Thursday, July 25, 2013

Contest Mega Raya, Teka Syiling Raya, Menang Duit Raya!




Jumlah duit syiling adalah RM138.78

Contest Mega Raya ini dianjurkan oleh Fuh.MyMedia-SiberGempak.Org dan ditaja oleh penaja awesome iaitu HairanBlog.ComYanty.MyFizaFantagiro,SecretOfShailaBanKami.NetAynoranur.ComAimaBabyComelLongoi.Com,SilenceBlogz.ComKacangBoy.ComCikKiwiBeritaKakiKhairul Asrol,KanvasDakwat.ComWoww.MyKopiLekatMoneyClub2uPencuriMovie.Com,BlogFyna.Com,Pena.MyBoniKacak.ComFizGraphic.ComKisahEmasPutih.Com danBulanPurnama.net

Iftar di Orchid Bistro


Semalam berbuka di luar, isteri tak berapa sihat.. jadi tak mau lah bebankan dia sangat kan.. (suami mithali la konon,hehehehehe) berbuka di Orchid Bistro, di AEON Big Wangsa Maju.

Menu berbuka haritu , aku layan western (^_^) , sekali sekala ubah selere ye idak? sedap! terbaik!

apekenama mix ape ntah. lupe..hehe..yg penting lampnya sedap bangat




Wednesday, July 24, 2013

Kerana Tumit Kena Seksa Neraka...


Alhamdulillah berkesempatan dengar tazkirah tadi, meh Angah nak kongsi sikit. Penting ni, pasal tumit. Simple je kan? Pasal tumit tapi berat pelaksanaan dan kesannya.

Angah tak ingat apa hadis Nabi Muhammad yg Ustaz baca tadi, ia menyebut mengenai tumit. Manusia akan menerima azab seksa neraka sebab tumit kerana 2 perkara. Pertama amik wuduk tidak sempurna di kawasan tumit dan kedua tumit tidak sama semasa dalam saf solat.

Bab wuduk , dalam soal ini Nabi saw mengutuk mereka yang tidak sempurna wuduk. Maka sebaiknya kita umat Islam harus beringat antara satu sama lain kerana dalam soal yang kita anggap kecil atau remeh rupanya seksa dahsyat menanti kita. Doa minta berlindung daripada Allah hal yang tersebut.

Bila wuduk tidak sah, solat pun menjadi tidak sah. Jadi mari sama-sama kita sempurnakan wuduk kita. Jangan sekadar jirus je kaki, air memang rata tapi kemungkinan tidak kena pada rekahan tumit kita. Kulit kaki dan tumit kita tebal, ada yg merekah. Jadi kalau sekadar jirus, takut air tidak masuk celah2 rekahan tu. Bila jirus tu, usap la sampai rata.

Sama-sama kita perbaiki diri.. In Sha Allah (^_^)





Zayyan dah nak berjalan...





Suka Zayyan dapat jalan dua tiga langkah.. baru dapat selangkah dua, jatuh, bangun berdiri lagi, jatuh, bangun berdiri lagi.. tak letih ke sayang? tak la kot, suka je abah tengok..siap tepuk tangan lagi. hehe.

 Ini petanda abah dan ibu kena tambah stamina! Zayyan merangkak pun puas nak kena kepung satu rumah. hehe. Macam-macam nk di explorenya, nak halang tak elok pula kan. Jadi perhatikan jer lah. 

Dapat jalan nanti macam mana la yer,mau mengah abah dan ibu.. hehehe.. tak sabar plak rasanya... (^_^)





Pemenang Ramadhan Giveaway


Selamat pagi (^_^), maaf lah yer semalam tak berkesempatan nak update pemenang.. hehe. Jadi di pagi yang indah ini Angah nak umumkn pemenang Collogen Plus Vit E Whitening Beauty Set ialah walkstatic.blogspot.com. Tahniah ! (^_^)

walkstatic.blogspot.com
Hadiah - Collogen Plus Vit E Whitening Beauty Set


Terima kasih Angah ucapkan pada yang sudi join simple giveaway ni. Tahniah pada yang bertuah. InShaAllah ada 2nd giveaway selepas ini. (^_^)





Tuesday, July 23, 2013

Bila Zayyan Tidur...


Sumber : Google

Dulu Angah pernah tergelak tengok gambar di atas. Sekarang ni Angah dah merasa dah hampir semua situasi macam gambar tu. hehe (^_^). Lasak Zayyan tidur sekarang ni. Kejap atas, kejap bawah, kejap menonggeng, kejap kaki di muka Angah ni, kejap lagi muka ibu dia pula. 

Tidur tak cukup? tidur terganggu? Ya! tapi menghiburkan. Terhibur dengan gelagat anak. Kadang-kadang tu bila dah letih sangat, datang juga nafsu amarah ni. Hilang sabar wooo, tengah sedap mimpi indah, tiba-tiba debushhh! tapak kaki Zayyan dimuka.. mau tak hangin? hehe.. sabar jer lah.. time terjaga tu la setan laknat ni menghasut bangkit bafsu amarah.. cepat-cepat tepis, agar tidak tergoda.



Ramadhan Giveaway


Sempena 14 Ramadhan 1434 ni, Angah nk bg giveaway berupa COLLAGEN PLUS VIT E WHITENING BEAUTY SET. Dah separuh Ramadhan berlalu, jadi Aidilfitri pun dah tak lama kan? haaaa, set Collogen ni InShaAllah dapat bersihkan muka, bagi muka nampak berseri-seri di Aidilfitri nanti.. (^_^). Sesuai untuk semua..perempuan boleh, lelaki pun boleh.. lagi pasal Set Collogen Plus ni baca SINI.

COLLAGEN PLUS VIT E WHITENING BEAUTY SET

Nak dapat Set Collogen Plus? Jom...
1- Buat satu entri baru, letak header Blog Angah
2- Tajuk :- Ramadhan Giveaway by Angahjudin
3- Komen blog Angah sikit
4- Tinggalkan link entri di ruang komen entri ini (link entri tau,bukan link blog)

Tutup malam ni, pemenang akan dipilih secara random. Pemenang akan diumumkan selepas solat terawih malam ini (^_^)




Realiti, Aduh! Terasa Hati...



Angah jumpa kartun ni di Facebook. Terasa hati dengan kartun ni. hehehe. Takpe, muhasabah diri. Sedar atau tidak, kita selalu macam ni kan? kalau bab lain, berjam-jam pun tiada masalah. Tapi kalau bab ilmu, agama, solat, mengaji quran dan seangkatannya, sejam pun rasa lama sangat dah. Orang lain Angah taktau la kan, tapi diri sendiri ni, kadang-kadang pun macam tu juga.hehe

Lepak di warung sampai 2-3 jam, tiada masalah, tak rasa lama tau letih pun, tapi kalau dalam majlis ilmu 2-3 jam tu amatlah lama dan rasa panjangnya masa. ish..ish..ish..

Subhanallah, Ya Allah,Kau tetapkanlah iman didadaku, kekalkanlah imanku Ya Allah...



Sunday, July 21, 2013

Berbuka Puasa Bersama Ex-SKLM

Alhamdulillah, semalam 20.07.13 bersamaan 11 Ramadhan 1434 sekali lagi Angah dapat berkumpul bersama sahabat-sahabat sekolah rendah dulu. Moga ukhwah yang dah 20 tahun lebih ini berterusan hingga akhir hayat, In Sha Allah. Tahun lepas semua datang lenggang jer, tahun ni alhamdulillah dah bertambah ahli baru, ada yg datang bersama anak, termasuk lah Angah..hehe

Tahun ini kami berbuka di D'Hajar Cafe, Shah Alam. Dekat dengan Stadium Shah Alam je. Tak la susah nak cari jalan ke sana. Hidangan makanan disediakan dalam bentuk buffet. Harganya pun sangat berpatutan. Hanya RM29.99 jer, RM30 la senang citer.. RM29.99 tu harga psykologi je sebenarnya.. hehe. Pandai D'Hajar Cafe.

Alhamdulillah semua berjalan lancar. (^_^)
 















Fenomena adik Adi, Indonesia





Subhanallah, AllahhuAkbar, tersentuh hati Angah tengok video adik Adi ni. Beruntung ibubapanya, berjaya didik anak seawal usia 3 tahun mengaji Al-Quran. Bukan setakat membaca tetapi menghafal. Melentur buluh biar dari rebungnya. Nah! ini buktinya, hebat sungguh ibubapa Adi.

ADI, Berusia 3 Tahun Mencipta Fenomena Di Indonesia Dalam Program Realiti Thoriq @ Hafidz Indonesia Di Saluran RCTI. 


Kalau nak tonton episod 2 dan peserta lain, boleh la cari di Youtube, cari 'Hafidz Indonesia RCTI'.


Sumber Video : Angah ambil di Facebook




Saturday, July 20, 2013

Yeaahh.. saya dah mandi !

Sekarang ni mudah nak mandikan Zayyan.. Sebabnya Zayyan dah suka main air.. hehe.. pantang ajak mandi, laju jer menuju ke bilik air. 

Geram pulak tengok Zayyan berkemban camni.. kena gomoi juga dengan abah ni jap lagi...hehehe (^_^)







Lambakan Warga Asing


Isu warga asing ni bukanlah isu baru. Dah lama dah isu ini menghantui warganegara Malaysia. Tambahan pulak penghuni rumah pangsa atau flat sekitar Kuala Lumpur ini. Makin hari makin bertambah warga asing ni. Di kawasan Angah tinggal pun dah semakin ramai sangat dah. Penuh dengan orang dia jer. Rimas sangat dah dengan mereka itu..

