Sunday, January 4, 2015

Teater Tahajjud Cinta, Sirah Rasulullah

Jumaat lepas, aku sempat tonton teater Tahajjud Cinta, Sirah Rasulullah di Istana Budaya bersama rakan-rakan #kelabbloggerbenashaari. Pertama kali aku tengok pementasan teater ni. Teruja giler aku! Sebelum ni aku pernah masuk tengok konsert je.



SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA merupakan satu-satunya produksi pementasan teater Islam yang pertama di Asia Tenggara yang akan memaparkan sejarah hidup Rasulullah S.A.W bersempena menyambut MaulidurRasul. Malah skrip dan konsep persembahan ini telah pun diluluskan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Selain membariskan nama-nama besar industry seni tempatan dan Indonesia, SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA menggabungkan 20 orang pelakon utama, 80 orang pelakon tambahan, 15 orang pemuzik yang akan bermain secara ‘live’ dan 6 orang penyanyi latar.

Antara artis yang turut terlibat ialah Datuk Siti Nurhaliza, Amy Search, Awie, Tegar, Ellie Suriaty, Datuk Rahim Razali, Umie Aida dan Beto Kusyairy.

Antara tarikan ialah set dan props pentas pementasan ini akan mengikut keadaan sezaman yang terdiri dari 12 set pentas dan 20 jenis props.







Teater Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta mula ditayang ,
Tarikh    : 3 hingga 6 Jamuari 2015
Waktu   : 8.30 malam
Lokasi   : Panggung Sari, Istana Budaya , Kuala lumpur
Penerbit : Amazon Entertainment Productions Sdn Bhd

Harga tiket : RM53 , RM103 , RM203 , RM253 , RM403. Untuk tempahan secara online : www.airasia.redtix.com.

Apa tunggu lagi, beli tiket, pergi lah tengok teater ni. Berbaloi sangat. Sesuai untuk seisi keluarga, kita dapat meningkatkan rasa sayang dan cintakan Rasulullah. Tengok macam mana Rasulullah berjuang menegakkan agama Islam. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ



No comments: