Tuesday, September 18, 2012

Kini Aku Bergelar Seorang Bapa

alhamdulillah, pada 11 September 2012, tepat jam 7.00malam zuriat pertamaku selamat dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur. Anak sulung ku di beri nama Muhammad Izz Zayyan Rizqi, dilahirkan dengan berat 2.38kg. Alhamdulillah isteri dan anak selamat,okey semuanya.

baru harini sempat update..hehe..sebok sikit menguruskan hal2 yang berkenaan..

11.09.2012 haritu, isteri masuk ke labour room pada pukul 1.30pm... walaupun masa tu baru buka 7cm, doktor suruh masuk labour room sebab air ketuban dah tinggal 30% je lagi.. menunggu sehingga pukul 6.00 pm, masih tidak terbuka, still 2cm juga.. kalau pukul 7.00pm takde perkembangan, kena operate!

aduh, gelisah masa tu hanya Allah je yg tahu.. pukul 6.00pm aku keluar kejap solat asar.. 6.30pm nurse call,  katanya isteriku dah nk bersalin dah..dah buka 9cm.. kelam kabut aku berlari ke labour room..masuk je bilik, nurse terus ready nk sambut baby.. 

perasaan takut, gelisah, gemuruh semua ada.. sebelum ni pun penah la gabra kan.. tp ini first time aku gelisah sampai nampak seluar bergetar..hehe.. goyang lutut oooooo.. sebab, aku berdiri sebelah doktor sambut anak pertama aku.. subhanallah, kuasa Allah. tak terungkap dengan tulisan mahu pun kata-kata..

alhamdulillah, tepat jam 7.00pm, anak aku selamat dilahirkan..semuanya normal...

8.00pm lebih kurang,setelah selesai bayi diazankan dan dibersihkan, ibu dan anak di masukkan ke wad..

esoknya, jam 4.00pm, doktor sahkan semuanya ok, ibu dan anak dah boleh balik rumah...

alhamdulillah....(^^,)



3 comments:

I love Sleep said...

cumilnya.. tahniah

Makbed said...

Tahniah...

COmel baby. Semoga anak kamu membesar dengan sihat dan kuat. TAhniah sekali lagi.

Haris Khairuddin said...

tahniah...kepada isteri kau sebab selamat melahirkan anak. (ye la, yg buat keje si isteri kan?? hoho..)

comel lak tgk gambar 1st tu?? kiut je ternganga mulut anak kau. ;D