Wednesday, September 11, 2013

Setahun sudah...

Hari ini 11 September 2013 bersamaan 5 Zulkaedah 1434hijrah, genap umur putera sulung ku Muhamad Izz Zayyan Rizqi satu tahun. Selamat ulang tahun kelahiran sayang, nak ucapkan pada kamu, komfem aku buat tak tahu je sebab bukan faham lagi pun apa abah nk kata ni kan..hehehe.. abah doakan untuk kamu ye..

Moga dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang kamu membesar, moga menjadi anak yang soleh taat pada ibubapa dan yg penting taat perintah Allah s.w.t. Moga sentiasa dalam redha dan rahmat Allah. Moga Allah memberi kekuatan, kesabaran dan ketetapan iman pada abah dalam membesar,mendidik kamu. Amin.

Sekejap je masa berlalu, dah setahun pun kamu Zayyan... (^_^)








2 comments:

Izzuddin Fauzi said...

Ala comel... Besar dah dia :)

HASRUL HASSAN said...

Comelnya ... zuriat kena jaga elok2 .. dia yang akan bawa apa yang kita ajar, elok kita .. eloklah dia. In Sha Allah.