Friday, December 6, 2013

Riadah di Tasik Titiwangsa

Lama dah tak bawa Zayyan ke taman.. asyik dok rumah je kan, kesian anak abah bosan tengok benda yang sama je. Ni abah bawa Zayyan gi main taman ye.. kita gi riadah di Taman Tasik Titiwangsa...

Pancit gak aku kejar Zayyan, adeh!!! 





















Susah tidur


Susah sungguh sekarang ni anak cek nak tidur. Ada saja benda nak dibuatnya. Macam-macam dia nak explore. Kadang tu mata sampai dah tak larat nak angkat dah, tapi tahan juga untuk bermain. Nak dipaksa tidur pun tak boleh, bergegar rumah kang dia meraung! hehe. Nak tak nak kena layan kan je lah. Nak di biarkan nanti takut pula dia main benda yang tidak sepatutnya, bahaya woooo...

Dulu umpan je video Upin Ipin dan susu sebotol, sekejap je dia dah tido. Sekarang bagi benda yang sama, dia layan juga, tapi habis je susu dia bangun sambung main! hahaha.. aduhailah anakku.. teletah sungguh kamu sekarang ni..

selamat malam sayang... tewas akhirnya.. 1.00am




Sunday, December 1, 2013

Kena update stamina...

video

Malam tadi aku gi rumah nenek saudara belah isteri di Bandar Tun Razak, Cheras, malam berinai anaknya, harini kenduri.

Bukan pasal kenduri tu haaa aku nk cerita, ni cerita anak aku yang membuat abahnya ini mengah! hehehe. Dah pandai nak berkawan dah anak aku ni, tapi sayangnya kawan yang di cari bukan rakan sebaya.

Jadi, bila bermain tu, memang kena tengok sentiasa lah sebab kanak-kanak ni bukan tahu apa pun, bila bermain, mereka ni suka berlari, bila berlari ni ada la yang tolak menolak. Anak aku ni bukannya kuat sangat pun, baru je dapat kaki, lesen L lagi, jadi bila rakan yang lebih besar langgar sikit pun dah jatuh. Lari atas jalan tar plak tu, jatuh je komfem calar punya. Nak di halang tak boleh, jadi abahnya kena la join berlari juga, ikut je mana arah dia nak pegi...

15 minit ikut berlari, aku okey lagi.. masuk 30 minit dan seterusnya, nampak macam nak menyerah je, macam mengah je, macam penat je.. hehehe. Nampak sangat badan aku ni dah 'tambah sihat' dan stamina dah out!! adeh! mengah aku dibuatnya.. nampak gayanya aku kena perbaiki balik stamina la lepas ni..






Thursday, November 28, 2013

Terima kasih...


Beberapa hari kebelakangan ini aku terasa sedikit down, tertekan dengan masalah yang menimpa diri ini (rujuk SINI). Kusut otak memikirkan apa salah aku ini sehingga 'mereka' melayan aku sedemikian rupa. Apa salah aku pada mereka, apa yang telah aku buat hingga mereka melayan aku begitu.. macam-macam lah benda mai dalam kepalahotak aku ni..

Aku silap sebenarnya, aku lupa akan apa yang dikatakan 'ujian' / 'hikmah'. Aku lupa untuk bermuhasabah diri sendiri, aku asyik memikirkan tentang mereka sahaja hingga aku lalai untuk buat apa yang sepatutnya aku buat. Muhasabah diri sendiri!

Ya, apabila ditimpa musibah atau ujian, janganlah kita terus lalai dengan musibah itu, sebaliknya bersyukurlah atas ujian itu kerana semuanya itu adalah aturan yang Maha Kuasa. Cari mana silap diri sendiri bukan mana silap mereka.

Terima kasih pada sahabat yang sedarkan aku dari terus terlalai dari mengingati DIA. 

Bila ada yang masih ambil berat, jaga tepi kain kita, tu tandanya mereka masih ambil berat dan sayang pada kita.. ye ke? hehehe..







Wednesday, November 27, 2013

15 minit pertama dan berikutnya...

15 minit pertama bila dapat mainan baru, Zayyan akan explore dulu mainan tu.. biasanya dia akan cuba buat macam-macam seperti tekan segala macam pada mainan tu, belek atas bawah depan belakang.. 

video


15 minit kemudian, inilah jadinya.. video bawah ni...

video

Aku yang dianiaya...


Sedih hati ini bila dianiaya dan difitnah, lagi menyedihkan bila penjelasan kita tidak diterima. Hanya Allah tahu betapa kecewa dan sakit hati ini. Moga Allah beri petunjuk pada mereka itu..

bawah ni copy paste dari : www.dakwahsunnah.com dan Bicara Agama

firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (al-Hujuraat: 6)


{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلَّا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ } [المائدة: 8]
 
Artinya: "Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang akamu kerjakan." (QS. 5:8). 






Pandai dah meminta..


Isnin lepas aku bawa anak bini pegi pasar malam di area Wangsa Maju. Saja jalan-jalan sambil beli barang dapur sikit. Pasar malam kat situ agak panjang la juga, jadi tak daya nak dukung Zayyan lama-lama, lenguh! hehe. Jadi, letak dalam stroller, tolak je..

Tengok dok jalan-jalan tu, tiba-tiba Zayyan pusing nak bangun, tangannya tunjuk sesuatu, mulutnya sebut 'bak..bak..bak..' . Aku pandang arah tangan Zayyan tunjuk tu, nampak orang jual mainan! Adeh! Pandai dah minta mainan anak aku ni.. Masak aku lepas ni..

Malas nak layan, aku tolak laju je kedepan.. haha, kejam! alih-alih ada lagi orang jual mainan kat depan tu haaa.. sudahnya, aku bawa la juga Zayyan pilih mainan sebelum Zayyan  buat latihan vokalnya.. kang lagi kecoh.. hehe.. pasar malam je abah mampu ye Zayyan ye, jangan kat Pavilion ke, MidValley ke, kopak abahnye nanti.. hehe.

Bukan nak berkira, tapi berbelanjalah ikut kemampuan.. (^_^)

Banyak-banyak mainan kat situ, pedang ni yang Zayyan nak...

Dua mainan yang Zayyan pilih - Pedang lampu dan telefon Thomas

Aku : Abah pinjam jap, nk buat muka Gangster!

Zayyan : bagi balik pedang cek!!!

Zayyan : abah xyah poyo sangat lah ! bak balik!




Tuesday, November 26, 2013

Cuba.. cuba.. dan cuba lagi


video

Zayyan cuba terbalikkan lori mainan dia dan cuba tegakkan supaya dia dapat main tayar lori tu. Banyak kali gak Zayyan cuba try test, sampai nak bebal juga lah. Akhirnya Zayyan berjaya juga.. hehe.. 

Jangan putus asa anakku, dalam kehidupan ni mesti kena terus mencuba, pantang menyerah kalah! Kedah! Kedah pantang kalah, walau sakit jantung dan rebah!! Upsssss, ternyanyi lagu bola Kedah plak.. (^_^)

Monday, November 25, 2013

Buat muka...


Pandai dah Zayyan buat muka sekarang ni. Belajar mana pun tak tau. Ni mesti kerja ibunya ni.. hehehe. Sekarang ni sebut je buat muka, mesti buat muka kerutnya tuh.. Geram pula aku tengok.. nk gigit je rasanya. Besar dah anak abah sayang ni.. cepat betul masa berlalu.. faham dah apa orang kata dan arah dia..


Saturday, November 23, 2013

Aku yang dulu...


Aku yang dulu, bukanlah yang sekarang,
dulu ku kurus sekarang ku berisi...

dulu dulu dulu ku menjaga badan,
seeeeekarang badan ku dijagaaaa...

Tadi terjumpa gambar lama, tahun 2007 kalau silap gambar tu, Ya Allah bezanya saiz aku sekarang ni.. (buat2 tetanjat) hahaha

masih slim n steady 
kembang sudah ! dak gomok!

Ini semua salah bini den, bagi makan lebih! ( boleh tak nak salahkn bini? )




Bertugas di hari minggu...


Bertugas di hari minggu memang amat menguji mental dan fizikal. Sapa setuju angkat tangan ! hehe. Yang bekerja sendiri lain lah kan, ni untuk mereka yang makan gaji je. Nak plak penjawat awam seperti aku ini haaaa..besar wooo cabaran dan dugaan kerja hujung minggu ni..

Dikala orang lain menghabiskan masa hujung minggu bersama keluarga tersayang, aku masih lagi menjalankan tugas seperti biasa. Nak pula, buka facabook, tengok orang update status berjalan sana sini, buat aktiviti itu ini kan, fuh! menimbulkan rasa cemburu yang teramat sangat.

