Sunday, January 27, 2013

Buang semua alasan...


Kita ada macam-macam angan, impian, idea, cita-cita, keinginan dan sebagainya. Tetapi berapa banyak usaha kita untuk mencapai hajat tersebut? Selalunya ada ja alasan kita bagi untuk laksanakan hajat kita. Jangan kata orang lain, Angah sendiri pun macam tu.. (^^,)

Kita boleh bagi macam-macam alasan untuk tidak melakukan sesuatu yang kita hajati, susahlah, dah terlambatlah, itulah inilah.. macam-macam alasan.. ada jer idea nak bg alasan kan? 

Padahal, kalau nak lakukan sesuatu, kita tak perlu pun seribu alasan itu. Kita hanya perlu satu ja alasan yang baik untuk melakukannya. Tak perlu susah-susah bg seribu alasan. Fokus. Dari dok buang masa bg alasan yg beribu itu, baik fokus pada alasan yang satu untuk berjaya.

Carilah jalan untuk capai apa yang kita nak. Tiada benda yang datang bergolek, semua kena ada usaha. Nak makan, berak, tidur, jalan, semua kena usaha. Apakan pula impian, sudah semestinya perlukan usaha.

Teringat kata seorang sahabat yg dah berjaya, kini seorang usahan berjaya di Penang. Dia selalu kata "ada idea tapi tidak dilaksanakan, itu semua sampah, kena buang"  (^^,)









No comments: