Wednesday, September 30, 2015

Review Filem Pontianak Menangis.

Aku bersama rakan blogger berkesempatan ke majlis pra tonton Filem Pontianak Menangis pada Isnin lepas di eCurve.

Bukan selera aku tengok cerita seram ni tapi filem Pontianak Menangis ni berunsurkan komedi seram. Jadi boleh layan. Hehe. Filem arahan Ismail Jejaka yang menggabungkan pelakon dari Malaysia dan Indonesia.


Filem apa ni? Mai nk cerita skit...



Sinopsis filem Pontianak Menangis

Sebuah kisah di sebuah kampung yang huru-hara diganggu Pontianak. Bukan itu saja malah kampung tersebut selalu berlaku kes kecurian dan pecah rumah. Kejadian-kejadian ini menyebabkan penduduk kampung berasa tidak selamat dan takut untuk keluar pada waktu malam. 

Oleh kerana tidak tahan dengan ketakutan ini, penduduk kampung telah bersepakat untuk mencari orang yang boleh menghalau pontianak dari kampung tu. 

Salah seorang daripada penduduk kampung, Din Kelentong (Soya) telah memberi cadangan kononnya dia kenal dengan seseorang dari Tanah Jawa bergelar Raja Paku, yang mampu mengusir pontianak dari kampung mereka. 

Akan tetapi, Din Kelentong memang kaki kelentong, Raja Paku tak wujud pun. Sudahnya orang kampung dah bagi tanggungjawab kat Din Kelentong suruh cari Raja Paku. Pening la Din nak cari. Last-last Din dapat idea, dia pakat ngan kawan lama dia, Mat  Yeh (yassin) suruh berlakon jadi Raja Paku. 

Harapkan Raja Paku, Raja Paku pulak jatuh cinta dengan Pontianak! Perghh bagaimana ni? Sedikit demi sedikit rahsia kampung dibongkar dan kenapa Pontianak menangis??? Haa, kenapa kenapa?? Sedih kot!! 

Latar belakang Filem Pontianak Menangis

Filem terbitan Heart & Soul Sdn Bhd bakal merentap seluruh wayang tanahair bermula 1 Oktober 2015. Filem ini dibintangi pelakon-pelakon gabungan Malaysia-Indonesia. Wow mantap tu.. Antaranya:
Soya, 
Hamdan Senario, 
Yassin Senario, 
Ilya Senario, 
Wan Walla, 
Sathia, 
Rahim Sepahtu, 
Joey, 
Watie Elite, 
Bella (Indonesia) 
Sally (Indonesia) dan 
Sayuti (Indonesia)

Pengarah dan pelakon Pontianak Menangis.





*********************************************

Filem Pontianak Menangis akan mula ditayangkan di pawagam pada 01 Oktober 2015. Esok!!! Haaaaa, apa lagi, pi la layan filem ni.. selalu pontianak mengilai ye dak? Ni menangis plak..ada kelainan skit.. nak tau kenapa dia menangis? sila layan di pawagam berhampiran anda. 

Cumanya, bagi aku filem ni ada sedikit kelemahan dari segi jalan ceritanya, tapi okey lah juga.. lagi pun filem arahan pertama Ismail Jejaka.. boleh di'kipidap'kan lagi. hehehe



2 comments:

Lan Careno said...

Wow... Daebak

Nazlee Ismail PCL said...

Kipidap Sdr Ismail Jejak , aku suka tang gesek geegaji tu.. menangis la syahdunya.