Sunday, March 2, 2014

Terubat juga walau hanya seketika...

Semalam aku sempat berjumpa dengan ummi tercinta sekejap di Taman Tasik Titiwangsa. Ummi datang sini bersama rombongan adik bongsu aku untuk program Dunia Seni Silat Melayu. Program yang mengumpulkan kesemua jenis silat yang ada di Malaysia. Banyak juga jenis-jenis silat yang ada di Malaysia ni rupanya. Macam-macam gaya pakaian dan persembahan yang baru pertama kali aku tengok. Kalau yang popular seperti Silat Gayong dan Cekak Hanafi tu biasa la tengok.. hehe (^_^)

Yang tak berapa bestnya, aku kerja semalam, aku kena kerja di hari yang sepatutnya aku cuti. hmmmm.. Jadi, lepas waktu kerja baru aku kesana. Aku dah suruh wife bawa Zayyan kesana dulu, aku mengusul lepas wakti kerja. Sempat la tok ummi main dengan Zayyan lama sikit. Pukul 4.30 petang camtu baru aku sampai sana. Sekejap je aku sempat lepak dengan ummi. Sedih  (-_-)

Sembang-sembang kejap, kul 6.30 petang rombongan dah nak bergerak balik. 

# Maaf ye ummi, aku 'terpaksa' kerja penuh bulan Mac ni, tak dapat balik kampung seperti yang dijanjikan. Anakmu berkhidmat untuk negara. Sangat sedih bila bos kata "sayangnya takde orang pandang".. But bos, its okey! sokkey ! kita enjoy,chill, redha ja.. semuanya akan okey (^_^)





2 comments:

PakcikLie PCL said...

takpa Din...berkhidmat utk negara, Org tak pandang tapi DIA Maha tau niat murni kita..sempunakan Ibadah itu wajib..dan hubungan kekeluargaan tetap tidak dilupakan.

Angah Judin said...

@PakcikLie PCL TQVM bro