Thursday, September 29, 2011

Penuggu Hospital Kuala Lumpur

Assalamualaikum w.b.t

kerja baru aku nih..jadi penuggu kt HKL..hehehe
ramai giler orang..macam2 ragam ada..fenin2

nombor giliran aku 1615 dan nombor sekarang 1368..
Wow!!! Lagi 247!!! Sabar je laaaaaaa

Friday, September 23, 2011

Alia Si Budak Kecil

Assalamualaikom w.b.t

malam ni aku bawa sibudak kecil Alia keluar makan2..
Shian dia kerinduan,lama gak xjumpa,dah kt sebulan..
Bukan main suker dia da dpt jumpe..hehehe

membebel je mulut dia citer itu ini kat aku..Hehe (^^,)

Macam ni punya cerdik dan comel pun mak bapak dia xnak..
Sedih aku.. Geram pun ada gak.. Apa punya parent daaaa..

Blackmores - 2D1N in Singapore

assalamulaikom w.b.t

mR iZzo baru jer join satu contest ni..senang jer..
Blackmores Our Best Moment namanya..

nk join jugak? senang jer..

1. sing up
2. upload gambar
3. hias gambar anda n publish

senang je kn? mn la tahu ada rezeki..cuba je..hehe

support me ya kawan2 ku semua..(^^,)
buka SiNi dan pegi ke page 3, like photo sy ei...
pleaseeeeeeeeeeeeee like...(^_^) buat muka comel skit..hehe
like kan ei..

hanya 3 step mudah untuk join

tolong like gambar yg dalam bulatan merah tu ye..pleaseeee (^^,)

like ei, like laaa.. pleaseeeee.. (^^,)

Tahu ke Tak Tahu?

assalamualaikom w.b.t, selamat pagi (^^,)

jom amik tahu sekejap pagi2 ni..kejap je..tambah ilmu pengetahuan sambil sarapan tu..hehe

  • Purata sebatang pensel boleh melakar garisan lurus sepanjang 56 km atau menulis 50,000 perkataan. America menghasilkan dua bilion batang pensel setiap tahun. Jika kesemua pensel itu digunakan utk membuat garisan lurus ia boleh membuat bulatan mengelilingi bumi sebanyak 9 kali
  • Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak.
  • Kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan
  • Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km
  • Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.
  • Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.
  • Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan
  • Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.
  • Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.
  • Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.
  • Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu
  • Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah
  • Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki untuk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.
kredit info to Hafiz

Thursday, September 22, 2011

5 Syarat Untuk Buat Maksiat

assalamualaikom w.b.t

jom muhasabah diri dipetang hari..(^_^)
kuliah asar..ceeewah..hehe

5 syarat untuk buat maksiat...

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia 
berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong 
berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim 
berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu 
melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan 
tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba 
Ishak?" 

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada 
Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengenyitkan kening 
seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di 
bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah 
memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu 
berkeinginan melanggar larangan-Nya?" 

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di 
bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim 
kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu 
layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu 
melanggar segala larangan-Nya?" 

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang 
ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah 
tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu 
kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam 
mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin 
demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata 
Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. 

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, 
katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu 
bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan 
kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut 
akan memenuhi permintaanku?" 

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh 
menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau 
boleh lari dari kemurkaan Allah?" 

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai 
Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api 
neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya." 

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba 
Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak 
kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air 
matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." 
katanya sambil terisak-isak. 

Ada empat hal yang dapat mengangkat seseorang kepada darjat yang 
tertinggi, walaupun amal dan ibadahnya sedikit, iaitu sifat-sifat 
penyantun, merendah diri, pemurah dan budi pekerti yang baik. Itulah 
kesempurnaan iman Abul Qasim Al-Junaid


Bang Bang Boom Birthday

assalamualaikom w.b.t

malas nk menaip..jom layan pic..hehe
kena bang bang boom masa meraikan birthday..
abis jadi hantu tepong..huhu
skali sekala tebiat mcmtu happening gak..(^^,)








Wednesday, September 21, 2011

Lagi Jawapan Pelik Artis Isu Tudung

assalamualaikum w.b.t

sekarang ni kan heboh pasal si Mamat dan Fida ni..
nak plak si Fida kantoi gambar tak bertudung..
gambar plak di snap oleh mamat..
landak korang la yer nk bergambar ke haper ke
mamat n fida
yg aku nk blogkn pasal tu haaaa..jawapan2 pelik artis2..hehe
dah dua tiga post jugak la aku blogkn pasal jawapan2 artis ni..
ni tambah lagi satu koleksi jawapan 'pandai' artis Malaysia
entry lepas klik SINA dan SINI dan SITU


Kenyataaan Mamat Sepah :
"Saya mengakui itu adalah salah saya tetapi sejujurnya saya tidak berniat untuk mengaibkan nama baik Fida pada mata masyarakat. Dia adalah seorang gadis yang baik ".

"Semasa kejadian Fida di dalam kereta dan secara spontan saya mengambil gambar tersebut tanpa menyedari sebahagian rambutnya terdedah tambahan pula saya tidak memakai cermin mata."

mamat xperasan..tp fida posing..hehe
salah sapa ni? fenin fenin

Antara Seru, Cantik dan Agama

assalamualaikum w.b.t

jom usha awek2 ni dulu... mana yg cun?


comel kan? cantik-cantik belaka...

ceritanya isu bertudung...
ada yg kata dah sampai seru nanti pakai la..
xsampai seru lg..nanti2 da smpai seru baru la pakai ..
hak individu! ko sebok pehal..aduh! kena sembur balik..hehe

cantik..ada yang berkata...
cantiknya dia pakai tudung..lalu pakai la tudung mcm2 fesyen
tutup xtutup, sempurna xsempurna itu blakang kire..
janji cantik!

agama..ada yg berkata
eerrkkkk..xleh taip ni..sensetif!
 ah kau, nk ckp orang,ko pun xbetol..
xyah ckp bab agama dgn aku, aku tau la hukum hakam
aku tau la batas2 dalam agama..
tuuuutttttttttttt..........tahu tp terbuka jugak..fenin fenin

tengok pic ni pulak
yang ni? no komen..nnt kena marah..diorg tau batas2nya

dan yg ni lagi fenin
elok-elok tutup litup, dah makin keterbukaan..

tu laaaa...dulu omak tak bg kau jadi artis kau nk jadi artis..
kan omak dah pesan, jadi artis nnt kau miskin..
dulu elok jer engkau mampu beli kain penuh..
skrg dah jadi artis, kan kau dah tidak berkemampuan..
sedih omak nengok engkau ni....
xyah la jadi artis
(gurau je ye..la la la la la)

Wordless Wednesday #10 Sup Tahi

bihun sup perot
perot masih berTAHI

full story di entry SUP PEROT BERTAHI

Tuesday, September 20, 2011

Aishiteru versi Dikir Barat


meh layan Aishiteru versi dikir barat..
sangat kreatif..hehe
layan~

Rugi RM16,000 Untung Malu

assalamualaikum w.b.t

dah baca paper harini? Harian Metro. Kisah seorang wanita berusia 29 tahun yang kerugian RM16000 bila bakal tunang lesap.

baca artikel penuh di Metro atau Klik SiNi

cinta itu membutakan manusia..bukan cinta tu buta tp manusia yg bermain cinta itu yg buta.
pada pasangan yg dalam proses ke arah perkahwinan boleh lah amik ikhtibar dari kejadian ini.
berhati-hati lah sebab sekarang ni manusia macam2 perangai...

kasihan wooo..dah lah melepas RM16000
majlis tak jadi..pasangan pulak lari..
apa pun tak boleh..malu jer dapat..
dugaan buat mereka..moga ALLAH merahmati
dan memberi hikmah yg DIA inginkan disebalik kejadian itu

................................................................................................ dari sudu lain.......

sebab kenapa tidak digalakkan hebah tentang pertunangan ialah untuk elak dari malu bila putus ditengah jalan..berbalik pada asasnya yg maybe sekarang dah tidak diamalkan kot rasanya..
belom apa2 lg dah heboh satu kampung..sanak saudara semua dijemput..
trend baru skrg...penuh status di FB..betol kan? itu realiti sekarang...


bertunang ni proses kenal hati budi masing2... ngam! ON! baru hebah..then akad nikah..majlis kenduri. KO? putus..cari lain.. orang xtahu, xmalu..sebab tu tidak perlu hebah2 lagi semasa tunang..
itu duluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...sekarang? boleh ke kembalikan zaman itu???


dunia akhir zaman...................

