Thursday, September 26, 2013

Nak Pakai Kain Pelikat

Aku balik dari surau malam tadi, Zayyan datang tarik-tarik kain pelikat yang aku pakai, ingatkan nak suruh dukung, aku dukung tak mahu dia, nk suruh letak, aku letak ditariknya kain aku ni, tarik dan dah mula menangis.. ish, apa anak aku nak ni? aku dukung lagi, bawa pusing-pusing rumah, agah sana sini, tak mahu! nak turun.. bila letak tarik kain..dah nak terburai kain den! haha..

aku pun masuk bilik tukar kain ,pakai seluar dulu, pastu tengok Zayyan masuk bilik ambil kain pelikat aku, nak sarung la kononya, angkat letak, angkat letak, bila tak boleh menangis.. hahaha

Okey, abahmu dah faham wahai Zayyan, Zayyan nak pakai kain pelikat tu ye.. Meh abah tolong..

Nah! ini hasilnya...



Punyalah gembira Zayyan dapat pakai kain pelikat, satu rumah dia pusing! Haiii la Zayyan, teletah sunggguh kamu sekarang ni.. (^_^)

Ni video ibunya upload di Keek.






2 comments:

HASRUL HASSAN said...

Comel. Saya pun ada beli untuk anak saya, hampeh ... tak pakai pun, buat lapik je memalam .... hmmm bagus ajar anak mengenai kain tradisi Melayu ni.

Vee Lea said...

Hahaha.. So cutee!!! :D