Thursday, December 18, 2014

Bloggers Day Out di Klang Parade


Sabtu lepas aku berkesempatan join event Bloggers Day Out di Klang Parade. Aku bersama lebih kurang 30 blogger lain berkumpul berjimba-jimbaan di sana! hehe. 

Setahu aku Klang Parade ni shopping complex lama, dalam kepala aku ni, apa la buat disitu. Macam bosan je nanti. Dah bertahun lama tidak jejak kaki ke Klang Parade.

Bila aku sampai, Nah! Klang Parade dah baru! WOW! Silap sangkaan aku tadi.. hehe. Rupanya Klang Parade dah 100% di upgrade. Kerja-kerja menaiktaraf Klang Parade dah bermula sejak bulan Jun 2013 lagi oleh ARA Asser Management Limited.

Klang Parade

Pukul 4.00 petang semua blogger berkumpul di tingkat bawah Klang Parade untuk pendaftaran dan sedikit taklimat untuk aktiviti yang akan kami buat nanti.

Untuk aktiviti pertama, kami dibawa ke Firezone untuk sesi karaoke. Wow, i is very suka karaoke.hehe. Excited giler weh! Dalam perjalan naik ke Firezone kami di menyaksikan 1 persembahan tarian dari Rejuvenate Dance Crew. Peminat Showdown 8TV mesti kenal team ni. Persembahan penuh bertenaga dari Rejuvenate Dance Crew di hadapan studio tarian mereka iaitu Peanut Butter Studio memukau kami seketika.

Sesi pendaftaran.

Persembahan dari Rejuvenate Dance Crew.
Sesi karaoke di Firezone. Aku suka sesi ni sebab aku kaki karok! hehehe. Masing-masing tunjuk bakat terpendam. Suara semua mantap-mantap! Aku? aku nyanyi sikit je, tu pun gugup weh! haha. Ntah kenapa gugup plak masa berduet dengan Fatin

Sesi karaoke di Firezone.

Selesai sesi sumbang suara di Firezone, kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk aktiviti seterusnya. Aku team pink!  Next task is kami dibawa beriadah di Circus Circus. Pecah peluh juga aku di situ. Lama tak main games macam ni. Happening giler weh! Awesome! 

Circus Circus
Pancit giler, dulu relax je 10 lagu (^_^) hehe

Untuk next task, team pink di bawa ke Tune Talk buat ialah selfie 'aksi' di situ dan seterusnya ke Fresh Fruits, buat dan makan buah-buhan segar. 

Karaoke sudah, main sudah, makan buah segar pun sudah, nest task is sesi manjakan diri, di I.GF Nail Spa. Fuh, ianya suatu pengalaman yang amat menyeronokkan. Hampir keseluruhan Klang Parade tu aku pusing. Awesome sangat!



Penat pusing sana sini, kami ke Next Food Junction. Makan time! Macam pilihan makanan ada kt situ, rambang mata juga la nk buat pilihan apa yang hendak dimakan.


Selesai isi perut, alhamdulillah kenyang dah! Last sekali kami dibawa jumpa Upin Ipin. Bergambar seround dua. Then selesai task kami untuk Bloggers Day out harini.

Thanks a lot to Event Plus, juga Klang Parade coz sudi jemput kami, blogger untuk mengembara di Klang Parade ni. Awesome moments! Awesome place! 



Untuk maklumat lanjut korang bolehlah layari :

Facebook : Klang Parade
Instagram : klangparadeshopping






Tuesday, December 16, 2014

Aku di tepong gomakkan...


Kisahnya petang semalam, balik dari kerja, badan ni rasa letih dan lesu sangat. Jadi, aku baring di ruang tamu untuk rehatkan badan sekejap. Tup..tup terlena! Lemau sangat, sampai lena pun tidak sedar. hehe

Dah nak masuk waktu maghrib, wife kejutkan aku dari tidur. Aku bangun, terus capai tuala untuk mandi bersihkan diri. Aku tengok wife dok gelak-gelak je dari tadi, apahal? Tengok aku, pastu gelak.. Kenapa?

'Cer abang tengok muka abang kat cermin' kata wife aku.. Aku pu tengok cermin, yaAllah!! putih melepak muka aku.. Tetanjat kitew!  hahaha

Apakah semua ini, kenaoa muka abang jadi macam ni? Wife bagi tengok gambar di handphone dia..
Aku pun.. Oh okey.. Fine....


