Friday, September 27, 2013

Tahniah Sahabat-sahabatku...


Alhamdulillah, baru-baru ini ada 3 orang sahabat aku telah  menimang cahaya mata. 2 orang baru bergelar seorang ayah, zuriat yang pertama, lagi seorang zuriat yang ke 3. Alhamdulillah.

Tahniah dari aku pada anta-anta semua (^_^). Moga bertambah barakah dalam hidupan kalian. Moga anak-anak kalian membesar dengan baik hendakNYA.


Puteri sulung Faizal 
Tahniah Faizal.. sahabat aku ni seorang usahawan burung..pakar burung..boleh tengok SINI. Sugar glider pun ada.Dia juga ada buka kedai bantal kabu original di Tesco Seberang Jaya.


Puteri sulung Ustaz Malik
Tahniah Ustaz Malik. Sahabat aku yang ni juga seorang  usahawan. dan ustaz. Dia ada buka travel agensi. Ada iklan di bawah header aku tu.. Az-Zuha Group Travel&Tours Sdn. Bhd. Sudi-sudilah klik ye..hehe


Putera ke 3 Uztaz Hadi
Tahniah Ustaz Hadi. Juga seorang usahawan berjaya, selain giat dengan jemputan ceramah/kuliah. Juga owner kepada Az-Zuha Group Travel&Tours Sdn. Bhd. Nak umrah, upah haji, melancong ke boleh lah klik iklan Az-Zuha di atas blog aku ni.. (^_^) Harga memang berpatutan.





Thursday, September 26, 2013

Nak Pakai Kain Pelikat

Aku balik dari surau malam tadi, Zayyan datang tarik-tarik kain pelikat yang aku pakai, ingatkan nak suruh dukung, aku dukung tak mahu dia, nk suruh letak, aku letak ditariknya kain aku ni, tarik dan dah mula menangis.. ish, apa anak aku nak ni? aku dukung lagi, bawa pusing-pusing rumah, agah sana sini, tak mahu! nak turun.. bila letak tarik kain..dah nak terburai kain den! haha..

aku pun masuk bilik tukar kain ,pakai seluar dulu, pastu tengok Zayyan masuk bilik ambil kain pelikat aku, nak sarung la kononya, angkat letak, angkat letak, bila tak boleh menangis.. hahaha

Okey, abahmu dah faham wahai Zayyan, Zayyan nak pakai kain pelikat tu ye.. Meh abah tolong..

Nah! ini hasilnya...



Punyalah gembira Zayyan dapat pakai kain pelikat, satu rumah dia pusing! Haiii la Zayyan, teletah sunggguh kamu sekarang ni.. (^_^)

Ni video ibunya upload di Keek.






Thursday, September 19, 2013

Duit dalam Maybank hilang!!!


Tiba-tiba aku dapat email dan messages dari Google mengatakan baki tidak mencukupi untuk membeli aplikasi games di Google Play. Aku biarkan je, aku ingatkan messages biasa je, pastu dapat lagi messages dari Google dengan tajuk dan kandungan yang sama, baki tidak mencukupi. Aku biarkan lagi. Sekarang ni kan kerap sangat dapat messages bukan-bukan, tu yang aku biarkan kan je...

Esoknya dapat messages dari Maybank2u. Tajuk dan kandungan yang sama macam msg dari Google. Barulah tergerak hati nak semak Maybank2u, dan YA memang baki dalam akuan tinggal beberapa sen je..
Pergghhhh.. baru berderau darah cek habaq hang! Baru menggelabah nak check sana sini. Tengok Maybank statement, YA memang ada transaksi jual beli dengan Google Play menggunakan kad debit aku.

Kad aku elok je dalam warlet.. seingat aku tak de la pula kad ni pernah tercicir ke, hilang ke, cuai letak merata ke, memang selamat je dalam warlet aku ni.. Macam mana ada orang boleh gunakan kad aku ini. Aku pun terus buat laporan, terus batalkan kad tu.

Esoknya aku pergi ke Maybank untuk dapatkan penjelasan. Aku pergi Maybank Daya Bumi. Pegawai bank tu sahkan memang ada transaksi jual beli tu dan transaksi itu sah, jadi nak tahu siapa yang melakukannya kenalah buat siasatan. Kena tunggu! Kebetulan ada pegawai yg aku kenal di Maybank Dayabumi tu, aku rujuk terus dengan dia, dengan jujur dia kata, kalau macam ni, peluang nak dapat balik duit tu memang tipis,senang cakap takkan dapat katanya. Duit memang burn lah. Nasib baik dalam akaun ada RM300++ je, ralat la juga.. RM300 banyak juga tu. Aku redha je lah.

Balik dari bank, aku buat carian di internet tentang kes-kes macam ni, memang banyak kali dah berlaku. Bagaimana kebocoran maklumat kad berlaku? Logik akalnya, sapa nk tahu no kad kita selain bank kan??? YA, sekarang ni memang ada kegiatan jual beli maklumat dengan orang bank. Boleh baca di blog Mazidul, pun ada lupitan pasal kes melibatkan kad bank ni. Tak hairanlah sekarang ni kerap je orang insurans boleh call kita tanya itu ini.. ye tak??? hhhmmmmmmm

Kerana duit , kerana habuan dunia, habis integriti diri, hancur amanah, merana akhirat!!!

