Thursday, March 8, 2012

Coretan PakLong Din - Hampa Sedaq Dak?


Lama beralih umoq ni, perut pun dah terasa sempit. Dulu pepagi ni, 4 bungkuih nasi lemak janda Limah pun tak terasa, tapi la ni… Mak Long hang jamu roti kerin ngan kopi ‘O’ ja pun dah tak larat nak pepak. Beza banyak dah…

Pak Long mungkin tak berapa nak sedaq, la ni lebih banyak pakai mulut dari kudrat… tak larat… haha… Lebih banyak pakai kepala dari guna tenaga… tak dak upaya…

Jangan hangpa dok sengeh-sengeh perli kat Pak Long, sebenaqnya ramai dari kita yang tak sedaq… Dunia la dah terbalik kuang. Sebab tu Pak Long hari ni nak cerita benda-benda yang terbentang depan mata tapi ramai yang leka… Benda yang terjadi hari hari, ramai dari kita yang langsung tak ambik peduli…

Hangpa sedaq dak…
La ni kita ada rumah ja yang besaq tapi keluarga yang kecik… haha…
Orang dedulu anak berbelaih orang, la ni ada la kot dua tiga anak… haha… last last, tinggai la Mak Long hang ngan Pak Long… addehh…

Hangpa sedaq dak…
La ni kemudahan yang kita ada tu banyak tapi masa pulak dok gaduh tak cukup…
Pejam celik, pejam celik… bebudak dah nak cuti sekolah hujung tahun dah… jenuh berkelahi ngan anak cucu pulak lepaih ni… hihi…

Hangpa sedaq dak…
La ni kita ada banyak orang orang pandai, tapi ramai pulak yang kurang bijak dalam buat penilaian hidup… Ada akai tak pakai, ikut nafsu secara melulu…

Hangpa sedaq dak…
La ni kita ada ramai doktor, tapi lebih banyak penyakit pulak yang kita dok dengaq…
Penyakit yang tak pernah Pak Long dengaq pun dah dicipta sama banyak ngan ubat… haha… lagi banyak ubat, lagi ramai yang tak sihat…

Hangpa sedaq dak…
Kita la ni kurang membaca, kerap sangat tengok tivi lalu sembahyang jadi kurang…
Otak jadi beku bila kurang ilmu, badan lembab dan pemalaih pasai selalu tengok tivi dikerusi malaih, hamba dengan pencipta dah jadi jauh mana hala bila solat kita lupa…

Hangpa sedaq dak…
La ni kita gelojoh berbelanja, kurang senyum… jalan macam ribut…
Gelojoh berbelanja tu dah ikut setan, kurang senyum pasai letih pikiaq tang mana nak cari duit,  jalan macam ribut pasai dok ligan duit… haha…

Hangpa sedaq dak…
La ni kita berebut pegang jawatan, tapi nilai keja tak ketahuan…
Kalau boleh tu, tok imam pun nak pegang… tok bilai pun nak sapu… tapi subuh berapa orang yang mai bersolat pun dia tak tau…

Hangpa sedaq dak…
Benda benda tu semuanya jadi depan mata tapi ramai kita buat tak tau jaa… Pikiaq sekali sekala pun baguih jugak… tengok tang mana yang tak kena, yang perlu kita nilai semula…

kredit to : PakLong Din

1 comment:

~ Mr Ej ~ said...

menarik entry hang yang nieyh bos