Thursday, November 20, 2014

Restoran Sri Niara


Restoran Sri Niara salah satu kedai makan kegemaran aku. Kerap juga aku pergi makan di situ. Masakannya sedap dan harga yang berbaloi, menambat hatiku, ceewah! hehe

Restoran Sri Niara ni terletak di Jalan Sungai Tua, Kampung Mahkota, Batu Caves. Jalan nak menghala ke Ulu Yam. Senang nak jumpa, tepi jalan utama je.

Suasana restoran yang tenang, diluar kesesakan kota, memang enjoy makan kat sini. Nak pula macam-macam jenis masakan ada, lagi lah best. Ikut selera nak makan ala thai boleh, western food pun boleh.
Kalau nak duduk bersila pun boleh, Sri Niada sediakan gazebo yang cantik woooo.. selesa! Tapi kalau nak makan banyak lebih baik duduk di kerusi je, kang sengkak perot! hehehehe (^_^)

Restoran Sri Niara Google Streetview

Siakap 3 rasa

Tomyam Perahu Pecah

Ayam Gajus - Wajib cuba! Sedap giler weh!

Udang goreng tepung

Pulut Mangga..  Menu wajib juga! Terbaik


Jemput makan u olllssszzz~ (^_^)


Kalau korang singgah Sri Niara, menu wajib yang aku cadangkan Ayam Gajus dan Pulut mangga. Terbaik! 


Alhamdulillah...




Selera Utara di Restoran Bunga Tanjung.


Orang-orang utara yang berada di Kuala Lumpur, kalau hampa semua dok teringat kampung, makanan kampung halaman, mai sini cek nak habaq mai kedai baik punyaaa!! hehe.. Memang sempoi punya..

Nindiaaa!!! Restoran Bunga Tanjung ! Restoran ni terletak di Sentul. Senang je nak cari restoran ni, cari stesen KTM Sentul. Restoran Bunga Tanjung sebelah je dengan KTM Sentul. Kalau tak jumpa KTM Sentul, cuba cari Petron Bandar Baru Sentul. Masuk je lorong tepi Petron tu, terus sampai hujung jalan. Jumpa lah Restoran Bunga Tanjung ni.

Menu dia semua selera utara. Menu istimewa atau menu utama ialah gulai kawah. Ada 2 jenis gulai kawah, gulai kawah daging, batang pisang  dan gulai kawah kambing. Karinya memenag perggghhhhh! Terbaik!
Selain tu ada lauk campur, laksa dan bihun sup utara.

Bihun sup utara ni dia pakai sambal merah tau, bukan sambal hitam. Sambal merah, bihun kuning, sup kaw punya.. baru betul nama bihun sup utara! (^_^)

Gambar aku snap masa makan je.. Gambar lain pinjam rakan blogger Redscarz punya (^_^)


entri pemilik gambar : http://redscarz.blogspot.com
Gulai kawah
entri pemilik gambar : http://redscarz.blogspot.com
nasi apollo! 

harini aku layan gulai kawah kambing+ulam+sambal+air tebu..
Awesomeeeee!!!!




Susah tidur...


Sekarang ni makin lewat Zayyan tidur malam. Kadang-kadang sampai pukul 3, 4 pagi baru tidur. Apa sebab ya? Nak kata tidak tidur siang, tidur juga dia. Tapi malamnya tahan sungguh mata Zayyan. Yang rabak mata, abahnya ni haaaa, esok nk kerja lagi.

Baru aku rasa dan alami sekarang ni. Mungkin dulu masa kecilku, aku pun begitu kot. (^_^) Bila dan alami sendiri kerenah anak ni, tahu lah aku perasaan arwah abah mengadap perangai aku dulu.



Gambar ni pukul 1.30 pagi lebih kurang. Zayyan dah tidur pukul 10.00 malam, tiba-tiba bangun terus segar! Minta pasang abc.. Nak oiii, dah pagi buta ni, esok la sambung belajar.. Zayyan jawab, mauuuuu (takmau) nak abc, nak abc (sambil nangis) . Nak tak nak, pasang je lah. Belajar lah nak oii.. moga memdapat manfaat... 



Saturday, November 15, 2014

Hasan Tomyan & Seafood


Cerita malam tadi...

Malam tadi teringin pula nak makan daging masak apa aku pun tak ingat nama masakannya. Aku panggil daging hitam manis je. Sedap weh! Rasa manisnya, rasa pedasnya memikat hati ku ini. hehe (^_^).

Kedai makan Hasan ni dekat Kampung Baru. Lokasinya berdekatan dengan Restoran Kapal, kalau dari arah HKL, sebeelum jumpa Masjid Negara. Tepi jalan je.. Beratus kedai makan ada di Kampung Baru ni, susah nak explain tepat lokasinya. Tapi kedai Hasan ni tepi jalan besar je, senang nak jumpa.

Masakan dia sedap. Berbaloi makan kat sini. Kalau nak makan nasi bubur pun sedap. Ada pelbagai pilihan lauk pauknya. 

 




mana makanan aku daaaaaa (^_^)
dak ngantuk tahan mata xmau tido~





Thursday, November 13, 2014

Sesi bergambar Kelab Blogger BenAshaari


Sesi photoshoot rasmi Kelab Blogger Ben Ashaari yang berlangsung di Mycreativepixel studio pada hujung bulan lepas. Baru harini berkesempatan coretkan di sini. (^_^)

Founder Kelab Blogger Ben Ashaari : www.benashaari.com
http://redscarz.blogspot.com/
http://www.mawardiyunus.com/
http://marqiscareno.blogspot.com/
http://katanajeeb.blogspot.com/
http://www.razzwey.com/
http://hafizrahim.com/
http://azfar9897.blogspot.com/
http://www.erazfadli.com/
http://www.fazrol.com/

http://dismybelog.blogspot.com/
http://www.kisahemasputih.com/
http://www.yanty.my/
http://hasyanaurah.com/
http://miszrockers.blogspot.com/
http://www.bubblynotes.com/
http://www.qasehdalia.com/
http://fatinbella.com/
http://yayaflanella.blogspot.com/
http://www.dkna.my/
http://kisahpondokkecil.blogspot.com/
http://therylisanurulain.blogspot.com/
http://ruby.my/

http://myputeri21.blogspot.com/








Amacam? awesome tak? Terbaik woookkkkk!!! Awesome gilerr!! hehehe.. Ini baru separuh jer dari geng Kelab Blogger Ben Ashaari yang dapat hadir. 

Kalau korang pun nak shoot di macam kitorang ni, boleh rujuk SINI.

Terima kasih pada penaja-penaja photoshoot Kelab Blogger Ben Ashaari.

Penaja Utama Kelab Blogger Ben Ashaari : Cosmoderm
Shawl by Tya Salmid ,
Pin Hijab by Dania Facon
Make up Artist @shazaamalina @wiidaribbon  @etty_garib @yanneskay.