Hati-hati ya sahabat-sahabat semua! Jangan sampai terkena, semak lah selalu akaun anda, jangan jadi macam aku, duit dah kering baru menggelabah..huhuhu.. ujian!

Google Image



Wednesday, September 11, 2013

Setahun sudah...

Hari ini 11 September 2013 bersamaan 5 Zulkaedah 1434hijrah, genap umur putera sulung ku Muhamad Izz Zayyan Rizqi satu tahun. Selamat ulang tahun kelahiran sayang, nak ucapkan pada kamu, komfem aku buat tak tahu je sebab bukan faham lagi pun apa abah nk kata ni kan..hehehe.. abah doakan untuk kamu ye..

Moga dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang kamu membesar, moga menjadi anak yang soleh taat pada ibubapa dan yg penting taat perintah Allah s.w.t. Moga sentiasa dalam redha dan rahmat Allah. Moga Allah memberi kekuatan, kesabaran dan ketetapan iman pada abah dalam membesar,mendidik kamu. Amin.

Sekejap je masa berlalu, dah setahun pun kamu Zayyan... (^_^)








Tuesday, September 10, 2013

Rezeki Milik Allah


Aku teringat kata salah seorang sahabat aku yang dah berjaya dan dah 'milionaire' pun sekarang ni. Katanya pada aku 'kalau hang nak berjaya dalam bisnes ni hg mesti kena tipu dulu, hg kena belajar terima orang tipu hang, tikam menikam ni boleh kata perkara biasa'.

Macam dah jadi kebiasaan pula bila nak berniaga mesti nak kena hentam sana sini. 'Kondem' perniagaan orang lain, kutuk perniaaan orang lain, walhal benda itu hanya memberi sedikit keuntungan sahaja padanya. 

Kenapa perlu nak tikam belakang? kenapa perlu nak buruk-burukkan orang yang sama meniaga. Didepan layanan yang amat baik,superb! tapi belakang nauzubillah.. hmmmmm, kita tau sebab pelanggan kita ada yang jujur tanya dan tunjuk pada kita apa awak kondem kita. Tapi aku tak kisah.. go on, sila teruskan usaha anda itu. Moga Allah buka pintu rezeki kamu seluasnya dan berjaya. Amin.

Tapi kita nk tanya.Tidak yakinkah kamu pada janji Allah s.w.t? Rezeki itu milik Allah, 1 kamu begi 10 Allah balas. Tak perlu lah macam tu ye... tak baik tau.. untung bukan besar mana pun,nuuuuun nanti di akhirat kamu yg bagi keuntungan amat besar pada orang lain.

Google Image



Monday, September 9, 2013

Refreshrooms





Pernah jumpa atau dengar 'refreshrooms' sebelum ni? aku ketinggalan ke dengan terms baru ni.. hahaha.

Siap gambar tangan letak belakang kepala lagi tu, memang 'refresh' sangat.. (^_^)





Kata Ku Nan...




Macam ni je ulasan seorang menteri? hmmmm.. bagilah jalan penyelesaian, bukan asyik kata jangan jer. Bila harga barang naik semua nak jangan. Penyelesaiannya takde. Rakyat yg susah tetap susah. APTB

Ini ketentuan Allah, kata orang tu. Hehe



Mengukur Sebuah Cinta




Di hari perhitungan, ketika di Padang Mahsyar nanti Allah bertanya kepada kita: “Dari mana kau peroleh hartamu di dunia?” Kita akan menjawab, “Harta itu aku peroleh dengan kolusi dan korupsi, dengan memalsu dokumen, dengan mendapat komisyen riba.”

Allah bertanya lagi, “Apa saja yang telah engkau lakukan di dunia?”

“Ku hiasi hidupku dgn dosa dan nista, tak henti-hentinya ku cintai indah dan gemerlapnya dunia hingga aku dipanggil menghadapMu.”

Allah dgn murka akan menjawab, “Kamu benar!”

Bandingkan dgn seorang hamba lain yg ketika di Padang Mahsyar berkata kpd Allah:

“Tlh ku tahan lapar dan dahaga di dunia, tlh ku basahi bibirku dgn zikir, dan tlh ku curahkan waktu dan tenagaku utk keagungan namaMu, tlh ku hiasi mlm ku dgn ayat suciMu dan tlh ku letakkan dahiku di sejadah utk bersujud pd kebesaranMu.”

Dan Allah akan menjawab, “Kamu benar!”

Subhanallah, adakah kebahagian yg lebih dari itu? Ketika seorang hamba menceritakan amalnya dan Allah akan membenarkannya. 

Mahukah kita pulang nanti ke kampung akhirat dengan membawa amal yg boleh kita banggakan? Mahukah kita temui Kekasih kita sambil membawa amalan yg akan menyenangkanNya? 

atau sebaliknya.. nauzubillah. Ya Allah, tetapkanlah iman didadaku ini. Aku baca kisah diatas di Kitab Hayatus Shahabah, halaman 524-525. Moga menjadi penguat semangat dan muhasabah diri aku ini agar tidak tercicir dari jalan Allah. 





