Tuesday, August 26, 2014

Bahasa Melayu atau Inggeris


Aku ada baca blog Ben Ashaari yang bertajuk English atau ? . Setuju dengan apa yang Ben tulis, kita sekarang lebih 'bangga' untuk berbahasa asing daripada bahasa kita sendiri. Tidak salah untuk guna bahasa lain tapi biarlah kena pada tempat dan masanya.

Terasa dan terkesan dengan entri Ben tu, aku cuba praktikkan untuk guna bahasa melayu dengan orang asing. Aku bekerja di salah satu tempat perlancongan di Kuala Lumpur, hari-hari mengadap pelancong asing yang datang di tempat aku ni.

Biasanya bila pelancong datang, aku sambut dengan 'Hai, Hello, Welcome'. Aku ubah ayat sambut aku yang bahasa inggeris tu menjadi 'selamat datang', kemudian barulah sebut 'welcome'. Ubah ucapan 'thank you' dengan ucap 'terima kasih' kemudian baru sebut 'thank you'.

Baru 5 hari aku praktikkan cakap macam itu. Agak mengejutkan bagi aku bila mana ramai pelangcong yang teruja dan seronok disambut seperti itu. Beberapa pelancong cakap 'ini tempat pertama di Kuala Lumpur yang dia lawat sambut dengan bahasa melayu dulu' 'thats great', katanya (aku alih bahasa dah). WOW!!! seronok tau dia puji macam tu..

Tak kurang juga yang ulang tanya untuk hafal ayat bahasa melayu itu. Ada juga yang terus berborak untuk tahu beberapa lagi perkataan melayu yang pelancong akan selalu guna. Nampak? lagi seronok rupanya gunakan bahasa sendiri. Walaupun hanya sepatah dua sahaja bahasa melayu yang aku guna tapi itu cukup buatkan mereka seronok dan aku lagi lah seronok.

Aku ada lagi beberapa pengalaman yang berkaian dengan hal ini, nanti aku update ye (^_^)







Monday, August 25, 2014

Hampir berdentum dengan helmet...


Malam tadi kepala aku hampir-hampir cedera dek hentakan helmet kerna kelalaian aku sendiri. Maha Suci Allah. Kisahnya, selepas balik main badminton di Bangsar (baca SINI) ,aku baring rehatkan diri di ruang tamu sambil main handphone. Luruskan badan sikit sebelum mandi. 

Tiba-tiba bunyi berdentum dan rasa rambut tertarik di atas kepala. Aku pandang atas, tengok helmet aku! huh! Terus terkejut bangun, macam mana helmet ada kt situ. Tengok-tengok anak aku Zayyan dah diri atas sofa sambil buat isyarat "ayoooo..ayoooo". Zayyan yang ambil helmet tu campak kebawah. Betul-betul atas kepala helmet tu jatuh. Subhanallah.

Main handphone leka sangat, tak sedar bila masanya Zayyan ambil helmet aku tu. Nasib baik tak kena tepat atas muka. Tinggi juga dia diri atas sofa tu baling helmet kebawah. Kalau tidak, 'check-in' HKL juga aku malam tadi. huh..

tetanjat boboy!! - Gambar hiasan -Google Image




Bersukan...


Alhamdulillah malam tadi aku berkesempatan untuk bakar sikit kalori, lemak tepu dalam badan aku ni dengan bersukan, main badminton bersama rakan sepejabat di Kompleks Sukan Bangsar. Rasanya hampir setahun dah aku tidak main badminton ni. huhu. 

Sebelum main tu aku dah bersedia dah dengan kemungkinan 'kejang' otot selepas bermain. Maklumlah dah lama tidak bersukan, mahunya tidak otot-otot aku ni terkejut. Mahunya pergi kerja nanti jalan kengkang. hehehe

Sudahnya, lain pula jadinya.. tengok lah gambar bawah sekali (^_^)

"abah ! ready ye, Zayyan nk baling ni"

nindia, ibunya yang kena urut kaki dek terseliuh semasa kena smash ngan aku!
hehehe.. tak lah, jatuh ketika kejar Zayyan.. huhu