Sunday, December 16, 2012

Pergi Tak Kembali...AlFatihah buat abah...

Mudahnya.. cepatnya.. pantas sangat semua ini berlaku...
Aku redha.. hanya doa yang mampu aku kirimkan...

Moga abah tenang disana....

Semalam 15 Disember 2012 bersamaan 1.2.34 bulan Islam. Ayahandaku Jamal b.Ali telah kembali kerahmatullah.

Al-fatihah

Terkilan sangat rasa hati ini, aku tak sempat nk jumpa abah..abah pergi terlalu cepat..secara tiba-tiba, takde sakit takde tanda.. Janji ALLAH itu pasti,ajal maut hanya DIA yang tahu.

Al-Fatihah buat abah...

Sambung dalam post selepas ini.....

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, December 14, 2012

Pills Perawan

pada mereka yang berminat untuk jaga badan, baik dari segi zahir dan batin (^_^).
boleh rujuk SINI

Khasiatnya :

  • merawat keputihan dan lendiran yg banyak
  • menyempitkan rahim
  • merawat dan menyembuh luka-luka dalaman semasa dalam pantang dan selepas bersalin
  • mengecutkan peranakan
  • menghilangkan gatal-gatal di faraj wanita
  • melancarkan peredaran haid
  • melawaskan pembuagan air kecil dan air besar
  • mengembalikan awet muda
  • sengugut
  • menambahkan tenaga batin
  • memulihkan urat saraf
  • merawat payu dara
  • sakit lutut
  • kebas kaki tangan
  • senak kembung
  • angin medu
  • lenguh sendi
  • kesuburan(membantu /berikhtiar untuk mendapat
  • zuriat)


http://www.angahjudin.com/p/pills-perawan.html
klik page Pills Perawan ye (^_^)

untk maklumat lanjut lawat page ini :


Zayyan Hisap Jari


dah pandai hisap jari dah Muhammad Izz Zayyan sekarang ni.. penuh tangan dengan air liur.. boleh ke biarkan anak isap jari? ok ke?

ni hasil bacaan aku yg aku search di Google (^_^)


“ Kajian juga menunjukkan bahawa bayi memang suka menghisap dan ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan. Bayi yang suka menghisap jari atau tangan didapati lebih mudah tidur malam kerana ia dapat membuatkannya selesa. Sesetengah bayi akan menghisap jari apabila mereka berasa penat, bosan atau perlukan belaian. Bayi anda bukannya lapar selepas menyusu. Kelakuannya itu adalah normal. Janganlah risau. Tabiat ini akan berkurangan apabila mereka mempelajari benda-benda baru. Kebiasaannya,tabiat sebegini akan hilang apabila bayi mencecah umur sembilan bulan hingga setahun. Menurut kajian yang dilakukan oleh American Dental Association, tabiat menghisap jari tidak akan memudaratkan dan menyebabkan masalah kepada pertumbuhan gigi dan gusi kecuali jika ia diteruskan melebihi usia empat hingga lima tahun.” – sumber dari momslittleones.


Pensyarah dan Pakar Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja, Fakulti Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Wan Salwina Wan Ismail berkata, puting kosong merupakan transitional object yang boleh menenangkan anak yang sedang menangis. Ia ibarat 'pengganti' ibu yang sentiasa memberi perlindungan kepadanya apabila dia memerlukan sesuatu. Dengan adanya puting kosong ini, anak akan berhenti menangis dengan segera kerana ia adalah reaksi semula jadi ketika diberi susu botol. Dengan menghisapnya, bayi akan merasa lebih selamat dan terlindung serta lebih selesa walaupun ketika berjauhan dengan ibu atau penjaganya. Bagaimanapun, adalah dinasihatkan tidak menjadikanya satu kebiasaan apabila bayi sudah semakin besar. Jangka masa tidak boleh ditentukan, seboleh-bolehnya harus diberhentikan secepat mungkin.

Menurut Dr. Wan Salwina, tidak dinafikan apabila sudah dimulakan dengan menggunakan puting kosong, kebiasaan itu agak sukar untuk ditinggalkan. Pasti anak akan menangis malah tidak boleh tidur atau tercari-cari puting kosong sehingga ibu tidak sampai hati, lalu memberinya kembali. Walaupun agak memedihkan, ibu harus cuba menghentikannya secara beransur-ansur dan membantu anak melupakan puting kosong.

Terdapat beberapa pendapat, tabiat menghisap puting kosong yang terlalu lama berkemungkinan mengganggu pertumbuhan gigi dan memberikan penampilan yang kurang menarik. Gusi atas akan lari dan pertumbuhan gigi menjadi tidak sekata sehingga menjadi jongang. Ia akan berkekalan sehingga dewasa dan boleh menyebabkan rasa rendah diri dan lebih teruk akan menyusahkan untuk mengunyah makanan. Bahkan, apabila mereka dewasa, terpaksa pula berjumpa dengan pakar gigi untuk membetulkan susunan gigi menggunakan alatbraces atau yang terlalu teruk terpaksa menjalani pembedahan rahang. – UTUSAN



Sentiasa Muda Untuk Berbuat Dosa

Assalamualaikum w.b.t , salam jumaat penghulu segala hari... # kelebihan hari jummat

Harap tajuk di atas menyedarkan diri aku sendiri dan semua sahabat yang terumbang ambing di dunia fatamorgana ini. Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah merasa tua untuk kembali ke jalan yang benar atau bertaubat.

mengapa begitu? sebabnya orang yang memandang kebesaran dunia akan merasa kecilnya akhirat. Padahalnya kita lupa, lalai, leka dengan hal-hal dunia. Kita lupa yang Akhirat jauh lebih baik dan lebih kekal. Kita perlu memandang/ambil berat perihal akhirat. Orang yang memandang kebesaran akhirat akan merasa kecilnya apa yang ada di dunia.

marilah sama-sama kita muhasabah diri, perbaiki diri (^_^)






Wednesday, December 12, 2012

Berhati-hati Dengan 'TETAPI'

Perkataan 'tetapi' besar bahananya jika salah guna, macam serius ja bunyinyakan? hehe (^_^)

berhati-hatilah ketika menggunakan perkataan 'tetapi' terutamanya ketika berbicara tentang perihal seseorang sebab selalunya perkataan 'tetapi' ini akan menjerumus kehaluan kiri, kearah keburukan. Biasanya perkataan 'tetapi' akan membicarakan perihal keburukan, kritikan, menyalahkan seseorang dan bidasan yang keras.

contohnya :   "Ahmad tu orangnya sopan santun tetapi.......tut..tutt.."

haaaa, see? mulalah menambah ayat/perkataan yang tidak berapa sedap didengari...

"yang suka mencaci, lagi suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai)"  -Surah Al-Qalam,ayat 11

"kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji...."  -Surah Al-Humaza,ayat 1

renung-renungkanlah ~ (^_^)





Tuesday, December 11, 2012

Muhammad Izz Zayyan Rizqi dah meniarap!

Alhamdulillah hari ini genap putera sulungku Muhammad Izz Zayyan Rizqi 3 bulan. Sekarang ni Zayyan dah pandai dah nak pusingkan badan meniarap, kena perhatikan selalu kalau Zayyan berjaga, takut dia pusing badan meniarap, baru2 boleh lagi takut dia sembam, lemas... (^_^)