Macam-macam masalah diorang ni,contoh, naik lif nak berebut-rebut, diorang ni jenis berkelompok. kalau datang 1 group 8 orang, mesti 8 orang tersebut naik lif, tak boleh tinggal sorang pun.. sesak-sesak pun diorang sumbat gak, kalau tak muat, semua turun. 

Malam-malam mabuk, minum arak pastu botol bersepah. Bila dah mabuk buat bising, merayau maracau sana sini. Anak-anak bersepah, nakal tu xyah cakap lah.. satu flat dia boleh marathon..

Pernah buat aduan pada pihak yang berkenaan. Dah banyak aduan sebenarnya dibuat, tapi apa boleh buat, kita ni pengadu jer, dah 'mereka' itu tidak mahu ambil tindakan, kita ini tanggung jer lah, ntah apa masalah pihak berkenaan pun Angah tak tau lah, tak boleh ke ambil tindakan. Aduan dah berlambak dah.. ke dah 'makan' banyak kot, seperti biasa.. hmmmmmm..

redha jer lah sekarang ni.. hadap jer lah.. nk harap pihak berkuasa ambil tindakan memang tak la kot.. 

percaya pada kata menteri tu 'Malaysia masih aman' ... aman lah sangat yang teramat sangat aman


Sumber : Google Image



Apa Aktiviti Ramadhan Anda?



Sumber : Facebook


Angah jumpa gambar di Facebook, suka dengan jadualnya. Berangan dan cadang nak la juga istiqamah (berterusan) macam tu, tapi baru dua,tiga hari je dapat follow macam jadual atas ni...huh

Masih jauh diriku ini ya Allah, Ya Allah berilah aku petunjuk dan taufiq Mu ya Allah. Tetapkanlah iman didadaku, permudahkanlah urusan dunia dan akhiratku.. Amin.




Saturday, July 6, 2013

Video : Sepetang di Tasik Titiwangsa




Angah teringat kata-kata seorang ustaz ni "Sibuk macam mana pun, amik lah masa untuk bersama anak". Haritu sempat Angah bawa anak beriadah di Tasik Titiwangsa. Saja bawa Zayyan tengok dunia luar. Berkembang sikit otak.. hehe. Lagi pun dapat tengok apa reaksi dan gelagat anak bila di tempat macam tu.

Setakat sekarang ni, takde la banyak ragam sangat Zayyan. Dia duduk diam jer.. tengok orang sana sini.. macam geram pun ada gak.. belum boleh jalan lagi.. nanti dah dapat kaki tak tau la kan.. jenuh pula abah dan ibunya nak mengejar.. hehe (^_^)





Wednesday, July 3, 2013

Tukang kemas rumah baru!





Baru je lepas tukar pampers Zayyan ni, seluar pulak kotor dah, pampers bocor. Maybe pakai tak betul kot awal tu.. hehehe..

Ibunya gi amik seluar baru.. then tengok Zayyan dah atas meja laptop tu haaa.. satu-satu barang dari rak tu dicampaknya.. hehehe.. kesian ibunya nk kena mengemas semula (^_^).

Rajin anak abah ni mengemas ye.. takpe, kasi ibunya mengemas lebih sikit, senaman.. hehehe

Nak kena alih dah rak tu, kang Zayyan memanjat tanpa pengetahuan ibu dan abahnya bahaya. Boleh tumbang kalau Zayyan bergayut di rak tu. Mana la tahu kot ibu abahnya ralit. Sebelum apa-apa berlaku, lebih baik elakkan dulu.






Tuesday, July 2, 2013

Staf Baru dan Termuda TM

Staf termuda TM sibuk pasang cable moden streamyx.. hehehe

Makin rajin Zayyan mengemas rumah sekarang ni.. Letih, tp menghiburkan (^_^)

Zayyan Pertama Kali Naik Buaian

Hari minggu lepas, Angah sempat bawa anak dan isteri beriadah dia Taman Tasik Titiwangsa. Dekat je dengan rumah Angah. Ini juga kali pertama bawa Zayyan ke taman. Reaksinya memang nampak sangat perak atau 'jakun' bahasa utara..hehehe. Baru pertama kali pergi taman, ramai orang pulak tu.. tercangak-cangak Zayyan dibuatnya.

Kat Taman Tasik Titiwangsa ni ada buaian untuk budak kecil. Jadi Angah pun cubalah untuk Zayyan.. Tengok video ni ye ~ weeeeeeee  (^_^)







Sembilan bulan sudah...

Sekian lama tak update blog ini.. huh! kekangan masa yang terlalu padat membuatkan blog ini terbiar.. Pejam celik dah sembilan usia putera sulungku Muhammad Izz Zayyan Rizqi. Sekejap je masa berlalu.. Dah bulan Julai pun sekarang.. minggu depan dah mula puasa. Selamat menunaikan ibadah puasa pada semua umat Islam.