Friday, May 18, 2012

Jangan Terpengaruh Lah...

Jangan terpengaruh dengan perkataan yang buruk dan ungkapan yang keji yang dikatakan tentang diri kita, kerana kata-kata itu akan menyakiti orang yang mengatakannya dan bukan diri kita.

Betul tak? sebab apa aku cakap macam tu, selalunya orang yang selalu mengata hal orang ni dia cemburu,jeles atau tak puas hati dengan kita. Jadi, untuk menjatuhkan kita, untuk menjatuhkan semangat kita,mula lah mereka2 ini mengatakn sesuatu yang buruk dengan harapan kita akan terpengaruh dan down! rasa hilang semangat!

Kalau kita terpengaruh,maka bersorak seronoklah mereka ini. Jadi jangan lah terpengaruh dengan kata2 busuk tu. Biar je dia nak kata apa pun.. buat 'dek' je.. buat tak tahu.. atau kata 'ye ke? ish..ish..' mesti dia plak yg sakit hati.

ingat ye kawan-kawan...
Celaan musuh dan umpatan orang-orang yang dengki kepada diri kita menandakan tingginya nilai diri kita, kerana kita menjadi orang yang disebut dan menjadi orang yang penting.

lagi satu jangan lupa ye...
Ketahuilah bahawa orang yang mengumpat kita telah memberi pahala kepada kita, menghapuskan kesalahan-kesalahan kita dan menjadikan diri kita orang yang terkenal. Semuanya itu adalah kenikmatan.

bergantung pada Allah, hidup di landasan yg benar, berpandu pada jalan Allah. Mohon pada Dia, rayu pada Dia, merintih pada Dia, inysyAllah bahagia dunia akhirat. biar lah apa yg orang nak umpat,maki,hina kita..kita harus berpaksikan pada jalan Allah..insyaAllah segalanya lancar (^^,)

No comments: