Friday, January 16, 2015

Al fatihah buat arwah atok Jawahir


Al-Fatihah

A001
A002
A003
A004
A005
A006
A007

Semalam, 15.01.15, 8.30pagi, telah  kembali ke Rahmatullah atuk sebelah isteriku, atuk Jawahir. Moga tenang atuk di sana. 

9.00pagi semalam aku di kejutkan dengan panggilan telefon oleh mak mertua aku, bgtau yang atuk dah meninggal. Terus aku minta pelepasan dari bos untuk balik dan ziarah arwah di Alor Gajah, Melaka.

10.00pg lebih kurang, aku bergerak ke sana. Alhamdulillah segala urusan pengkebumian berjalan lancar.

"Mati itu pasti , hidup inshaAllah"


Sunday, January 4, 2015

Teater Tahajjud Cinta, Sirah Rasulullah

Jumaat lepas, aku sempat tonton teater Tahajjud Cinta, Sirah Rasulullah di Istana Budaya bersama rakan-rakan #kelabbloggerbenashaari. Pertama kali aku tengok pementasan teater ni. Teruja giler aku! Sebelum ni aku pernah masuk tengok konsert je.



SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA merupakan satu-satunya produksi pementasan teater Islam yang pertama di Asia Tenggara yang akan memaparkan sejarah hidup Rasulullah S.A.W bersempena menyambut MaulidurRasul. Malah skrip dan konsep persembahan ini telah pun diluluskan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Selain membariskan nama-nama besar industry seni tempatan dan Indonesia, SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA menggabungkan 20 orang pelakon utama, 80 orang pelakon tambahan, 15 orang pemuzik yang akan bermain secara ‘live’ dan 6 orang penyanyi latar.

Antara artis yang turut terlibat ialah Datuk Siti Nurhaliza, Amy Search, Awie, Tegar, Ellie Suriaty, Datuk Rahim Razali, Umie Aida dan Beto Kusyairy.

Antara tarikan ialah set dan props pentas pementasan ini akan mengikut keadaan sezaman yang terdiri dari 12 set pentas dan 20 jenis props.







Teater Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta mula ditayang ,
Tarikh    : 3 hingga 6 Jamuari 2015
Waktu   : 8.30 malam
Lokasi   : Panggung Sari, Istana Budaya , Kuala lumpur
Penerbit : Amazon Entertainment Productions Sdn Bhd

Harga tiket : RM53 , RM103 , RM203 , RM253 , RM403. Untuk tempahan secara online : www.airasia.redtix.com.

Apa tunggu lagi, beli tiket, pergi lah tengok teater ni. Berbaloi sangat. Sesuai untuk seisi keluarga, kita dapat meningkatkan rasa sayang dan cintakan Rasulullah. Tengok macam mana Rasulullah berjuang menegakkan agama Islam. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