Saturday, October 20, 2012

Cakap Tak Serupa Bikin

"Wahai anak Adam, janganlah kamu tergolong dalam golongan mereka yang suka melengah-lengahkan taubat dan memanjangkan angan-angan. Jangan kamu mengharapkan kebahagiaan akhirat tanpa beramal.

Memperkatakan perkataan ahli-ahli ibadah tetapi beramal dengan amalan munafik. Sekiranya diberikan tidak pernah merasa cukup. Sekiranya tidak memperoleh sesuatu, tidak mahu bersabar.

Menyeru kepa kebaikan tetapi tidak melakukan kebaikan. Mencegah kemungkaran tetapi masih bergelumang dengannya.

Mengasihi orang soleh tetapi tidak mahu bersama golongan mereka. Membenci golongan munafik tetapi kamu terdiri dari golongan mereka. Bercakap perkara yang tidak dibuat. Buat apa yang tidak disuruh. Meminta ditunaikan (janji-janji Allah) tetapi tidak menunaikan (hak-hakNYA).

Wahai anak Adam, setiap hari yang baru, bumi menegurmu dengan kata-kata 'Wahai anak Adam, engkau berjalan dipermukaanku dan setelah itu engkau akan disimpan dalam perutku. Engkau memakan sebanyak yang diinginkan ketika berada dipermukaanku kemudian engkau akan dimakan ulat di dalam perutku. Wahai anak Adam, aku ialah rumah yang sengasara. Aku ialah rumah yang bakal meninggalkan kamu keseorangan. Aku ialah rumah yang gelap. Aku ialah rumah bagi ular dan kala jengking. Oleh itu makmurkanlah (dengan amal soleh) dan jangan engkau runtuhkan daku.'"

(petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali:al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsian)

Aku logkn petikan hadis ini di blog aku untuk peringatan diri aku yg sentiasa lalai ini~ Ya Allah tetapkanlah imanku, lindungilah aku dari bersifat munafik~ amin! 


No comments: