Monday, August 25, 2014

Hampir berdentum dengan helmet...


Malam tadi kepala aku hampir-hampir cedera dek hentakan helmet kerna kelalaian aku sendiri. Maha Suci Allah. Kisahnya, selepas balik main badminton di Bangsar (baca SINI) ,aku baring rehatkan diri di ruang tamu sambil main handphone. Luruskan badan sikit sebelum mandi. 

Tiba-tiba bunyi berdentum dan rasa rambut tertarik di atas kepala. Aku pandang atas, tengok helmet aku! huh! Terus terkejut bangun, macam mana helmet ada kt situ. Tengok-tengok anak aku Zayyan dah diri atas sofa sambil buat isyarat "ayoooo..ayoooo". Zayyan yang ambil helmet tu campak kebawah. Betul-betul atas kepala helmet tu jatuh. Subhanallah.

Main handphone leka sangat, tak sedar bila masanya Zayyan ambil helmet aku tu. Nasib baik tak kena tepat atas muka. Tinggi juga dia diri atas sofa tu baling helmet kebawah. Kalau tidak, 'check-in' HKL juga aku malam tadi. huh..

tetanjat boboy!! - Gambar hiasan -Google Image




1 comment:

Cik Sue said...

jap nak bayangkan muka tak bersalah dia dengan ayyooo ayyoooo hahahha...sib baik,kalau tak pecah muka haishhh...