Ya, dulu masa aku mula bertugas, memang aku rasa macam tu, tetapi tidak sekarang ni, alhamdulillah dah boleh terima dan selesa dengan keadaan begini. Takde dah rasa terbeban atau nak merungut mengeluh bagai. Layan jer.. apa yang penting enjoy dengan kerja yang dibuat, redha dan syukur. InsyaAllah semuanya lancar...

Pandang dari sudut lain, dapat juga tambah duit poket sebab bertugas lebih masa dibayar elaun lebih masa, kelebihan tu! tak semua orang merasa buat 'overtima' kan? jadi syukurlah.. (^_^)

yang penting? kita enjoy!!! (sambil lompat gaya Nora Danish) ahaks! (^_^)


nak main ni? meh leh datang sini - Planetarium Negara



Friday, November 22, 2013

Kipas Susah Mati Upin Ipin



Suka sangat lah si Zayyan ni dengan Upin Ipin. Memang 'die hard fan' Upin dan Ipin lah! Sejak dah boleh berkomunikasi menggunakan bahasa yang aku tak faham dan pandai tunjuk2 ni, pantang nampak gambar Upin dan Ipin, terus tuju dan tunjuk.

Baju ni dapat masa pegi pasar malam haritu,tengah jalan-jalan, Zayyan berpaling dan tunjuk sesuatu, ditunjuknya baju tu pastu sebut 'bak..bak..bak' 'naakkkkk' sambil tangan tunjuk ke arah baju tu..aku bagi je Zayyan pegang baju tu, terus tak nak lepas dah, jadinya abahnya kenalah beli..

sama juga cap tu, haaaiihhh, sebbaik la anak, layan kan je lah.. hehehe (^_^)

Kalau bab Upin Ipin ni memang alert sangat2 Zayyan ni, haritu lalu di tepi Watson, aku sedang dukung Zayyan, tiba-tiba Zayyan bersuara 'haaaaaaaa' sambil tangan tunjuk2 ke arah Watson, aku pelik gak, nk masuk Watson ke apa, aku patah balik dan berdiri depan Watson tu, tengok arah tangan tunjuk tu, rupanya dalam Watson tu ada rak, jual barangan Upin dan Ipin.

Alahai anakku, nampak aje Upin Ipin dia tu.. 



Berebut barang la pula...


video

Pandai dah sekarang ni berebut barang ngan orang. Kalau Zayyan dah nak sesuatu, dia akan minta dulu.. Zayyan akan hulur tangan sambil sebut bak..bak..bak.. tak bagi kalu,kasi rebut terus.. haha.. Kalau taknak bagi, takyah bagi terus, dia okey je.. kalau dah bagi, kena tunggu sampai dia puas mainlah baru dia bagi balik.. kalau tak, jangan haraplah dia nak bagi, nk ambil juga, kena hadaplah mulutnya yang bising itu.. hehehe.. 

Sekejap masa berlalu.. dah macam2 ragam anak den ni.. Alhamdulillah syukur Zayyan dikurniakan kesihatan yang baik.. (^_^)

Thursday, November 21, 2013

Pandai merajuk dah...



Dah pandai dah merajuk dak Zayyan ni.. hehe.. Macam ni je la pesennya bila merajuk, jadi tugu atas sofa! keras je camtu tengok tv, panggil lah, pujuk lah camner pun, dia buat dek je!

 Tapi abah ada power nk kasi Zayyan okey.. abah buka pintu rumah, buat-buat nak kuar jalan, laju je turun.. ceh! hahaha. Aku angkat dukung, jalan seround dua, dah OK! 




Beg pun jadi...


video

Beg aku pun jadi bahan mainan Zayyan.. huhu.. anak punya pasal, takde hal lah kan, apa la sangat beg itu dibanding dengan tengok telatah anak yang menghiburkan hati ini. (^_^)

Bising riuh rendah rumah dengan suara Zayyan.. ditariknya beg aku tu keliling rumah...

Kena tinggal lagi...

Aku bertolak balik dari Langkawi (klik sini) pukul 1.00pm lebih kurang, naik feri + naik bas + sampai Putrajaya + drive balik Kuala Lumpur, aku sampai rumah lebih kurang pukul 2 pagi camtu, dan anak aku Muhammad Izz Zayyan Rizqi masih belum tidur! Tunggu kepulangan abahnya yg tercinta ini..hehe

Aku buka je pintu, bagi salam, terus dengan lajunya Zayyan berlari dapatkan abahnya ni.. huhu, punyalah seronok dapat jumpa abahnya setelah 3 hari tak tengok muka abahnya yg hensem ni.. (perasan) hahaha. Terserlah keceriakan dimuka anak aku bila aku angkat dukung dia.. Bisingnyer lah mulut Zayyan yang abah tak faham apa patah katanya.. abah iye kan je lah ye sayang.. apa sayang cerita pun abah tak tahu, abah iyakan je.. (^_^)

dekat pukul 4 pagi juga lah baru nak tidur, huh, letih yang teramat sangat!

esoknya aku kerja seperti biasa, jadi Zayyan kena tinggal lagi, baru jumpa kejap malam tadi, bangun pagi abahnya takde lagi..

Bila Zayyan bangun, tengok abahnya takde, apa lagi, mengamuk sakanlah cari abahnya, puas dipujuk ibunya tapi tak jalan..huhu..kesian ibu..

sudahnya, ibunya call aku, buat video call, haaaaaaa, merajuk kau!!! haaaaaambik, anak den dah pandai merajuk! duduk keras membatu di sofa tu tak gerak kemana, bagi handphone video call pun tak dilayannya.. waaa waaa waaaa Zayyan dah pandai merajuk!


muka dak merajuk kena tinggal





Pertama kali kena tinggal...

Pada 17-19 Nobember lepas aku ada kursus di Hotel Seaview, Pulau Langkawi. 3 hari aku berjauhan dengan anak dan isteri. Kalau bini tu takde hal la kan, dah biasa dah, tapi Zayyan baru pertama kali kena tinggal dengan abah dia ni haaaa.. so, lain macam la sikit rasanya bila abahnya tiada dirumah..

Mencari juga la bila aku tak balik rumah, nasib baik tidak demam. Bila dengar ibunya cerita gelagat dia mencari, sayu je hati ini.. anak cek oiii.. mau tak ter'feeling', lagi pula ni baru pertama kali berjauhan, padahal 3 hari je pun..hehehe..

Nak kata tidak rindu, tipu la kan.. Tapi rindu terubat dengan teknologi yang ada sekarang ni.. kan ada segala macam kemudahan seperti wechat, videocall, tango dan macam2 lagi.. tekan je.. haaaaa, dah nampak muka dah. (^_^)

Ibu bagi Zayyan baju yg abahnya pakai sebelum pergi kursus...
nk kena bau ketial abahnya baru tido.. hehehe 








Sunday, November 3, 2013

Zayyan dan PS2


video

Rajin sangat lah sekarang ni anak teruna aku sorang ni mengemas. Ada saja benda yang nak dikemasnya. Huh! 

Video atas ni Zayyan tengah mengemas PS2. Nak pasangkan bagi main, belum sampai masanya untuk Zayyan main.. kalau dah pandai, boleh 'sparing' Winning Eleven atau PES dengan abah dia ni.. hehehe

Thursday, October 24, 2013

Sibuk pertahanan diri dunia,lalai akhirat...


Silat merupakan salah satu seni mempertahan diri yang ada didunia ini. Kalau orang melayu 'Islam' ini selalunya akan mempelajadi seni silat untuk mempertahankan diri. Silat kat Malaysia ni pun dah macam-macam jenis ada, yang terkenalnya Seni Silat Gayong. Eh, bukan pasal silat aku nak cerita ni...huhu

Alkisahnya, aku terjumpa seorang lelaki ini,aku letak nama Abg S la ei, aku diperkenalkan yang Abg S ni adalah guru silat di salah satu gelanggang di utara tanah air. Aku takde masalah pun dengan Abg S ni, baru je jumpa 2 , 3 kali camtu. Ok je, cuma setelah 2 , 3 kali aku jumpa Abg S ni, ada sesuatu yang aku tak berkenan dengan Abg S ni, iaitu pergaulan bebas.

Abg S, ni aku nk cakap sikit, bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim hukumnya HARAM. Tak boleh suka-suka pegang perempuan Abg S ooiii. Dah 2,3 kali aku tengok hang dok pi salam dengan anak-anak murid silat perempuan. Haram perbuatan tu abg S. 

Ya, hang hebat di gelanggang, tapi hang kena ingat, hebat dunia apa guna? hebat mempertahan diri di dunia yang sementara tapi mengabaikan bekalan diri untuk akhirat yang kekal. Tak salah anak murid nak hormat pada guru mereka tapi biar la kena cara, ni murid perempuan pun hang tibai pi sentuh apa cerita derrrr... tak guna hang guru silat yang hebat andai lemah iman mu wahai Abg S. Pandai silat ok dah, jadi guru pula tu, lagi okey, andai hg 'upgrade' sikit diri hang, jaga batas pergaulan, hang memang terbaik Abg S!!!


Google Image




Wednesday, October 23, 2013

Wordless Wednesday #23.10



Zayyan dan kurthanya.. hadiah dari tokDaddy(toksu)
yang baru balik melancong di India. TQ Paksu (^_^)

Tuesday, October 8, 2013

Zayyan dan kapcainya...




Kapcai plastik ni beli lama dah, masa tu umur Zayyan baru 9 atau 10 bulan kalau tak silap. Baru sekarang ni Zayyan berani naik dan main.

Murah jer mainan ni, harga mampu milik.. RM10 je pun. hehe. 100% plastik. Beli mainan murah ni kena tengok safety juga. Kang tak pepasal menyundang bahaya pada budak. Nak beli memahal? idok ler teman.. Tak berkemampuan lagi.. jadi, beli yang cenggini pun ok la kot.. Murah dan berbaloi.. RM10 je.. janji selamat dan anak den suka.. Alhamdulillah



Monday, October 7, 2013

Antara Tahu dan Sedar...

 " Orang yang TAHU tak semestinya SEDAR tapi orang yang SEDAR InShaAllah TAHU "

Aku terdengat ayat diatas dalam radio IKIM.FM, hebat ayat itu.. tersentak hatiku ini. Terasa sangat ! Huraiannya begini, Kita diciptakan sebagai hamba Allah, kita dihidupkan di dunia yang sementara ini. Kita tahu bahawa kita ini adalah seorang hamba. Hamba kepada sang pencipta, ALLAH s.w.t. Kita juga tahu akan larangan dan suruhan Allah. Tetapi kita masih lagi melakukan kemungkaran, ingkar dengan suruhan dan larangan Allah.

Kenapa?

Kerana kita masih tidak sedar yang kita ini hanya HAMBA. Orang yang sedar bahawa dirinya hamba Allah, insyaAllah dia tahu apa yang perlu dia buat sebagai seorang hamba. Istilah hamba ni dia hanya patuh pada arahan tuannya. Siapa tuan kita? tentunya Allah s.w.t. Kalau kita sedar diri kita ni hamba, InshaAllah kita tahu apa yang perlu kita buat.

Nampak tak beza orang yang tahu dan sedar? Orang yang hanya tahu dia hamba belum dia sedar yang dirinya seorang hamba Allah, sebab itu dia masih melakukan kemaksiatan tanpa rasa takut, tetapi orang yang dah sedar dirinya hamba Allah, inshaAllah dia tahu apa yang tuannya (Allah) hendaki.

Maaf andai salah tulisan ku ini, Mohon dibetulkan andai salah. (^_^) sama-sama kita muhasabah diri ini. Aku up post ni sebab aku tersentuh sangat dengan ayat diatas tu.. Terima kasih untaz di radia IKIM.FM pagi tadi..





Sunday, October 6, 2013

Combo Set - Collogen Plus Vit E+Krim Ibu Putih

-IKLAN-

Promosi Combo Set - Set Collogen Plus Vit E dan Krim Ibu Putih.

Promosi 3 hari sahaja !! 04 Oktober 2013 - 06 Oktober 2013

Set Collogen Plus Vit E (RM50) + Krim Ibu Putih (RM50) = RM100

Harga Promosi Combo hanya RM70 termasuk POS !!!


Untuk TEMPAHAN/BELIAN klik SINI --> FASHA BEAUTY&HEALTHCARE


Aku yang comel...


Aku yang comel??? konfius! haha.. Zayyan ni haaaaa..

Suka betul buat gaya cenggini haaa sekarang ni.. Bikin abahnya geram je tengok muka Zayyan gitu..hehe.. Bila Zayyan dok buat muka macam ni, abah dan ibu kena la lagi tambah alert dan tengok selalu, sebabnya Zayyan berjalan tak 100% stabil lagi.. takut gak kang terjatuh ke, tersembam ke.. tergigit bibir tu.. buruk padahnya... Gigi Zayyan sekarang atas dah 4 batang dah haaa, gigi bawah dua batang... tu yang kena follow je bila dia bermain sambil buat bibir cenggini...






Saturday, October 5, 2013

Mengejar duniawi...


Alkisahnya aku terjaga lewat pagi tadi.. terkejut bangun, tengok jam dah pukul 8.45 pagi. Subhanallah! Lewatnya aku bangun! terus terlintas di kepala aku, argghhh, lewat masuk kerja! Kelam kabut aku pergi mandi, siap-siap untuk pergi kerja.

Masa tengah siap-siap tu, tiba-tiba terdetik sesuatu dihati ini.. Ya Allah, ampunkan hambamu ini Ya Allah.. aku belum solat subuh! Aku pun qada' solat subuh dengan segera.

Dalam perjalan ke ofis tadi, ada sesuatu bermain dibenak hati dan fikiran ini.. betapa lemahnya iman aku ini.. betapa lalainya hati aku ini.. aku lebih kejarkan duniawi yg sementara ini. Aku bergegas untuk pergi kerja kerana terlewat TAPI aku tidak kalut, boleh relax je lewat subuh.. Subhanalllah... Ampunkan aku dosa dan kealpaan ku ini Ya Allah..

Hmmmm.. kita boleh kelam kabut sebab duniawai tapi kenapa tidak kelam kabut bila lewat solat? Tandanya aku masih mengalami masalah hati...

AMPUNKAN DOSA-DOSA KU YA ALLAH....

ikhtibar buat rakan-rakan, agar tidak jadi sebegini.. sama-sama muhasabah diri .. akhirat yang kekal perlu diutamakan, bukan duniawi yg sementara ini...








Wednesday, October 2, 2013

Koleksi Kata-kata Hikmah Menteri


Tertarik dengan post sahabat aku Pijut , tajuknya "Kata-kata Puitis Hasil dari Seorang MENTERI". Aku kongsi dengan kawan-kawan semua, hayati kata-kata penuh makna Menteri kita.





Apa komen anda? Bernas tak? (^_^)




Mati keras...




Sama-sama ambil iktibar, dan mulakan perubahan daripada sekarang! Masih belum terlambat selagi hayat dikandung badan.. 

Macam faham jer...


Anak aku sorang ni, suka benar dengan syarahan Dr. Zakir Naik. Mula-mula tu aku tak perasan sangat, tapi dah 3,4 kali aku tengok Zayyan seronok je layan syarahan Dr. Zakir Naik tu. Aku cuba alih siaran lain, bukan main marah lagi dia, bebal menangis guling-guling.. hehehe.. Macam2 hal la kamu ni Zayyan.. Bila pasang je video (youtube) atau tengok di tv AlHijrah Dr. Zakir Naik, memang tak kemana dah anak den sorang ni.. lagi satu kegemaran dia of coz la Upin Ipin. (^_^)

Macam faham pula dia apa yang Dr. Zakir Naik tu katakan.. Syarahan dalam bahasa Inggeris plak tu.. Bila iklan dia main kejap, start je balik syarahan tu, terpacak depan tv! hehe, ragam anak abah... Apapun, mudah-mudahan sampailah di hati Zayyan apa yg Dr. Zakir katakan.. amin!





Friday, September 27, 2013

Tahniah Sahabat-sahabatku...


Alhamdulillah, baru-baru ini ada 3 orang sahabat aku telah  menimang cahaya mata. 2 orang baru bergelar seorang ayah, zuriat yang pertama, lagi seorang zuriat yang ke 3. Alhamdulillah.

Tahniah dari aku pada anta-anta semua (^_^). Moga bertambah barakah dalam hidupan kalian. Moga anak-anak kalian membesar dengan baik hendakNYA.


Puteri sulung Faizal 
Tahniah Faizal.. sahabat aku ni seorang usahawan burung..pakar burung..boleh tengok SINI. Sugar glider pun ada.Dia juga ada buka kedai bantal kabu original di Tesco Seberang Jaya.


Puteri sulung Ustaz Malik
Tahniah Ustaz Malik. Sahabat aku yang ni juga seorang  usahawan. dan ustaz. Dia ada buka travel agensi. Ada iklan di bawah header aku tu.. Az-Zuha Group Travel&Tours Sdn. Bhd. Sudi-sudilah klik ye..hehe


Putera ke 3 Uztaz Hadi
Tahniah Ustaz Hadi. Juga seorang usahawan berjaya, selain giat dengan jemputan ceramah/kuliah. Juga owner kepada Az-Zuha Group Travel&Tours Sdn. Bhd. Nak umrah, upah haji, melancong ke boleh lah klik iklan Az-Zuha di atas blog aku ni.. (^_^) Harga memang berpatutan.





Thursday, September 26, 2013

Nak Pakai Kain Pelikat

Aku balik dari surau malam tadi, Zayyan datang tarik-tarik kain pelikat yang aku pakai, ingatkan nak suruh dukung, aku dukung tak mahu dia, nk suruh letak, aku letak ditariknya kain aku ni, tarik dan dah mula menangis.. ish, apa anak aku nak ni? aku dukung lagi, bawa pusing-pusing rumah, agah sana sini, tak mahu! nak turun.. bila letak tarik kain..dah nak terburai kain den! haha..

aku pun masuk bilik tukar kain ,pakai seluar dulu, pastu tengok Zayyan masuk bilik ambil kain pelikat aku, nak sarung la kononya, angkat letak, angkat letak, bila tak boleh menangis.. hahaha

Okey, abahmu dah faham wahai Zayyan, Zayyan nak pakai kain pelikat tu ye.. Meh abah tolong..

Nah! ini hasilnya...



Punyalah gembira Zayyan dapat pakai kain pelikat, satu rumah dia pusing! Haiii la Zayyan, teletah sunggguh kamu sekarang ni.. (^_^)

Ni video ibunya upload di Keek.






Thursday, September 19, 2013

Duit dalam Maybank hilang!!!


Tiba-tiba aku dapat email dan messages dari Google mengatakan baki tidak mencukupi untuk membeli aplikasi games di Google Play. Aku biarkan je, aku ingatkan messages biasa je, pastu dapat lagi messages dari Google dengan tajuk dan kandungan yang sama, baki tidak mencukupi. Aku biarkan lagi. Sekarang ni kan kerap sangat dapat messages bukan-bukan, tu yang aku biarkan kan je...

Esoknya dapat messages dari Maybank2u. Tajuk dan kandungan yang sama macam msg dari Google. Barulah tergerak hati nak semak Maybank2u, dan YA memang baki dalam akuan tinggal beberapa sen je..
Pergghhhh.. baru berderau darah cek habaq hang! Baru menggelabah nak check sana sini. Tengok Maybank statement, YA memang ada transaksi jual beli dengan Google Play menggunakan kad debit aku.

Kad aku elok je dalam warlet.. seingat aku tak de la pula kad ni pernah tercicir ke, hilang ke, cuai letak merata ke, memang selamat je dalam warlet aku ni.. Macam mana ada orang boleh gunakan kad aku ini. Aku pun terus buat laporan, terus batalkan kad tu.

Esoknya aku pergi ke Maybank untuk dapatkan penjelasan. Aku pergi Maybank Daya Bumi. Pegawai bank tu sahkan memang ada transaksi jual beli tu dan transaksi itu sah, jadi nak tahu siapa yang melakukannya kenalah buat siasatan. Kena tunggu! Kebetulan ada pegawai yg aku kenal di Maybank Dayabumi tu, aku rujuk terus dengan dia, dengan jujur dia kata, kalau macam ni, peluang nak dapat balik duit tu memang tipis,senang cakap takkan dapat katanya. Duit memang burn lah. Nasib baik dalam akaun ada RM300++ je, ralat la juga.. RM300 banyak juga tu. Aku redha je lah.

Balik dari bank, aku buat carian di internet tentang kes-kes macam ni, memang banyak kali dah berlaku. Bagaimana kebocoran maklumat kad berlaku? Logik akalnya, sapa nk tahu no kad kita selain bank kan??? YA, sekarang ni memang ada kegiatan jual beli maklumat dengan orang bank. Boleh baca di blog Mazidul, pun ada lupitan pasal kes melibatkan kad bank ni. Tak hairanlah sekarang ni kerap je orang insurans boleh call kita tanya itu ini.. ye tak??? hhhmmmmmmm

Kerana duit , kerana habuan dunia, habis integriti diri, hancur amanah, merana akhirat!!!

Hati-hati ya sahabat-sahabat semua! Jangan sampai terkena, semak lah selalu akaun anda, jangan jadi macam aku, duit dah kering baru menggelabah..huhuhu.. ujian!

Google Image