Thursday, September 5, 2013

Ampai pun jadi kerja...




Sejak dah nak boleh jalan ni, asyik nak berjalan je. Berlatih tanpa kenal erti letih. Ada je benda yang boleh berpaut dan boleh ditolak jadi alat latihan berjalan. hehe. Kalau di dapur, satu-satu kerusi makan Zayyan tolak. 

Sambil tolak ampai, sempat lagi tu jengok tv. Terhibur hati tengok gelagat Zayyan. hehe (^_^)



Buka mata hati...


Bila update apa-apa berkaitan keagamaan atau ilmiah, perkara pertama yang segelintir orang lakukan ialah tengok peribadi orang tu. Betul tak? Perkara ini yang biasa dan selalunya terjadi. Lepas tu mula lah mengumpat orang tu. Bajet bagus lah, alim kucing lah, poyo lah, dia pun teruk lagi nk post benda agama dan macam-macam lagilah perkara negetif. Ada juga yang terus melatah kononnya dituju kepada dia, padahal kongsikan benda ilmiah ini adalah satu ibadah.

Kadang-kadang rasa macam down sangat dengan kritikan dan tohmahan sebegitu. Betul tak? (^_^) Janganlah anggap semua kritikan yang dituju kepada anda sebagai suatu permusuhan atau kutukan, tetapi ambillah faedah yang terdapat didalam kritikan itu tanpa melihat maksud di pengkritik, kerana anda lebih memerlukan kritikan dari pujian. Ingat tu ye (muhasabah untuk diri aku juga). Ambil positif dan perbaiki diri kita sendiri.

Sama juga dalam hal memberi pendapat. Jangan terlalu ego dengan pendapat kita sendiri dalam apa jua masalah pun tapi bermusyawarahlah. Sebab apa aku ingat lagi kata salah sorang cerdik pandai "pendapat dua orang lebih kuat berbanding pendapat seorang,sebagaimana halnya lidi, bila ada segenggam lidi, susah untuk dipatahkan".

Gambar : Google Image




Wednesday, September 4, 2013

Bila Zayyan Kejar Burung...



Salah seorang sahabat aku ni buat perniagaan burung. Ni salah seekor dari burung dia. Piko kalau tak silap aku nama burung yang ni.. apa jenis ntah aku lupa..ehehehe.

Ada banyak jenis burung dia bela, jual, dan latih. Antaranya Merbah Jambul,Murai Batu, yang macam dalam video tu apa namanya tak ingat, sugar glider pun ada. Faizal nama sahabat aku ni. Boleh lawat FB dia di SINI. Kedainya di area Pulau Pinang.

Video ni masa aku pi beraya di rumah dia, bagi Zayyan tengok burung ni, sekali dia kejar daaaaa... Sebbaik burung ni cerdik, kalau dapat dek Zayyan mau arwah jadinya kena tokak! hehehe

Kelakar tengok gelagat Zayyan, terhibur hati ini (^_^)


Sepetang di Teluk Cempedak


Balik dari kenduri sahabat di Pekan, Pahang, rujuk SINI. aku singgah jalan-jalan di Teluk Cempedak. Bawa Zayyan jalan-jalan tepi pantai. Ni kali pertama Zayyan tengok laut. Penat aku nak mendukung sebab Zayyan duduk tak diam. Pusing kiri, kejap lagi pusing kanan, tengok atas, tengok bawah. Baru 1st time tengok laut la katakan, jakun sikit jadinya.. hehehe




Muka takut pijak pasir... 1st time pijak pasir... hehehe

Dah ok sikit tapi muka masih cuak...




Wordless Wednesday #Senyum




Jangan stress! Senyum saja.. senyum selalu (^_^) 




Bak duit raya!



Sekejap je masa berlalu, dah masuk 28 Syawal dah pun. Dah nak habis dah Syawal 1434 Hijrah. Tahniah aku ucapkan pada yang berjaya habiskan puasa sunat 6 hari dibulan Syawal. Takziah pada yang tidak sempat nak buat puasa sunat. Moga bertemu lagi Syawal 1435 hijrah. (^_^)

Eh, Zayyan nak duit raya lagi boleh? hehehe . Gambar Zayyan di pagi 4 Syawal haritu..




Tuesday, September 3, 2013

Tahniah sahabatku...


Sabtu dan  Ahad lepas aku berkesempatan menghadiri dua majlis Walimatulurus kawanku. Tahniah, selamat pengantin baru aku ucapkan. Moga sentiasa dalam redha dan rahmat-Nya dalam menggalas tanggungjawab baru ini. Moga cepat dikurniakan zuriat (^_^)

Amy dan pasangan - Majlis di Rumah 500,Peramu 3, Pekan, Pahang

Zaidi dan pasangan - Majlis di Taman Danau Kota, KL


Barakallah hulakuma wabarakah alaikuma wajamaa' bainakuma filkhair- (^_^)