
landasan simen nk lalu..hehe
ratakan simen
bekerjasama
boss n along
90% siap..hasil penat lelah
jamuan..huhu - bihun gorang+rebina ais
relax sat~ penat woo

lagi gambar dalam FB Mr iZzo ye~ (^^,)

Sunday, June 12, 2011

Kembali ke Kuala Lumpur

Malam ni Mr iZzo balik kL..
Naik bas kul 11.30 mlm..
Bas pilihan of coz Sani Express
sebab bg Mr iZzo selesa..

Doakan semuanya selamat ye..

Bye kedah..huhu..

Friday, June 10, 2011

Lelaki Bersenjata...

Hehehe..yes yes je lelaki wanted..
Padahal muka sendiri..hehe
ni masa aku pi jalan2 di Sejuta Belia,Putrajaya

Tuesday, June 7, 2011

Balik kampong...

Assalamualaikom...

Mr iZzo la ni dok ada dalam bas..
Menuju ke Alor Setar nuunn di sana..
Tuuuudia terus tukaq lorat..hehe

lama jugak tak balik kg ni..
Doakan moga perjalanan berjalan lancar..

Aloq staq tunggu cek balik ni!! Hehe

Mencari dan Melihat Bintik Matahari (Sunspot)

assalamualaikom

tadi Mr iZzo sempat join En.Redzuan cari sunspot..
pernah tengok matahari?
maksud Mr iZzo cerap/teropong guna teleskop..

xpernah? siLa lah ke Planetarium Negara untuk tengok
matahari..hehe..tp datang masa ada event jer lah..
sebab Planetarium tak keluarkan teleskop hari2 biasa..

pasang teleskop
mencari sunspot
sunspot