Saturday, March 23, 2013

Pengalaman bersama KRJ - Jemaah Islamiah part 2


sambungannya....

Perjalanan diteruskan, setelah barang diagihkan sama rata Angah dapat bahagian bawa beg. Angah kena bawa 4 biji beg. 1 galas depan, 1 galas belakang, 2 lagi kiri dan kanan. Bayangkan beg balik kampung tu di galas depan belakang kiri kanan, berjalan mendaki naik turun bukit selama lebih kurang 9 jam. Ya Allah peritnya rasa.

Kami sampai di kawasan perkhemahan lebih kurang pukul 7.30 malam. Terus selesaikan kewajiban solat maghrib dulu. Selepas itu, proses pemasangan khemah. selesai pasang khemah, kami diberi masa 1 jam untuk makan. Kena masak sendiri, makanan yang dibekalkan kena catu untuk 4 hari. Dengan keadaan yang sangat memenatkan, masak pun ala kadar ja setakat isi perut. Lagi pun kelengkapan yang kurang, dengan tiada sumber air (paip air tiada). Hanya berbekalkan air sungai. Elektrik pun tiada, tandas pun tiada. Memang betul-betul dalam hutan. Tiada sebarang kemudahan. Malam kami hanya diterangi pelita kabat.

Selesai makan malam, dalam pukul 9malam, kami diberi arahan berkumpul untuk solat Isyak, selesai solat kami diberi tazkirah dan taklimat tentang program ini. Keseluruhan jumlah peserta lebih kurang 85 orang, terdiri daripada 8 kumpulan. 1 kumpulan lebih kurang 10 orang. Urusetia 5 orang kalau tak silap. Salah sorangnya adalah komando.

Bermula malam itu juga, kami diberi tugasan untuk berjaga, kawan kawasan perkhemahan secara bergilir-gilir. 1 kumpulan 1 jam. Dalam tempoh berjaga sepanjang malam ini, abg komando tu akan menceroboh mana-mana khemah untuk gunting rambut kami, kumpulan mana yg boloskan/tak dapat kesan komando itu masuk akan didenda keesokan harinya.

Dan, sepanjang 3 malam kami berjaga secara bergilir-gilir, sentiasa berhati-hati, abg komando itu tetap berjaya boleh bolos masuk dan gunting rambut kami. Alhamdulillah kumpulan Angah bernasib baik sebab komando tu bukan masuk semasa kami berkawal. Terlepas lah dari denda. hehe. Dendanya push up 50 kali!!


bersambung.....

sumber cahaya kami di malam hari

sumber air bersih untuk minum dan masak termasuk mandi



baca PART 1 - Klik SINI



Tetamu Tak Di Undang

Camner nak buat ni? Nak halau takut di serang.. nk bg masuk tak dibenarkan.. hehehe

perkara biasa di sini, orang nak melawat, 'dia' pun sibuk nak melawat, habis lari pelawat takut tengok beruk-beruk ni.. hehe. walaupun kami dah biasa tapi masih tetap berwaspada. Mana tau kot-kot dia naik angin.. APTB nanti.. bahaya woooo









Sultan Kedah Baru !!!

Sumber : Facebook


nindia!!! apa kejadahnya ini? ha ha ha ha ha.. macam-macam hal lah sekarang ni... hanya mampu tersenyum dan ketawa. hehe (^_^)





Earth Hour at Planetarim Negara




Marilah beramai-ramai malam ini ke Planetarium Negara untuk memeriahkan sambutan Earth Hour 2013. Banyak aktiviti yang akan diadakan. Series superb! 

Antara aktiviti menarik malam ini Pencerapan Malam, Planet Lantern, Light Painting Contest dan Paper Plane to Glow In The Dark. 

Selain itu ada juga ceramah tentang Pencemaran Cahaya, tayangan video rasmi Earth Hour 2013, persembahan istimewa, NightWalk dan kuiz.

Datanglah ramai-ramai ye, bawa semua adik,abang,kakak,atuk,nenak,sedara mara, orang kampung semua.. hehehehe (^_^)

Angah akan berada disini dan bertugas di aktiviti Paper Plane to Glow In The Dark! apa benda tu? haaaa, kena la datang.. jumpa anda di Planetarium Negara.



Wednesday, March 20, 2013

Apa Zayyan Buat tu?



Apakah ini tandanya Zayyan dah nak adik? hehehe. Selalunya bila budak dah 'berjaya' masukkan jari kaki dalam mulut orang kata dia nak adik dah...hehe (^_^)

sejauh mana kebenarannya, kena tanya orang dulu, dulu dan dulu sebab ayat "petanda dia nak adik" di turunkan sejak turun termurun.

nk tau benar ke tak, ibu bapa lah menentukan.. he he he he he he (gelak gatal skit)





Al-Quran, Video Nasyid Al-Quran

Mula-mula tengok video ni, teruja,terpegun dengan keindahan dan kemerduan suara adik ini,walaupun video amatur, tetapi tidak jemu Angah tengok berulang kali, selain kemerduan suara adik ini, indah lirik nasyid Al-Quran ini.. sambil hayati kemerduan suara adik ini, hayati juga liriknya...




Al Quran itu mutiara iman
Membimbing umat dalam kegelapan

Al Quran itu petunjuk jalan
setiap bidang dalam kehidupan
agung Al Quran
Menghapuskan kejahilan

Al Quran itu petunjuk jalan
setiap bidang dalam kehidupan
agung Al Quran
Menghapuskan kejahilan

Iman dan takwa membentuk jiwa
Dari segala musibah melanda
Al Quran itu bawa cahaya
Jadi pegangan spanjang masa
Semoga hidup aman dan bahagia

Al Quran itu bawa cahaya
Jadi Pgangan sepanjang masa
Semoga hidup aman dan bahagia

Ayuh kita renung sejenak
Kejahilan itu kerugian
Hadirkanlah sinar keimanan
Kitab Al Quran jadikan pedoman

Ayuh kita bangun segera

Bina bangsa majukan negara

Kita lakarkan kejayaan

Berpaksikan kitab Al Quran

Al Quran itu mutiara iman
Membimbing umat dalam kegelapan
Al Quran itu petunjuk jalan
setiap bidang dalam kehidupan
agungnya Quran
Menghapuskan kejahilan

agungnya Quran
Menghapuskan kejahilan




Sunday, March 10, 2013

Pengalaman bersama KRJ - Jemaah Islamiah part 1


Bila hari-hari dok dengar berita Lahat Datu, Angah teringat zaman masuk Kadet Remaja Jemaah Islamiah (KRJ) dulu. Tahun 2002 kalau tak silap Angah. Sebelum tertangkapnya pensyarah UUM yang terlibat dengan Jemaah Islamiah dulu, apa namanya Angah pun tak ingat dah.

Tak tahu la Angah mana silapnya, apa yang salahnya. Apa kes sebenarnya dengan Jemaah Islamiah ni Angah pun tak tau.. tau-tau jer pensyarah yang selalu bawa Angah dan kawan-kawan keluar ni tertangkap. Apa jadi selepas tu pun tak tau sebab terputus disitu saja.

Start join KRJ bila pensyarah UUM ni datang bawa kami (geng asrama) join aktiviti diorang. Antara antivitinya, main bola, memanah, berkuda, berenang, tazkirah/usrah dan riadah. Yang Angah nk kongsi ni aktiviti luar KRJ yang kali pertama dan terakhir Angah join. Latihan di satu kawasan di negeri Pulau Pinang. Mana kawasan tak ingat dah aih..lupa dah.. tp kat Penang la..pengalaman yang tak dapat Angah lupakan sampai sekarang.. perit!!!

kami dijanjikan dibawa jalan-jalan ke Pulau Pinang, seramai lebih kurang 40 orang (satu bas),  tetapi sebaliknya, kami dibawa ke tempat lain, tak sangka pulak nak kena masuk HUTAN!! masing-masing dah menggelabah, dah pakai cantik2, hemsem2, takkan masuk hutan.. tapi apa boleh buat, kena ikut je la sebab datang dengan diorg..naik transport diorang.. ikut jer lah..

kami sampai ke satu kawasan hujung bukit dalam pukul 10 pagi, turun je dari bas, kami diagihkan barang-barang keperluan seperti alatan masak, makanan, kelengkapan berkhemah dan lain-lain. Group Angah ada 8 orang, bayangkan masing2 dah bawa beg pakaian. Ini nak kena bawa lagi barang2 yang diorang bagi. Jadi, kitorg pun agih-agih lah sama rata, bawa sorang sikit.

Selepas diberi sedikit taklimat, baru kami tahu, kami bukan nak berjalan makan angin, tapi kami akan ikut satu latihan. Latihan selama 4 hari 3 malam. Selesai taklimat, maka bermulalah perjalanan kami ke kawasan perkhemahan.

kami kena berjalan redah hutan, naik turun EMPAT biji bukit untuk sampai ke kawasan perkhemahan. Bertolak dalam pukul 10.30pg, sampai ke destinasi dituju pada jam 7.30 malam. bayangkan, perjalanan yang lebih kurang 9 jam lebih, letihnyer lah. Sepanjang perjalanan tu, berhenti rehat 2 kali jer, 1st berhenti makan tengah hati dan solat zohor, rehat kedua masa solat asar...


bersambung......




Jalan-jalan ke Thailand

alhamdulillah 22 Februari lepas Angah berpeluang pergi melancong ke Thailand. Baru hari ni nak up di blog..hehe.. sebelum ni tak berkesempatan nak update. (^_^)

pergi 3 hari 2 malam. 22 Feb malam bertolak, sampai sana pagi. Agak excited gak la Angah kan, walaupun ke Thailand je pun tp excited gak sebab ini first time Angah keluar dari negara Malaysia! hehe
Thanks a lot pada abg iparku Izamil sebab dia yg belanja Angah trip ni. Thanks a lot bro.. merasa den berjalan negara orang... (^_^)

selepas selesai urusan di Imigresen, destinasi pertama yang dituju ialah Nora Plaza. Nora Plaza ni tempat tumpuan pelancong untuk beli cenderahati, barangan kulit. Aik? baru ja sampai shopping dah..huhu

serba ringkas trip Angah di Hatnyaidan Songkla, Thailand, dari Nora Plaza --> Kilang Gajus --> Check-in Hotel, Yong Dee Hotel --> Hatnyai Ice Doom --> Chang Puak Camp (tempat gajah) --> Pantai Samila, Songkla (patung Duyung) -->Night Market --> Pasar

itu antara tempat yang sempat Angah pi berjalan...

muka gumbira dapat jalan-jalan.. hehe
at Nora Plaza
check-in Yong Dee Hotel



at Pasar - Pengangkutan Awam , Tut-tut

Hatyai Ice Doom

Samila Beach
Floating Market



Lagi gambar tengok di FACEBOOK ye.. atau klik SINI, atau SINI pun boleh juga.. (^_^) 





Saturday, March 9, 2013

Bila Abah Zayyan Pula Yang Deman...

Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk merasai nikmat demam secara tiba-tiba dan mendadak.  Alhamdulillah moga terhapus sedikit dosa-dosa lalu, In Sha Allah. 

Hari Khamis lepas, Angah kerja seperti biasa, dalam kul 10.00pg camtu, tiba-tiba rasa badan ni sejuk sangat.. padahal sebelum ni takde tanda-tanda apa pun.. tiba2 ja sejuk, mula2 tu ingatkan sebab aircond, Angah off aircond, masih sejuk, keluar berjemur tengah panas, masih sejuk.. sampai dah tahap menggigil, menggeletar kaki tangan gigi semua.. dah tak boleh tahan ni, Angah terus call rakan sepejabat, take over kerja Angah jap, Angah nak balik.. 

