Thursday, February 18, 2016

Zahra Sofia

Lama aku tinggalkan blog ni bersawang. Huh! Nak taip entri ni pun dah dua tiga kali buka tutup. Lama sangat tidak menaip, kekok pula rasanya. hehe

Sekejap benar masa berlalu.. macam-macam perkara berlaku yang tidak aku coretkan disini. Antaranya aku sudah menjadi seorang ayah beranak dua! Yezzzaaa, Alhamdulillah, dizikinkan DIA rezeki zuriat kedua untuk aku. Aku dianugerahkan seorang puteri solehah yang diberi nama Nur Izz Zahra Sofea.

Hari ini 18.02.2016, genap 2 bulan usia Zahra Sofia. Sekejapnya masa berlalu, rasa macam baru seminggu dua je isteri tercinta discharge dari Hospital Kuala Lumpur.

Kali ini aku takde rezeki nak sambut anak seperti aku sambut anak pertama dulu. Sebabnya kali ini anak keluar ikut tingkap dek kerna kedudukan anak songsang. Isteri ku berjuang pada jam 3.00pm hingga 7.30pm. Doktor cuba sedaya upaya untuk pusing bayi ke kedudukan asal tapi tidak berjaya.

7.30pm, doktor panggil untuk menjelaskan keadaan isteri pada aku, kata doktor, dia cuba ubah posisi anak sehingga jam 8.30pm, andai tidak berjaya, permbedahan akan dilakukan. Aku hanya berdoa agar dua-dua selamat je, tidak kisah la cara mana pun. 

Lebih kurang jam 10.30pm , alhamdulillah semuanya selesai dengan sempurna.

Dah dua bulan masa berlalu, seperti masih terasa debaran pada 18.12.2015 di depan bilik bedah Hospital Kuala Lumpur.

Moga membesar kau Zahra Sofea di dalam redha dan rahmat Dia. Moga menjadi anak yang solehah. Taat perintah Dia, cinta Rasul mu. Amin.



2 comments:

Yan Ty said...

Haish la awat comey sgt niiiiii

Muhammad Faiz Mohamed Saaid said...

comel siut huhuhu