Tuesday, June 19, 2012

U-turn ke Jalan Betul

Setiap manusia pernah terbabas dan tersalah jalan. Tersasar dari landasan hidup, hilang arah, tenggelam punca kata org kedah..hehe.. Apa yang membezakan antara orang yang cemerlang,orang yang berjaya dengan gagal ialah orang cemerlang/berjaya menemui kembali jalan betul, manakala yang gagal akan terus berada di jalan salah dan menemui mana ruang untuk kembali.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Setiap kamu bersalah...sebaik bersalah adalah yang kembali"

Nabi tak pernah ajar kita putus asa, atau terlambat! NO! Nabi kata walau kiamat dah sampai,dalam tangan kita ada benih, tanam benih tu! jangan putus asa,jangan mengalah, tiada istilah terlambat!

Amat penting bagi kita manusia mencari ruang kembali, manakah lorong U-Turn untuk masuk semula ke laluan jalan yang betul. Di manakah dot pusingannya?
  • Manusia tidak tahu tentang salahnya sehinggalah disedarkan. ini realitinya,,betul kan?
  • Mereka tidak mahu berbuat baik sehinggalah disedarkan.
  • Mereka tidak mampu cemerlang sehinggalah disedarkan.
Semuanya mengenai kesedaran mendalam! kesedaran itu amat2 lah penting...

Kesedaran perlu dipupuk. Racunnya adalah lupa. Tenaga ialah peringatan dan pengajaran. Oleh itu manusia perlu kepada peringatan dan pengajaran bagi menawarkan racun kelupaan, juga mengekalkan tenaga perubahan supaya berterusan dalam hidup.

Inilah fungsi Rasulullah sehingga mereka yang berada di sekitar lingkungannya berjaya membina kecemerlangan yang gilang gemilang.

firman Allah yg bermaksud "dan berilah peringatan,sesungguhnya engkau wahai Muhammad sebagai juru pemberi ingat....." (Al-Ghasyiah:21)

Jadi setiap kali bertemu ruang untuk berpusing kembali ke jalan betul, lakukanlah kerana itu ialah anugerah daripada pengajaran dan peringatan yang besar.

kembalilah ke jalan yang lurus...(^^,)

2 comments:

kaki bola said...

change for good ain't a crime.right?

salam perubahan.;)

ameerul ashraf said...

wah! Entri yang menarik..
terima kasih kerana berkongsi..