Tuesday, October 11, 2011

Mau Makan Tak Mau Bayar

Assalamualaikum w.b.t

"cuba try test...pi makan di mana2 restoran, then tak payah bayar..boleh? hehe.. komfem2 kena maki hamun xpun kena bantai/belasah kt situ gak..tak percaya? try la..hehe "

itu cerita dunia..meh compare dengan cerita akhirat...

"bernafas,nyawa Allah bagi.. rezeki Allah bagi..segala macam rahmat Allah bagi kt kita di dunia ni..TETAPI kadang2 kita buat dekk je..buat tak tahu je.. free ke Allah bg kt kita? Dia bg pn ada syaratnya..dan syarat pun itu pun xla susah..ini kita sembahyang pun kadang2 tak cukup.. lupa ucap syukur.."

kalau lah Allah minta bayaran secara terus..camner jadinya kita ni.. (^^,)

renungan bersama...(^^,)




Thursday, October 6, 2011

Baju KELAB BLOGGER BA : Edisi Khas dan Terhad !

abg Ben sudah start promote baju kelab blogger yg baru!
wow! cepat..cepat..cepat..! get ready utk buat tempahan..(^^,)


baju kali ni lain skit..
logo kelab di belakang..
lengan baju ada nombor!
nombor adalah ikut turutan..
blogger yg keberapa beli baju tersebut..

tempahan akan dibuka nanti..
ada apa2 komen boleh la komen sekarang..
nnt da buka tempahan..komen sudah tidak dilayan (^^,)


Sapa Sanggup Mati Kerana Allah?


Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi .. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih … Bayangkan benda ini berlaku pada anda ..

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yg di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah .. Tiba² masuk dua orang lelaki yg menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam .. Tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun .. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik “ Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu ” .. Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri .. Daripada jumlah yg 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing² termasuk Pak Iman tu .. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata “ Ok Pak Iman , saya dah halau SEMUA yang hipokrit , sekarang bolee lah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat ” .. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah ..

Macam mana .. Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas..
Selain terhibur anda fikirkanlah …
“ Lawak kan , dari 1,000 orang yg mengaku dia Islam ,
hanya 20 yg betul-betul BERIMAN … “

“ Lawakkan berapa banyak manusia yg mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya .. Kedua lelaki hanya membawa mesin-gun .. Dia tak kata pun nak bunuh .. Tapi generasi sekarang .. Amat lemah .. Baru kena ugut terus lari lintang pukang .. Lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi .. ”

“ Lawak , ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja .. Tu pun bila time sembahyang jumaat .. Tunjuk muka kat orang kampung .. Ada tu lagi dashyat setahun 2 kali jaa .. Bila time sembahyang raya .. ”

" Lawakkan , ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran ”

“ Lawakkan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara , akhirat adalah tempat yang kekal , tapi berlumba² mengejar dunia .. ”


by : Jkkk Fan Club

Projek Astronomi Terbesar

Assalamualaikum w.b.t

semalam sy ada share gambar galaksi sejauh 70 juta tahun cahaya
hari ni sy nk share teleskop yg diorg guna untuk amik imej tersebut..


rujuk SINI

ada 66 antena ketepatan tinggi dibina yang berfungsi sebagai sebuah teleskop.
apabila siap dipasang, ia akan mampu menemui galaksi yang sebelum
ini tidak dapat dilihat bagi tempoh 3 minit.

benda ni akan digunakan sepenuhnya pada tahun 2013.

dah tgk imej galaksi sejauh 70 juta tahun cahaya? belom tgk SINI

Wednesday, October 5, 2011

Lepaking at Restoran Taqwa,Sri Gombak

Malam ni lepak kat maple jer..boring dok umah..
Nak plak tv xder citer yg menarik..so lepak maple je
ni da masuk air yg ke 6 dan 7..hehe..dahaga trlebih plak
sembang2 kosong.dahaga la kan..abis oder..
Sedar2 je da masuk 7 gelas..hehehe hambikko..
Patot la da 2 kali aku ulang gi tandas..da byk air..hehe

Minum Petang

Meh minum petang..hehe..sambil rehat,tgk tv
kena milo ais ngan kuih kacang..perghh layannnn

apa menu korang petang2 ni?
Jgn tido tau..tak elok tido petang2 ni.. (^^,)

Nyanyian Si Kecil

video

sajer nk share video si kecil Alia menyanyi...
aku pun tak tahu mana dia dengar lagu ni..
tp dari umur 1 tahun 6 bulan dia dah start memelodikan lagu ni..
sekarag da pandai cakap pun still nyanyi lagu yg sama..

agaknya dia nk ayah dan ibu dia dengar kot..hehe
lagu lain dia tak tau..lagi ni jer..jiwa org lama kau Alia..
huhu..layan jer...(^^,)

Imej Galaksi Sejauh 70juta Tahun Cahaya

Assalamualaikum w.b.t

jom tengok keindahan dan kebesaran Allah s.w.t


Imej pertama yang dirakam oleh sebuah teleskop berkuasa tinggi di gurun Atacama, Chile kelmarin menunjukkan satu pasangan galaksi yang terletak sejauh 70 juta tahun cahaya dari Bumi.