Sampai ja rumah, terus masuk dalam selimut+toto, bummmm, pengsan! huh! kul 12.30 isteri ajak pergi klinik, sebab dah panas sangat dah.. Angah dak tak boleh bergerak dah. Hanya mampu mengerang. Isteri buatkn air teh Ho Yan Ho, teh herba baik untuk panas dalam. Angah ni dah la jenis susah makan ubat, hehehe, kena paksa ngan isteri, minum jer lah.. isteri tuamkan badan, kepala semua.. petang rasa ok sikit, baru pergi klinik..

Doktor check, sekali 46'C, wow! tingginya panas, terus doktor suruh baring, dan Angah dicucuk di bontot. Ingatkan kanak-kanak je kena cucuk bontot ni..hehe..org tua pun kena.. Kata doktor, panas terlalu tinggi, kalau ikutkan kena masuk air, tp dia nk bg cepat kebah, dia cucuk dulu, kalau dalam masa sejam-dua jam tak kurang sikit, memang kena refer HKL...

Alhamdulillah dengan izin Allah, peluh nyer lah macam mandi..peluh  bercerau org kedah kata.. 

Macam-macam penyakit sekarang ni.. ini 1st time Angah kena macam ni.. tiba2 terus jadi dan tak daya nak tahan langsung.. dalam panas, luar sejuk, sendi krem, tak boleh nk bergerak, Subhanallah..hanya Allah yg tahu saat itu peritnya.. Apa yang DIA nk jadi akan jadi.. Bila-bila masa ja.. Ya Allah aku bersyukur masih mempunyai kesempatan meneruskan hidup ini Ya Allah, Ampunkanlah dosa2ku, Tetapkanlah imanku ini Ya Allah.. Amin!


Gambar hiasan : Sumber Google Image






Saturday, March 2, 2013

Bila Zayyan Demam....

sudah 3 hari Muhammad Izz Zayyan Rizqi, anak abah demam. Tak senang duduk ibu dengan abah bila Zayyan demam. Duduk tak kena, tidur tak kena, baring tak kena, dukung tak kena.. Merengek je sepanjang masa.

Dah pergi ambil ubat dah haritu, hari ni masih panas lagi, nak pergi rujuk semula di HKL lah. Risau abah demam Zayyan tak kebah. Takut juga kalau ada efek lain. Luaran kita rasa panas, tapi dalam tak tahu, Jadi kena pi rujuk juga.

Cepat sembuh ye anak abah~  : (

Bila Angah merasa sendiri macam mana jadi seorang abah, macam mana risaunya seorang abah bila anak sakit, baru Angah tahu, apa yang ibu dan arwah abah rasa dulu...

wahai anak-anak, hargailah jasa ibu ayah anda...jangan abaikan mereka. Susah payah mereka bersengkang mata dikala kita sakit dulu, susah hati mereka, hanya Allah Maha Mengetahui. Ampunkan dosa anakmu ini ibu, abah~


Zayyan yang tidur tak jerab...




Allah Tahu Makcik ooiiii !!!


Geram pulak Angah dengan sorang makcik ni...grrrrrr!! uppsss, lupa pulak nk intro..hehe. Angah kerja hari ini.. seperti biasa.. Angah kerja dimana? baca SINI.

alkisahnya, ada satu family ni datang dari mana pun xtau lah.. sampai ja depan pintu masuk (kaunter) tempat kerja Angah ni, dia terus tarik, buka tudung dia. Kemudian, kawan/saudara dia Angah xtau lah, tegur perbuatan makcik tu.. nape buka tudung tu..

Panas katanya.. Yang Angah geram dia boleh kata "alaahhh, sini bukan orang kampung nampak aku pun, bukan ada orang kenal aku pun kalau aku buka tudung"

Nah!??! jawapan apu tu makcik oii ??? grrrrrr.. aku yang dengar plak jadi geram!!


makcik, Allah maha mengetahui, tutup aurat bukan sekadar dikampung atau dimana-mana. Tutup aurat itu WAJIB, bukan kerna orang kampung makcik ye... LiLLAHI TAALA



gambar hiasan : Sumber Google Image