Friday, April 25, 2014

Santai bersama rakan blogger...

Cerita minggu lepas, baru harini berkesempatan nak update.. he he he. Alem (slow) sangat lah aku sekarang ni nak mengadap blog. Busy pa pun xtau . syuh syuh syuh jauh2 sifat malas (^_^)

Kitorang santai di Taman Tasik Perdana. Ni group blogger KBBA Lemah Klang. Tak plan sangat pun sebenarnya, main terjah cenggitu tu. Tapi sangat happening! Awesome!

Niat awal tu  santai sambil sharing ilmu fotografi, tapi cuaca tak mengizinkan, hujan rahmat. Jadi sesi bertukar menjadi sesi makan-makan sampai lebam! hehe








kredit gambar : Potia , Eddy Ahmad , Syahila Aris





Wednesday, April 16, 2014

Troll atau terpengaruh?


Tengah duduk menonton drama di tv, sayup-sayup je aku dengar bunyi suara "syuuu.. syuuu.. syuu.. yeah! yeah! syuu.. syuu.." . Aku mute kan suara tv, dengan perasaan yg sangat suspend aku dengar lagi bunyi tu..

Memberanikan diri mencari mana datang bunyi tu.. dah kul 11.00 malam lebih ni.. bunyi dari arah dapur.. 

Jumpa! 



Hek eleeeee.. kamu rupanya. Naik sampan la kononya, sambil mendayung bagai. Kamu jangan buat aksi macam ni Zayyan, kang orang kata kamu troll 'tok moh' tu nanti. hehehe


Tuesday, April 15, 2014

Massage kucing

video


Suka sangat la Zayyan ni 'massage' si Comel tu. Keluar je rumah mesti pegi 'massage' kucing tu dulu. Si Comel pula, Zayyan buat lah apa pun dia redha je. Nasib baik Comel kucing yang dijaga. Jadi, tak la risau sangat faktor kebersihannya.

Satu yang aku perasan pasal kucing ni, sangat friendly dengan budak. Budak-budak buat apa pun dia layan je. Di kampung, mak ada bela kucing juga, sama juga reaksinya. Pergi rumah pakcik pun sama juga reaksinya. Bila Zayyan dok ganyang (gomol) dia relax, layan je.. Cer aku try gomol gitu, terus kena cakar ko! haha.. 

Binatang pun faham kanak-kanak, macam mana lah ibubapa yang buang anak tu.. hmmmmmmmm