SANTIAGO, Chile - Sebuah teleskop yang berkuasa tinggi merakamkan gambar galaksi buat pertama kali kelmarin dari gurun Atacama, Chile.

Ia merupakan projek astronomi terbesar di dunia melibatkan kanada, Chile, Kesatuan Eropah, Jepun, Taiwan dan Amerika Syarikat.

Imej pertama itu dirakamkan oleh 12 daripada 66 radio teleskop yang dipasang di gurun berkenaan.

Satu gambar yang dirakamkan teleskop itu menunjukkan satu pasanngan galaksi yang berlingkar dengan buruj Corvus yang terletak sejauh 70 juta tahun cahaya dari Bumi - AFP.

SIARAN SECARA LANGSUNG UCAPAN BELANJAWAN 2012

Assalamualaikum w.b.t

seperti kita sedia maklum bajet 2012 akan dibentangkan oleh PM kita YAB Dato' Sri Mohd Najib pada 7 Oktober, hari Jumaat ini di Parlimen Malaysia.

so, pada mereka yg bekerja dan tak dapat nak tonton secara live di tv boleh gak nk tgk live..melalui internet atau handphone..

nk tgk live kot internet bolehlah layari :



teks ucapan juga boleh dimuat turun di sana..iaitu di laman portal Perbendaharaan Malaysia

selain tu.. Belanjawan 2012 boleh juga di akses melalui :

Mobile Web – http://www.treasury.gov.my/bajetmobile

so, apa harapan anda dengan bajet 2012 ni..
aku? aku mengharapkan gaji naik!
pleaseeee Najib...naik kan gaji..hehe


Wordless Wednesday #12

eh! sape tu?

Tuesday, October 4, 2011

Mesin Padi Aksi 'Wekang'

kejadian berlaku di Kedah, Kampung Tajar
ntah macam mana ntah aku pun tak tahu sampai macamtu skali
mesin padi tu boleh terjunam..hehe..maybe tanah area situ jerlus kot..
pelik tapi benar..hehehe  (^^,)



Rasulullah S.A.W

assalamualaikum w.b.t

meh kita luangkan masa seketika saksikan video ini...
kadang2 kita lalai dan lupa..leka dengan urusan dunia..
jom refresh~ (^^,)

Mahathir vs Yahudi

assalamualaikum w.b.t

jom layan video ni...terbaik dari Tun Dr. Mahathir


tabik spring skali sama dr.M

Cikgu Mat, Cikgu Jamal dan LRT,Monorail

assalamualaikum w.b.t

sabtu lepas, aku bersama familyku (cikgu jamal) dan
family pakcikku (cikgu mat)
jalan2 round kL dengan menaiki pengangkutan awam..LRT dan Monorail
sajer je bawa diorg jalan2 naik LRT.. (^^,)
aku pun dah lama xnaik LRT...skali skala layan gak..

selain tak payah nk ngadap kesesakan lalu lintas,
dapat la tengok bandaraya Kuala Lumpur
kitorang park kereta di Pekeliling, dari situ naik
Monorail ke hentian Bukit Nanas
pastu tukar plak naik LRT ke KLCC..dapat la merasa dua2 sekali..hehe
bukan aper..adik2, budak2 ni xpernah naik..
kat kampung xder benda tu semua..(^^,)
dapat merasa..seronok la diorang..



Nasihat Hijab Yang Merdu Untuk Hawa


merdu sungguh suara dia..
jom hayati alunan merdu nasihat pasal hijab ni..
jangan hayati kemerduannya je..
hayati jugak kata-kata nasihat itu..(^^,)

Sunday, October 2, 2011

Moga Perjalanan Kau Lancar HendakNya

Assalamualaikom w.b.t

malam ni adik ku yg sedang menuntut di Dungun, Terengganu akan pulang ke destinasi tersebut dari KL..dia dtg sini sempena majlisku semalam..
Dok tunggu bas tak sampai lg ni..ponat dah den ni haaa..mana bas ni

moga perjalan beliau lancar hendakNya..amin! (^^,)

Saturday, October 1, 2011

Sarapan Bujang Terakhir

Assalamualaikum w.b.t

tajuk diatas tak boleh blah..hahaha..
Esok da sarapan dgn status lain da..huhu..(^^,)

pagi ni sarapan nasi himpit n roti je..
Lain2 menu ada nasi goreng, ubi kayu dan roti bom..(^^,)

mood : sedang menghayati sarapan dgn status bujang..hahaha

YDP ANGKASA di Serang

Assalamualaikum w.b.t

malam tadi,pada pukul 11.45malam YDP Angkasa diserang oleh sekumpulan tetamu yang dikenali di kediaman beliau di Teras Jernang..
4 biji kereta,23 individu menyerbu rumah beliau pada kejadian tersebut..
Aarrgghhh..xleh jadi wartawan ni..ayat terabur! Hehehe

YDP Angkasa,Prof Dato Dr Hj Ali Baharom, merangkap toksu ku sebenarnya...hehe.. Saudara mara ku dr kedah,sampai sini semlm,so kitorg singgah la melawat umah Dato..dia suruh dtg jugak even da agak lewat mlm..huhu