Saturday, August 3, 2013

Mengapa Perlu Abaikan Bekalan Akhirat


Dah seminggu lebih aku luahkan kekecewaan aku di entri ini.. baru harini rasa boleh post.. (^_^)

Maaf andai kata-kata aku ni salah dan mohon betulkan andai salah. Maaf juga andai terkasar bahasa. Ampun maaf orang muda deras suara pada yg lebih tua. 

Anak itu anugerah Allah, anak juga salah satu bekalan yang kita boleh bawa di akhirat kelak. Rasanya semua tahu, apabila kita mati hanya 3 benda yang akan dibawa bersama. Pertama amalan, kedua doa anak yang soleh/solehah dan sedekah.

Situasi yang berlaku depan aku ialah seorang ayah yang mengabaikan anaknya setelah bercerai. Aku kenal si Ahmad (bukan nama sebenar) ni, rapat la juga. Aku pun tak sangka Ahmad macam ni, bila dah nampak depan mata sendiri, mengucap panjang den.. Hilang sikit rasa hormat aku pada kamu wahai Ahmad.

Harap Ahmad baca la ni ye... andai salah betulkan saya...

Anak itu anugerah Allah untuk kamu Ahmad. Cerainya kamu dengan isteri kamu memang dah terputus segalanya. Yang halal kembali haram. Kamu nak benci bekas isteri kamu sampai mati pun xpa, tak mau maafkan sampai mati pun xpa, hak kamu dan kamu tak ada apa ikatan dah dengan bekas isteri kamu tu.

TETAPI !!! dengan anak kamu, selagi hayat dikandung badan, itu tanggungjawab kamu Ahmad. Kamu tak boleh pinggirkan mereka. Kamu tak boleh abaikan mereka. Jangan lupa Ahmad, doa mereka juga bakal menjadi penyelamat kamu di hari perhitungan nanti. Kalau ye pun nak lupakan benda lepas, jangan lupakan anak kamu Ahmad.

Aku bila dengar mak kamu kata anak kamu yg bongsu tu sampai demam rindu kamu, sebak dadaku Ahmad. Aku tahu macam mana rasa rindu pada seorang ayah. Aku pun teramat rindukan ayah aku Ahmad. Aku tak boleh terima bila dengar sendiri kata-kata kamu bila mak kamu suruh kamu pergi jumpa anak kamu.

Kamu merantau ke negeri orang, tiggalkan anak kamu berjauhan. Bila dah bercerai kamu dah tak balik tengok mereka. Mereka datang ke sini mencari kamu. Nak jumpa kamu, tapi kamu tak mahu jumpa mereka.. aduh, tak dapat digambarkan perasaan ini kalau aku di tempat anak kamu. 

YA , aku tak tahu situasi sebenar. YA , aku tak tahu apa dibenak fikiran kamu , tapi Ahmad apa yang jadi depan mata aku amat menyedihkan, sebak hati aku Ahmad. Terasa seperti nampak 'plastik' terbakar.







No comments: