Friday, August 31, 2012

Malaysia dari Mata Kanak-kanak

meh tengok apa kata kanak-kanak tentang Malaysia
apa yg kanak-kanak kata tentang Malaysia...nice!!


luangkn masa tonton vidoe ni gak ye (^^,) comel-comel jer

Thursday, August 30, 2012

Rumah Terbuka Aidilfitri 2012

alhamdulillah pada 4 Syawal, Hari Raya Aidilfitri ke 4 majlis rumah terbuka aidilfitri kami berjalan lancar... ramai tetamu yang hadir..terima kasih diucapkan pada yang hadir.. terima kasih semua sahabat, jiran tetangga, saudara mara semua.. terima kasih..

walaupun letuh yg teramatlah sangat, tetapi puas hati, lega bila semuanya berjalan lancar..antara menu yang disediakan pada hari itu ialah nasi arab, kambing bakar, gulai rusa, rendang rusa, ayam masak merah, acar, bihun singapore, laksam, ketupat, nasi himpit dan kuih-muih


masing2 sibuk dengan tugasan yg diberikan..(^^,)
cuci ayam~ 
bihun baik punya~

sempat ajer nk posing~ hehe

Laksam
Nasi Arab
lauk - dr kanan kambing, ayam masak merah, gulai rusa, acar

sahabatku UPSR98


Wednesday, August 29, 2012

Hari Raya 2012

masih belum terlambat rasanya untuk aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA pada semua yg mengenali diri ini.. maaf andai ada salah silap yg aku lakukan.. MAAF ZAHIR BATIN (^^,)

sekejap jer masa berlalu..aku pun banyak hari tak update blog ni..
harini baru ada kesempatan buat coretan (^^,)  bismillah~

HARI RAYA PERTAMA, 1 Syawal

pagi sampai lepas asar raya pertama duduk rumah je..
melayan tetamu yang datang..
petang baru dapat jalan2 beraya rumah jiran sekeliling rumah..
malam pergi beraya dirumah sahabat aku..

1st time raya berdua (^^,)


mat! bila hg nk keluar ni..pi kutip duit raya!! hehehe
HARI RAYA KEDUA, 2 Syawal

harini keluar beraya di rumah saudara mara, tok, tokwan, mak2 sedara semua..
mula2 pergi kampung belah abah, petangnya pi kampung mak plak..
gambar?? lupa nk snap daaaa..berborak sampai lupa nk snap pic..hehe
gambar bawah ni jer sempat snap..posing depan rumah sebelum gerak balik kg..hehe




Tuesday, August 7, 2012

Penilaian Diri Lebih Utama

petikan dari kitab Al-Hikam karangan Syaikh Ibn'Atha'illah as-Sakandari
"Usahamu untuk mengetahui aib-aib yang tersembunyi dalam dirimu adalah lebih baik daripada berusaha menyingkap perkara ghaib yang tersembunyi darimu"

masuk jer ofis pagi ini terdengar cakap2 yang tidak elok.. merungkai aib-aib orang di pagi hari..aduh... bulan2 ramadhan ni pun masih nk bergosip..huh! cik puan,lebih  baik rasanya basahkn lidah dipagi hari dengan baca quran atau ringankan bibir dengan zikrullah.. kan? ada faedahnya...(^^,)

Syaikh Ibn'Atha'illah berpesan, jadilah hamba Allah yang sentiasa istiqamah dalam bersuci diri menuju keredhaan Allah dan segeralah tinggalkan sikap merasa diri telah cukup dalam pencarian.

tak tegur nanti free jer dapat saham..(^^,)

kalau baca post,entry ni tak berapa nak faham juga.. boleh tengok entry bawah ni...(^^,)

Sunday, August 5, 2012

Shopping Yang Tersasar...

semalam aku cuti..offday..kesempatan itu aku bersama isteri pergi ke Kenanga Wholesale City (KWC).. saja jalan2, niat tu nak beli barang untuk ahli baru sikit..anakkku yg akan datang tak lama lagi.. (^^,)

alhamdulillah,dapat la beri serba sikit sikit baju,lampin,sarung tangan,stokin.. dengan berbelanja tak sampai seratus pun.. murah,memang murah..berbaloi ah pergi shopping di KWC.. banyak pilihan, boleh beli dengan harga borong..

KWC
antara brg yg dibeli..jumlah kurang RM100
sepapan ni RM18 jer..





yg ni errrrrrr........(^^,) RM100

niat tu nk beli barang anak jer..sekali ngan bapak pun terbeli jugak..hehe..dah lama tak beli kasut.. terjumpa plak kasut 2 pasang atas ni dijual dengan harga RM100 jer.. 3,4 kali aku lalu tengok2 je..usha2 jer..last2 si isteri kata beli je la bang..kasut lama abg tu pun da buruk dah...hehe..dengan segera aku pegi tanya saiz..(^^,)

jadi, kawan2 yg nk shopping raya,saya cadangkan pergilah ke KWC, semua ada..dan yang penting harganya memang berbaloi..sangat puas hati

Jangan Sia-siakan Kesempatan Yang Ada

" Menunda beramal soleh untuk menantikan kesempatan yang lebih lapang,termasuk tanda kebodohan jiwa "

sekejap jer dah separuh Ramadhan berlalu...sekejap sangat masa berlalu...ya, memang kita berasa masa berlalu terlalu pantas kerana kita sekarang berada di akhir zaman...aku teringat sesuatu tp tak pasti ianya hadis atau firman Allah yg berbunyi, bila kita rasa...seminggu terasa macam sehari, setahun macam sebulan, maka kita telah berada di akhir usia bumi, di akhir zaman...

berbalik pada ungkapan di atas yg aku ambil dari Kitab Al-Hikam,kata-kata hikmat Syaik Ibn 'Atha'illah as-Sakandari, penundaan atau tangguhan kita untuk melakukan ibadah atas sebab lebih mengutamakan urusan dunia dan terlupa terhadap ajal,kematian yg datang menjemput setiap saat menyebabkan lemahnya niat serta berubah tujuan kita beramal.

aku pun selalu macam tu..jadi beringat macam ni sekurang2nya dapat la refresh diri.. kata2 orang berilmu, kita ni selalu lupa,lalai, kena selalu di ingatkan..jadi aku amik pendekatan tulis kt sini..hehe.. sebab? aku selalu ngadap blog ni..jadi selalu la ternampak benda..insyaALLAH ia mengingatkn aku..

jangan terlalu lalai dengan urusan dunia sehingga menangguh urusan akhirat.. contoh yg selalu terjadi ialah solat.. selalu menanggung ,kadang2 dah dekat habis waktu baru kelam kabut nak solat...

ya Allah teguhkanlah iman kami, tetapkn lah iman kami, permudahkn lah kami untuk istiqamah dalam menunaikan ibadah padaMU..moga di pertengahan ramadhan ini kami menjadi hamba yg semakin taat beribadah,tidak mensia-siakan rahmat dan ganjaran mu yang dijanjikan dalam bulan barakah ini yaAllah...amin!



Friday, August 3, 2012

Ghairah Nikmat Dunia

Firman Allah Taala yang bermaksud :


     "Wahai anak Adam, sekiranya baik agamanu,daging dan darahmu maka akan baiklah amalan, daging dan darahmu. Jika buruk agamamu maka rosaklah amalan,daging dan darahmu.


     Janganlah kamu menjadi seperti lilin yang membakar dirinya dan menerangi manusia lain. Buanglah rasa kecintaan terhadap dunia dari hatimu, kerana Allah tidak akan himpunkan selama-lamanya dua cinta iaitu cinta dunia dan cinta terhadapKU dalam satu hati.


     Kurangkanlah keghairahanmu pada mengumpulkan harta kerana rezekimu telah pun diperuntukkan. Sangat bakhil itu haram dan kikir itu tercela kerana sesungguhnya nikmat itu tidak akan kekal. Sesungguhnya bermati-matian mengumpul harta itu celaka.


     Ajal itu telah ditetapkan dan kebenarannya telah diketahui. Sebaik-baiknya hikmat Allah itu adalah kusyuk. Sebaik-baik kekayaan itu adalah qanaah. Sebaik-baik bekalan itu adalah taqwa. Sebaik-baik yang diberi kepada kamu adalah kesejahteraan (pada badan,iman dan amal)."

firman diatas aku ambil dari petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam Al-Ghazali : al-Mawaiz Fil Ahadis al-Qudsiah

motif aku petik hadis ni? seperti biasa, aku muhasah diri sendiri, disamping itu ingin berkongsi dengan semua...sama2 kita menuju redha ilahi..insyaAllah (^^,)

Untuk mendapatkan cinta Allah, cinta dunia hendaklah dibuang dari hati kita. Buat segala sesuatu itu kerana Allah, nawaitu set hanya pada Allah. Lalai dan leka dengan nikmat dunia buat cinta kita pada Allah tersisih. Sempena bulan ramadhan ni, jom sama2 kita tingkatkn amal ibadah..insyaAllah (^^,)