Thursday, August 29, 2013

Abah Inspirasiku,Rumah Lama part ll




Sambungan dari post sebelum ini "Tempat Aku Dibesarkan"

Bila tengok rumah ini, rasa rindu pada arwah abah semakin menebal. Rindu sangat. Tengok gambar atas, anak panah hitam tu kilang perabot, anak panah merah pun kawasan kilang perabot juga, kawasan ditempatkan segala mesin-mesin dan peralatan. Anak panah kuning pula kawasan untuk repair barang elektrik. 

Kalau sebelah pagi abah sibuk disekolah, sebelah petang dan malam pula abah sibuk di kawasan rumah ni haaa.. kadang-kadang tu terfikir juga, abah ni tak penat ke? Sekarang setelah bergelar seorang ayah, baru aku faham. Apa rasanya menjadi seorang ayah. Walaupun sibuk macamtu abah tak pernah abaikan kami semua. Ada je masa bersama kami.

Stor kayu

Gambar atas ni dulu kawasan stor kayu. Semua stok kayu disimpan disitu. Sekarang ni tinggal batu je, stornya da roboh kot. Dulu masa stok kayu sampai, kami adik beradiklah yang kena angkut kayu dari lori simpan kat stor ni. Seronok bila stok kayu sampai, sebabnya kami akan dapat upah! hehehe. Sebatang kayu RM0.10. Zaman tu 10sen besar wooo nilainya. Boleh beli gula-gula 5biji tau 10sen. Jadi, kami adik beradik ni, berebut-rebutlah dok angkat kayu tu..hehehe.

Ada juga abah pergi beli sendiri kayu di kilang. Abah guna van masa ni, jadi bila abah pi beli kayu tu, penuh la van dengan kayu, kami pun berhimpit dalam van dengan kayu.hehe. Kalau abah beli papan/plywood lagi syok, abah bentang dalam van tu, atas papan lapik kain/toto, kami boleh baring atas papan tu. Zaman kanak-kanak, boleh duduk atas papan tu syok wooooo.. (^_^)

Abah amik stok kayu di Alor Setar. Nak ke Alor Setar dalam 1 jam 15 minit perjalanan. Jadi kalau abah keluar memang dia bawa semua. Boleh pi jalan2 sekali. 

Zaman itu sudah berlalu... yang tinggal cuma kenangan, nostalgia... Al-Fatihah buat arwah abah (-_-)





No comments: