Saturday, January 26, 2013

Kenapa doa aku tidak dikabulkan?


Pernah Angah terdengar rungutan seperti "aku buat macam2 dah, doa hari2, setiap waktu aku berdoa, tapi tiada hasil pun". Subhanallah

Tidak sepatutnya kita ini, seorang hamba berburuk sangka pada Yang Esa, Allah s.w.t sebab doa yang kita mohon setiap hari beulang kali masih belum dikabulkan. Sebaliknya kita perlu bermuhasabah diri, memperbaiki diri supaya lebih bertaqwa kepadaNya. Cari pada diri sendiri mana silapnya.

Kita tidak tahu apa yang akan terjadi esok, Dialah yang Maha Mengetahui segalanya. Jangan berputus asa, jangan berburuk sangka pada Allah.

Firman Allah,
"Dan Rabbmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya. Sekali-kali tidak ada bagi mereka untuk memilih. (al-Qashash ayat 68)"

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu. Dan boleh jadi pula kamu mengukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu. Allah Maha Mengetahu,sedang kamu tidak mengetahui. (al-Baqarah ayat 216)

Jadi, jangan berputus asa, berusahalah muhasabah diri, janji Allah pasti. Usahalah, Tawakkallah..In Sha Allah.. "Ingatlah, bahawa sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (al-Baqarah:214)"







Angah menulis berpesan pada diri sendiri, kongsi pada semua (^_^)


2 comments:

||Sis aLeaSaRa|| said...

slm sj nk share.sbg manusia biasa mmglah cpt melatah bila diuji.kdg2 smpi satu thp sy tertanya2 knpa doa sy seakan ditolak,knp x dipermudahkan sgla apa yg diminta.

ttpi sllu apa yg sy mnta tu kdg2 Allah akan beri tp lambat,mak sy sllu psn,jgn tggl solat,jgn mdh pts asa sbb ms berdoa itulah Allah dan para malaikatnya sentiasa di sisi.

terlalu byk juga keajaiban yg berlaku,yg sllu sy minta rupanya itu bkn yg terbaik.yg sllu sy pinta itu diberi lambat sbb hanya masa dan ketika itu yg terbaik utk sy :)

Kuazue Mohd said...

as salam... betu tu...kekadang..ada sebab knp tidak diberikan....oklah...cik azue datang vertandang...by the way..dtg ni nak menjemput tuan umah join my GA..meh la..semoga ukhwah berpanjangan..
http://kuazue.blogspot.com/2013/01/kome-nak-tak-my-2013-1-give-away.html?m=1