Kerja Zayyan! Di tepong gomaknya muka aku! Hahaha.. Betuah punya anak.. tapi aku tau, mak dia la ni dalang utama! Huh!

Aku tengok gambar ni, terus aku senyum. Memori yang akan tersemat di kalbu. Seronok tengok ragam anak. (^_^)  Sekejap masa berlalu, dah besar anak abah, Muhammad Izz Zayyan Rizqi.



Birthday Ben dan Ash

Throw back post (^_^)

Baru berkesempatan update cerita hujung bulan lepas. Huhu. Kisahnya, aku bersama rakan-rakan Kelab Blogger Ben Ashaari berbirthday party di Flora Kafe, Ampwalk. Sambut bithday Abg Ben dan Ash terutamanya, serta rakan blogger yang lahir bulan yg November tu juga. Best Flora Kafe ni, suasananya memang superb! Makanan pun lazat. 





Kek terbaik ni hasil tangan Kak Nina, korang nk oder
custom made kek macam ni boleh klik SINI



Bapa-bapa mithali.. hehe

Kalau korang nak buat majlis seperti birthday party, reunion atau apa-apa je, sekarang ni masih berlangsung promosi untuk pakej berkumpulan. Sesuai sangat buat di Flora Kafe ni. Harga berbaloi, tempat manarik, parking senang dan yang penting makanan pun terbaik! Memang terbaik!!!


Flora Kafe Restoran, Lot G.02-G.05, Ground Floor, The Ampwalk, 218 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi (call/sms/whatsapp) nombor ni : 
Mel - 012-2070166 / 012-6202505
Azizi - 017-3190203




Sunday, December 14, 2014

Kembali ke zaman dinosaur di Discoveria, Avenue K.


Unleash your inner caveperson. Wah! Tengok tagline tu pun aku dah teruja. Alami pengalaman baru bila dapat kembali ke era Mesozoik. Pengalaman yang amat berbeza bila berkunjung di Discoveria.

Sabtu lepas, aku bersama beberapa lagi rakan blogger berkesempatan melawat Dinoscovery by Dinosaurs Live di Discoveria, Avenue K, Kuala Lumpur. Rasa macam ahli paleontologi pula bila berada dalam pameran Discoveria ni. Mana tidaknya, kita boleh tengok dinosaur-dinosaur animatronik yang macam sebenar dengan ngauman, pergerakan dan habitatnya.

Menariknya, pameran di Discoveria ni berunsurkan 'edutainment' (mendidik sambil berhibur). Penunjung dibekalkan dengan 1 peta dan 1 tag (gelang) RFID (Radio Frequency Identification). Seronok weh! Memang macam mengembara ke zaman dinosaur. Tapi Zayyan tak berapa nak gembira pada mulanya bila nampak dinosaur yang besar-besar tu. Takut! nak pula T-Rex yang mulut ternganga tu.. haha. Tapi seketika kemudian, Zayyan okey sikit. Dalam takut-takut pun masih pandang juga, enjoy juga.

Aktiviti lain yang ada, boleh menonton dokumentari dinosaur di Pawagam 3D, menembak (tembak haiwan perosak) , cari gali fosil, wall climbing dan menunggang dinosaur.





Kaunter tiket


Yeaaaa, da dapat tiket!


kena pakai vest! baru feel ala-ala ahli paleontologi


Zayyan nangis, takut dinosaur makan kot.. hehe


Seketika kemudian, baru Zayyan tertarik dan dah ok..


Jumpa pula T-Rex yang macam nak baham orang ni,
Nangis pula Zayyan tapi muka tak nak kelain, nak juga pandang T-Rex tu..


Menuggang dinosaur! Yeeehaaaaa!!!


Dont eat me pleaseeee!!! (tapi muka mcm happy je nk kena makan) haha


Yeehaaa.. bergerak ke hadapan!!!


Cari fosil.. 






Kedai cenderamata


Cafeteria








Cuti sekolah ni sesuai sangat bawa keluarga dan anak-anak ke Discoveria ni.

Harga tiket :

Kanak-kanak - RM35 (Warganegara) , RM50 (Bukan warganegara)
Dewasa          - RM25 (Warganegara) , RM40 (Bukan warganegara)
Warga Emas dan OKU - RM19

Waktu operasi : Isnin-Jumaat - 10.00pagi hingga 7.00malam
                            Sabtu-Ahad dan Cuti Umun - 10.00pagi - 8.00malam

UNtuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan , layari :
www.discoveria.com.my
www.facebook.com/discoveria.kl
atau hubungi : +603-2181 7218