Thursday, November 20, 2014

Susah tidur...


Sekarang ni makin lewat Zayyan tidur malam. Kadang-kadang sampai pukul 3, 4 pagi baru tidur. Apa sebab ya? Nak kata tidak tidur siang, tidur juga dia. Tapi malamnya tahan sungguh mata Zayyan. Yang rabak mata, abahnya ni haaaa, esok nk kerja lagi.

Baru aku rasa dan alami sekarang ni. Mungkin dulu masa kecilku, aku pun begitu kot. (^_^) Bila dan alami sendiri kerenah anak ni, tahu lah aku perasaan arwah abah mengadap perangai aku dulu.



Gambar ni pukul 1.30 pagi lebih kurang. Zayyan dah tidur pukul 10.00 malam, tiba-tiba bangun terus segar! Minta pasang abc.. Nak oiii, dah pagi buta ni, esok la sambung belajar.. Zayyan jawab, mauuuuu (takmau) nak abc, nak abc (sambil nangis) . Nak tak nak, pasang je lah. Belajar lah nak oii.. moga memdapat manfaat... 



2 comments:

Nazlee Ismail PCL said...

kena sabar melayan karenah anak, makin besar makin hebat cabarannya Angah..tp kita sbg ibubapa sentiasa mengharapkn yg terbaik.

AMIIZAA said...

wah tahan mata dak zayyan...akak dah merasa zaman anak2 kecik macam zayyan....:)