Kursus Asas Pertolongan Cemas dan CPR

assalamualaikum w.b.t

semalam 19.09.2011 aku bersama rakan2 sepejabat mengikuti Kursus Asas Pertolongan Cemas dan CPR. Alhamdulillah kursus berjalan lancar dan penyampaian yg terbaik dari En. Aziz dan En. Wan membuatkan semua peserta kursus kusyuk sampai tamat kursus.

selalunya kursus2 ni bosan, mengantok semua ada..tapi tengok penceramah gak la kan..kalau penyampaian ok, pandai ambil hati pendengar..ceramah xla jadi boring..
ini mendatar je dari mula sampai habis..mau separuh kelas tidur ditengah jalan..hehehe

sesi ceramah di selang seli dengan sesi praktikal.

minggu depan exam...lepas exam dan lulus baru dapat sijil. dah ada sijil baru layak untuk bagi pertolongan cemas kt orang... baru diiktiraf.. (^^,)


Sunday, September 18, 2011

NASA Aidilfitri Open House

assalamualaikum w.b.t

dah bersawang dah ni..hampir seminggu xusik blog..huhu..so busy!

khamis lepas, NASA buat Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2011..
ye ye je NASA..nama nak best je..hehehe (^^,) 
National Space Agency atau nama sebenarnya Agensi Angkasa Negara

sambutan Aidilfitri tahun ni ada kelainan sikit..buat ala ala santai gitu...
di bawah pokok di taman, buat bbq, panggang memanggang..
ada plak karaoke dan beberapa aktiviti lain..meriah abis!




tq abang2 catering (^^,)
abg Mat Tom Kurus..hehe 
Mr iZzo vs En. Hamka

Saturday, September 10, 2011

Aku dan Budak Kecil

Senyum tak perlu kata apa-apa (^^,)

RUmah Terbuka Aidilfitri JRP,MINDEF

Assalamualaikum w.b.t

hari ni JRP,MINDEF buat open house Aidilfitri..
Banyak juadah yg disediakan..nk try semua xtermampu den..hehe
amik yg mana berkenan jer lah...tak baik membazir..huhu
aku follow Mr Ej sbb dia yg kerja disitu
JRP ni bahagian pencen askar2...

Malas lah menaip...
Jom makan!!! Hehe (^^,)

Friday, September 9, 2011

Gambar Kesan Pendaratan di Bulan



IMEJ yang diambil oleh LRO (Lunar Reconnaissance Orbiter) yang dikeluarkan kelmarin merakamkan tapak roket Apollo 17 menadarat di Bulan dan kesan jejak tayar kenderaan dan bekas tapak kasut yang ditinggalkan oleh angkasawan misi Apollo beberapa dekad yang lalu dapat dilihat dengan jelas.-Reuters

