Sunday, April 14, 2013

Suatu ketika dulu.... SERKAP!!!


Angah terjumpa gambar ini di Facebook tadi, teringat zaman 90an dulu, zaman kanak-kanak... bila sampai ja musim ni, masing-masing dengan serkap, ikut ja belakang traktor...

bila traktor membajak sawah, ikan-ikan dalam sawah akan terpelanting, melambung. Nampak ja ikan, kami akan serkap, masing-masing berlumba siapa dapat paling banyak...

Seronok weh, hehehe... kadang2 tu seluk ja tangan, bukan dapat ikan tapi belut! kena hati-hati juga sebab kadang-kadang ada ular! 

sakarang ni, aktiviti sekap dah kurang, mungkin dah pupus, takde dah aktiviti seperti ini.. dikampung Angah pun, dah tak pernah nampak dah aktiviti serkap ikan ni...

bukan mainan budak zaman sekarang dah.. sayangnya, aktiviti sihat seperti ini ditinggalkan... pupus ditelan arus pembangunan...