Thursday, February 14, 2013

Letih + Lega + TQ Mama


Malam semalam Zayyan tak mahu tidur, dah dekat 2.00 pagi dah, masih nk berbual, tak mahu tidur.. Aduh! Letih den nk melayan.. huhu.. tp itulah lumrahnya. Tiada keluhan sepatutnya. Godaan syaitan sungguh kuat saat ini. Anak merengek+mata anda ngantuk+esok pagi kerja+tak cukup tidur. Boleh jadi macam-macam. Ujian kesabaran sebenarnya semua ini. Sabarlah kalau anak anda meragam. Jangan dikeluh kesahkan dan hilang kesabaran. Sabarlah, anak itu anugerah Allah (^_^)

Senyumlah, layanlah anak kita (^_^). Abah bg layan ceramah UAI..
tidur jugak Zayyan akhirnya, 2.30pg..hehe

JANGAN dok buat muka geram macam ni... tak baik oooo..
apa pun tak dapat!


esoknya pergi kerja, lebam mata abahnya..tak cukup tidur..huhu. Lagi cabaran, ramai pulak orang yang berurusan hari ini. letihnyer lah.. Subhanallah~

Tapi, balik ja kerja tengok Zayyan sambut macam gambar bawah ni..



abah bagi salam masuk rumah jer, Zayyan pandang, seronok Zayyan.. huh, lari hilang semua penat kt tempat kerja tadi.. Subhanallah.. indahnya perasaan yang Allah bagi.. (^^,)


Then, ibunya ajak abah pegi Jusco, AEON Wangsa Maju. Ada barang sikit nak dibelinya. Ikutkan hati berat juga sebenarnya nak pergi. Ye la, letih kerja pun tak hilang lagi..nk keluar jalan-jalan pulak..huh!

Tapi, im not selfish. Aku ya kan ja, jom pergi. Fikirku, kesian ibu terperap je dirumah.. sekali-sekala ibu ajak keluar apa salahnya aku bawa. (^_^) korban sikit masa rehat pun takpe, demi isteri tercinta. Masa bercinta dulu takde plak fikir penat, anytime boleh saja.. takkan lepas kahwin tak boleh kan? mestilah lagi boleh..In Sha Allah

keluar sekali dengan papa,mama,izamil (abg ipar)
and the best part, mama belanja Angah seluar! hehe.. sukanyerlahkan saya ini.. (^_____^) senyum lebar sikit. Terima kasih mama belanja Angah seluar, bukan satu tapi 2 helai! Isteri abang jangan jeles yeee

TQ Mama, Belanja Angah seluar ni.. cantik!!!!



macam panjang jer post kali ni? hu hu hu.. (^_^) 

1 comment:

~ Mr Ej ~ said...

untung lerw orang ade mama...hohoho