Sebuah kapal angkasa milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) merakamkan gambar permukaan Bulan yang begitu jelas sehingga menampakkan jejak tayar kenderaan dan bekas tapak kasut yang ditinggalkan oleh angkasawan misi Apollo iaitu Alan Shepard dan Edgar Mitchell beberapa dekad yang lalu.
Tiga imej beresolusi tinggi yang dipancarkan oleh Pengorbit Tinjauan Bulan (LRO) milik NASA menunjukkan butir-butir yang jelas tapak pendaratan di bulan bagi misi angkasa lepas Apollo 12,14 dan 17 yang dilancarkan pada akhir 1960-1n dan awl 1970-an. Malah imej itu juga turut mendedahkan setiap haluan jejak tayar apabila angkasawan Apollo yang meneroka permukaan Bulan dengan memandu kenderaan lasak menukar arah.
"Kami boleh menjejaki semula langkah angkasawan dengan lebih jelas untuk melihat lokasi mereka ketika mengambil sampel permukaan bulan." kata ahli geologi bulan, Noah Petro di Pusat Penerbangan Angkasa Goddard di Greenbelt, Maryland.  Imej itu juga memperlihatkan jejak-jejak yang jelas pada permukaan bulan apabila angkasawan keluar dari modul Apollo dan meneroka bulan dengan berjalan kaki.
NASA berkata, visual terbaru yang meankjubkan itu dapat dirakamkan disebabkan oleh perubahan pada orbit kamera altitud rendah yang membolehkan gambar diambil dari jarak kira-kira 21 kilometer oleh LRO. AFP

ye ke ni? leh caya ke? hehehe..aku pun xpasti..just wanna share ilmu angkasa (^^,)

Cukai 6% Beli Topup

assalamualaikom w.b.t

kepada pengguna-penggula bersedialah untuk tanggung cukai 6% bila beli tambah nilai prabayar.
Cukai 6% akan berkuat kuasa pada 15 September ini.

petikan dari Metro

MULAI 15 September ini, pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus.
Pelanggan prabayar dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) bermula semalam mengenai cukai perkhidmatan itu dan pelanggan boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan sekiranya mereka mempunyai pertanyaan lanjut.

Syarikat telekomunikasi Malaysia dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan semalam berkata, dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen sebagai cukai perkhidmatan.

“Cukai perkhidmatan adalah cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan dan cukai ini bukan baru kerana syarikat telekomunikasi menyerapnya bagi perkhidmatan prabayar mudah alih sejak diperkenalkan pada 1998,” katanya.
+kredit petikan to METRO

bayang berapa ramai rakyat topup sehari?
andaikan 100,000 orang topup RM10 sehari
RM10 x 6% = RM0.60
100,000 x RM0.60 = RM60,000
RM60,000 x 30hari =  RM1,800,000.00

pergh...sebulan RM 1,800,000.00

tahniah pada kerajaan pemerintah sekarang kerana dapat jana pendapatan dengan cemerlang sekali..
yaaa..Malaysia boleh! terbaik! tabik spring 18x!!

bertambah lagi lah bebanan pada rakyat Malaysia


Wednesday, September 7, 2011

Cikgu Jamal dan Anak Murid

Assalamualaikom w.b.t

gambar di upload oleh Cik Mimy di fb beliau semalam...
Gambar ni disnap semasa open house ku haritu..

Seronok cikgu jamal bekas anak murid dia ramai datang...hehe

sajer nk share ngan semua..kongsi kegembiraan..hehe (^^,)

Adobe Illustrator Mastery

finally his new `baby` released !!!
apa tu? meh usha usha SiNi atau klik bawah ni
barang baik...
harga baik...
pa lagi mau tunggu?

Wordless Wednesday #8

serangan melampau-lampau

Monday, September 5, 2011

Santai dan Sudoku

Assalamualaikom w.b.t

cuti raya sudah habis..huh..cepatnya masa berlalu...
Hari ni relax kejap..rehatkn badan..esok dah start kejer...
Relax sambil layan sudoku pun best gak..hehehe
jangan pening sudah. .... (^^,)

Kembali ke Kuala Lumpur

Assalamualaikpm w.b.t

malam ni aku gerak balik Kuala Lumpur dah..bye bye Kedah...
Sekarang ni aku dalam bas dah pun..baru je keluar tol utara Alor Setar...

Satu family hantar aku td..hehehe..sedih sayu sebak semua ada ni

meriah giler terminal malam ni..kalau aku je pun dah 7 org yg hantar..yg lain pun macam tu la jugak kot..hehe
ada yg menangis..yg berpelukan..yg bersalaman..yg melambai
macam-macam adaaaaa!!! Hehe

aku pulang bersama mr ej..
Doakan perjalanan kami selamat semuanya ye (^^,)