Tuesday, May 22, 2012

Takut Tak Dapat


perasaan takut tak dapat ni amat biasa berlaku pada kita. aku pun kadang2 ada perasaan macam ni. kadang2 kita terbuai dengan nafsu dunia dan lalai hinggakan perasaan takut tak dapat ni menguasai diri.

keyakinan kita kepada Allah, Pencipta, Tuhan yang telah memberikan segala sesuatu kepada kita. sebab tu mereka yang sentiasa ingat Allah, menyebut nama ALlah, mulakan atau buat sesuatu kerana Allah akan lahir ketenangan dan keyakinan dihati mereka. hilang segala keresahan, takut, kedukaan...

"orang beriman itu tenang hati mereka menyebut nama Allah. Tidakkah dengan menyebut nama Allah akan tenang hari!" (Ar-Ra'du 13:28)

Rasa gelisah, tak yakin menimpa manusia, melanda hati manusia kerana kurangnya keyakinan pada Allah. tu yang resah gelisah kerana takut tak dapat sesuatu. kerja diang malam cari rezeki, cari wang ringgit, cari harta tapi takut tak dapat! sebab apa rasa macam tu? Tak yakin pada Allah! kita lupa bahawa Allah yang memberi rezeki, Allah yang mengurniakan rezeki, Allah menentukan rezeki, kadar rezeki seseorang.

Bukankah Nabi dah ajar untuk husnuddzon kepada Allah! Bersangka baik kepada Allah. tugas kita hanya berusaha, pergilah cari rezeki tersebut. tak perlu lagi gelisah, resah, tak yakin, takut tak dapat!

Yakin lah wahai sahabat2 ku.. keyakinan itu menghilangkan keresahan, kegelisahan, perasaan takut tak dapat dan kedukaan hati kita. yakin lah! yakinlah pada Allah!

mcm ustaz2 lak rasanya ckp camni..hehe. apa yg aku tulis adalah utk diriku dan kongsi dengan semua (^^,)

1 comment:

[PCL] said...

sepatutnya semua org kena ada keyakinan diri yg tinggi...baru boleh berjaya, sekali jatuh tak bermakna terus tersungkur...pelan2 kayuh dengan usaha yakin boleh dan...jgn ter'over kondifen....lain plak jadinya.

nasihat yg baik..thnks.