Friday, May 18, 2012

Maniskanlah Wajah Kamu...


Maniskanlah wajah kita kepada sesiapa saja, nescaya kita akan mandapatkan cinta kasih mereka. Haluskan tuturkata kita, pasti mereka akan mencintai kita. Tawaduk terhadap mereka, pasti mereka akan menghormati kita...

tak susah pun nak senyum..gerak kan sedikit otot2 dimuka tu jer..hehehe
tapi ada sesetengah orang susah sangatlah nak buat. pasai apa pun aku tak tau...

tak susah pun nk berbudi bahasa, hanya berfikir sebelum bercakap, elakkan diri dari menuturkan bahasa kasar, betulkan intonasi suara, keluarkan ayat2 yang sedap didengar...

padahal, bila kita senyum,orang pun suka nak pandang muka kita,orang pun senang nk berinteraksi dengan kita. orang nak tegur pun tak segan. berbanding dengan muka 'ketat' ,orang yang nak tegur pun tak jadi tegur, kawan2 pun malas nak amik pot.

motif aku buat entry ni? kejadian tadi,di sebuah kedai, aku nak beli barang sikit. tuan kedai dah la muka ketat! bahasa kasar! nah,langsung aku blah jer,tak jadi beli barang kedai dia...
oh tuan kedai, maniskanlah wajahmu dengan senyuman,mesti ramai pelanggan. series tak tipu! senyum la sikit....macam ni pun xper (^^,) atau (^_^).. comel je kan? hehehe

No comments: