Thursday, September 27, 2012

Cubaan Bagi Yang Tidak Mahu Dekat PadaNYA

muhasabah diri sebelum tidur...

" Sesiapa yang tidak mendekati kepada Allah dengan halusnya kebaikan yang Dia berikan, maka ia akan diseret (supaya dekat) dengan rantai cubaan "

Sesiapa yang tidak mahu mengingati Allah ketika lapang, ketika senang, ketika selesa, ketika sihat, dia akan dipaksa untuk segera mengingatiNya dengan memberikan kepada hambaNya cubaan, musibah atau bencana. Dan ketika itu, Allah s.w.t berkenan mencurahkan nikmat yang tiada bandingan kepada hambaNya, atau dengan kata lain Dia sangat mencintai hambaNya.

Allah s.w.t Maha segala-galanya..tapi kita masih lalai, masih leka, masih tidak mahu kembali kepadanya. Ramai dikalangan kita yang ego dan bongkak tidak mahu bersolat. Buat sekadar boleh jer. Bila kita lalai, Allah s.w.t akan bg ujian. Ujian itu bertujuan untuk kita kembali dekat padaNya.

Ya Allah ampunkanlah dosa hambamu yg hina ini Ya Allah..ampunkan aku Ya Allah.. aku lalai..




Bedung Anak - Kewajipan atau Mitos

Izz Zayyan usia 2 minggu
merah muka Zayyan meronta nak lepaskan tangan dari bedung..hehe.. selalu lepas kena bedung, Zayyan akan berusaha untuk tarik tangan dia.. dan hasilnya, bedung Zayyan hanya bertahan 3-4 jam jer selalunya.. pastu da terburai bedung tu..tak pun tangan dah terkeluar.. kuat sungguh Zayyan abah ni..hehe

hasil bacaan aku, antara kebaikan bedung : 
  • supaya bayi tidak terperanjat
  • supaya bayi tidur lena
  • supaya bayi tidak rasa sejuk
  • supaya bayi tidak cakar muka,gosok muka dengan tangan
  • supaya bayi rasa selamat
  • bayi tidur cukup dan tak terganggu cepat besar..(ye ke?)
ada yang kata kalau tak bedung nanti kaki pengkau... kaki anak bila besar nanti kengkang.. sejauh mana fakta itu. aku pun xtau..benar atau sekadar kata orang dulu-dulu..


Asia's BIGGEST Street Dance Competition

Gatsby Dance Competition is back again this year. It's time to show your dancing skills and bring it to the next level. The Champions will be representing Malaysia for the Gatsby 5th Dance Competition Asia Grand Final in Tokyo, Japan.

for more info, click here ---> Gatsby Dance Penang 2




adakah Malaysia akan menang lagi tahun ini? support our breakers yaa!! 
klik sini -->Malaysia B-boyz

jom ramai-ramai pergi Gurney Hotel, 29 September ni..
klik sini -->Penang Dance


Dunia Baru, Kehidupan Baru, Rutin Baru...

Sekejap je masa berlalu, sedar tak sedar hari ni dah 17 hari aku bergelar sorang ayahanda. dengan memegang title baru tu, bertambah la chapter baru dalam kehidupan aku. Dulu berdua, kini bertiga. Banyak benda kena belajar, banyak pengalaman baru yg akan aku tempuh. Rutin harian pun berubah.

Aku ni penggeli skit orangnyer..hehe (poyo je).. series, tengok berak budak pn..eeeeiiiiiiwekkk... tapi sejak ada anak ni, geli tu hilang dengan sendirinya. Sebelum dapat anak dulu dok fikir gak, camner la nk tukar pampers anak nanti.. geli weh..takkan nak biar isteri buat semua kn..tak patut gak..mesti aku kena buat juga..sekarang ni dah tak jadi masalah dah, dah tahu dah camner nk buat semua tu.. kerja Allah, Allah bg sesuatu tu cantik dah..semua aturan Allah sempurna. kita? kita hanya perlu berdoa, usaha, tawakkal.. (^^,)

sekarang ni Zayyan dah mula pandai nak orang tidurkan dia dah.. sebelum ni,ibu dia bg susu, then letak kt tempat tidur, nanti Zayyan terus tidur je..tapi sekarang dah pandai nak orang dodoikan dulu.. tak pun nk orang pegang sampai dia tidur baru boleh letak.. kalau tak, karaoke dengan highnote! hehe

Alhamdulillah, syukur pada Allah atas semua ini...kehidupan baruku, rutin harian baru, pengalaman baru.. permudahkanlah urusanku yaAllah~ amin! (^^,)

muhammad izz zayyan rizqi

Wednesday, September 26, 2012

Mak... Ayah? Jangan tinggalkan saya sendiri...


tersentuh hati tengok video ni..tapi inilah realiti segelintir warga kota
sebok mengejar harta dunia sehingga mengabaikan anugerah yg Allah beri..

anak-anak perlukan perhatian bukan sekadar wang ringgit... (^^,)

tengok video di SINI

Wordless Wednesday #26.09

rutin baru~ tidurkan anak, skali bapak tertidur..hehe
si isteri ambil kesempatan snap pic..huh!

zayyan dah pandai nak orang tidurkn dia..huhu

Tuesday, September 25, 2012

Mengikutkan Hawa Nafsu

"Pangkal segala maksiat, kelalaian dan syahway adalah redha terhadap nafsu, dan pangkal dari segala ketaatan, kewaspadaan dan kesucian adalah engkau tidah redha terhadap hawa nafsu"

"Bersahabat dengan orang jahil yang tidak memperuntukkan hawa nafsunya lebih baik bagimu daripada bersahabat dengan orang alim yang tunduk pada hawa nafsunya"
Kitab Al-Hikam - Syaikh Ibn Atha'illah as-Sakandari

Maksud hikmah di atas, seseorang itu disebut jahil apabila dia tidak mampu menundukkan hawa nafsu,tidak mampu menundukkan syahwatnya ke arah yang diredhai Allah. Dia terlalu menurutkan nafsu dan hanyut dengan tuntutan nafsunya. Nafsu yang tidak dikawal menyebabkan kehidupan kita rosak dari segala aspek, contoh nafsu makan,makan yang berlebihan menyebabkan penyakit, badan jadi tidak sihat, obes dan sebagainya.. lagi contoh nafsu nk berseronok, kadang2 tu terlalu ikutkn nafsu sampai tangguh solat sampai hujung waktu..

selain itu, Syaikh juga berpesan agar kita sintiasa selektif dalam memilih teman seharian. Salah pilih kawan juga boleh mengheret ke arah kemungkaran.. (^^,)

bimbinglah aku dan sahabat2 seagamaku kejalan yang diredhaiMU ya Allah...peliharalah hati kami dari pujuk rayu nafsu..amin!



Saturday, September 22, 2012

Muhammad Izz Zayyan Rizqi

selamat pagi semua..zayyan dah 12 hari dah harini.. (^^,)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, September 21, 2012

Terima Kasih Wan Su dan Untie Yaya

hadiah dari Untie Yaya.. tq..tq..tq n tq (^^,)
hadiah dari Toksu.. eh,silap plak..Wan Su !!
marah bebenor panggil Toksu..hehehe atok muder
anyway..thanks ye WanSu (^^,)
Wan Su n Untie Yaya 

Penilaian Diri Lebih Utama

"Usahamu untuk mengetahui aib-aib yang tersembunyi dalam dirimu adalah lebih baik daripada berusaha menyingkap perkara ghaib yang tersembunyi darimu" - Ibn Ata'illah al-Sakandari, Kitab al-Hikam

Syaikh Ibn Ata'illah berpesan, jadilah hamba Allah yang sentiasa istiqamah dalam bersuci diri menuju keredhaan Allah, dan segelah tinggalkan sikap merasa diri telah cukup (sempurna) dalam pencarian.

Kadang-kadang aku merasa sudah cukup amalan yang dibuat, sudah sempurna amalan yang aku lakukan, padahal aku masih jauh dalam segala aspek. Rasa macam ni sebenarnya membunuh aku dari dalam, dalam diam tanpa aku sedar.. bila terbaca kata-kata Syaikh Ibn Ata'illah, insyaAllah aku bermuhasabah diri..mencari redhamu ya Illahi..

Ilmu perlu dituntut sehingga ke liang lahat. nonstop! bak kata yg selalu kita dengar 'tuntutlah imu sampai ke negeri China"

renungan bersama pagi ini...jangan lah kita merasa diri kita sudah sempurna, pastu dok bandingkn dengan orang lain..jangan macam tu.. cari dulu apa yg kurang pada kita,muhasabah diri, perbetulkan.. Ya Allah, permudahkanlah urusan hambamu ini Ya Allah...amin!

sumber : Google.com (^^,)

p/s : jangan compare penulis dengan tulisannya..tulisan is ilmu,penulis hamba Allah yg lemah lg hina..yg baik datang dr Allah,salah silap adalah diri sy sendiri


siapa Syaikh Ibn Ata'illah? boleh search Google..hehe..atau rujuk SINI

Thursday, September 20, 2012

Terima Kasih Nenek

katil pirate xpe, jgn anak pirate..hehe
ibu letak barang dulu sebab anak tak boleh guna lagi (^^,)
dah besar sikit nnt baru Zayyan boleh guna...
terima kasih banyak2 pada nenek Timah (nenek sebelah mak mertua) bg hadiah katil yang cantik ni pada Muhammad Izz Zayyan Rizqi.. tq ye nenek.. moga rezeki nenek bertambah luas hekdakNYA.. (^^,)

Wednesday, September 19, 2012

Devon Steampunk Limited Edition yang perghhhhh!!!

sangat..sangat..sangat teruja aku dengan jam tangan ni.. series mantap giler! aku suka!
jam tangan Devon Steampunk Limited Edition anda boleh miliki dengan harga
USD13,500.00 !!! kalau harga Ringgit Malaysia?? hahaha.. 
boleh tengok jer laaa..huhu








Tuesday, September 18, 2012

Kini Aku Bergelar Seorang Bapa

alhamdulillah, pada 11 September 2012, tepat jam 7.00malam zuriat pertamaku selamat dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur. Anak sulung ku di beri nama Muhammad Izz Zayyan Rizqi, dilahirkan dengan berat 2.38kg. Alhamdulillah isteri dan anak selamat,okey semuanya.

baru harini sempat update..hehe..sebok sikit menguruskan hal2 yang berkenaan..

11.09.2012 haritu, isteri masuk ke labour room pada pukul 1.30pm... walaupun masa tu baru buka 7cm, doktor suruh masuk labour room sebab air ketuban dah tinggal 30% je lagi.. menunggu sehingga pukul 6.00 pm, masih tidak terbuka, still 2cm juga.. kalau pukul 7.00pm takde perkembangan, kena operate!

aduh, gelisah masa tu hanya Allah je yg tahu.. pukul 6.00pm aku keluar kejap solat asar.. 6.30pm nurse call,  katanya isteriku dah nk bersalin dah..dah buka 9cm.. kelam kabut aku berlari ke labour room..masuk je bilik, nurse terus ready nk sambut baby.. 

perasaan takut, gelisah, gemuruh semua ada.. sebelum ni pun penah la gabra kan.. tp ini first time aku gelisah sampai nampak seluar bergetar..hehe.. goyang lutut oooooo.. sebab, aku berdiri sebelah doktor sambut anak pertama aku.. subhanallah, kuasa Allah. tak terungkap dengan tulisan mahu pun kata-kata..

alhamdulillah, tepat jam 7.00pm, anak aku selamat dilahirkan..semuanya normal...

8.00pm lebih kurang,setelah selesai bayi diazankan dan dibersihkan, ibu dan anak di masukkan ke wad..

esoknya, jam 4.00pm, doktor sahkan semuanya ok, ibu dan anak dah boleh balik rumah...

alhamdulillah....(^^,)



Tuesday, September 11, 2012

Kejadian Pagi 10.09.2012. Takziah pada Mr Yew Keng Siang


Below are photos of what happened to an old man (Mr Yew Keng Siang, about 57 years old) near fountain area at Planetarium Negara yesterday morning between 7.45am to 8.15am. We have tried our best to help him. Unfortunately, according to HKL, he has passed away. L

takziah to Mr Yew Keng Siang




Thursday, September 6, 2012

Motivasi Hari Ini

sumber gambar : en.google

"selalu ada harapan bagi mereka yang berdoa....
selalu ada jalan bagi mereka yang berusaha"

ayat yang ringkas tapi padat. penuh dengan makna yg tersurat dan tersirat...
bg orang Islam, doa adalah senjata, DIA maha segalanya..berdoalah pada DIA..
mohon segalanya pada DIA, insyaAllah ada jalannya...

bagi mereka yg sentiasa berusaha, insyaAllah ada jalannya..
jangan sekali-kali putus asa, mengalah.. itu dilarang sama sekali..
teringat kata Nabi Muhammad s.a.w "kalau esok nak kiamat,dalam tangan ada benih, tanam benih itu!"
ayat tu menggambarkn Nabi melarang kita sekerasnya untuk berputus asa..

jadi, marilah sama-sama kita teruskn berdoa, mohon petunjuk pada Allah,
teruskan berusaha dalam apa jua bidang pun.. berusaha menjadi insan yg lebih, berusaha merubah hidup, berusaha dalan segala segi.. insyaAllah ada jalannya~ (^^,)