Friday, February 6, 2015

Perancangan DIA yang sempurna..


Kita hanya merancang, DIA yang menentukan. Kita berusaha, kita tawakkal, inshaAllah DIA bagi yang terbaik untuk kita.

Semalam isteri aku keguguran. Kami redha. Belum rezeki kami untuk tambah zuriat. (^_^)

Salah aku kah? Itu yang berlegar di fikiran aku. Wife aku ada call tengah hari semalam bagitau yang dia sakit perut. Disebabkan aku kerja, aku suruh dia tahan dulu sehingga aku balik kerja. Aku ingat balik kerja nanti baru nak bawa wife pergi checkup. Fikir aku, mungkin biasa je kot.

Tak sedap hati nak tunggu sampai pukul 5petang waktu balik kerja, aku balik awal sikit. Tapi terlambat juga..... Wife pitam, jatuh di bilik air dan berlaku pendarahan. Terus aku bawa wife ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Di HKL, doktor buat pemeriksaan dan sahkan yang kandungan tidak dapat diselamatkan. Wife keguguran ,akibat jatuh dan hentakan kuat. Jadi, doktor terus cuci je saki baki kandungan.

Agak berat sebenarnya menerima kenyataan ini pada awalnya kerana kami baru je gembira menerima khabar kandungan wife. Baru minggu lepas pergi checkup dan doktor sahkan wife mengandung. tup tup harini dah tiada.. 

Terima kasih pada semua yang bagi nasihat dan sokongan. Terima kasih memberi kata semangat. Thanks a lot semua.




9 comments:

AMIIZAA said...

takziah..

Yan Ty said...

Sabar Angah...Be strong both of you

Masz Sidek said...

Salam takziah dr sya.. Kuatkan semangat, bersabar dan tabah dm ujian ini..

irra yyan said...

InsyaAllah ada rezeki lagi pasni angah. Skrg ni rehat n pantang betul2. Jaga wife baik2. Pantang sama mcm pantang pas bersalin..

Qider said...

Takziah..wife kena pantang tu..jangan fikir banyak2 sangat,insyaAllah, mungkin nanti akan dapat ganti yang lebih baik..Fokus untuk jaga wife time pantang ni..

SalinaJohari said...

Tabah ngah..perancangan DIA lebih baik..

Cikk Mimin said...

tabah ye angah.. semuanya dugaan dan ujian yg mampu di bawa oleh hambaNya

yoorin melacolea said...

takziah angah... insyaaAllah ada rezeki lain nanti.. ada hikmah di setiap sebalik kejadian.. Redha & jaga wife baik2..

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)