Wednesday, April 6, 2016

Songkrun Water Run Kuala Lumpur 2016

Songkrun. Pasti ramai yang dah tau kan? Pesta air yang sangat popular di Thailand. 3 April lepas, Songkrun buat pertama kalinya diadakan di Malaysia iaitu di Sepang International Circuit (SIC),tapi dengan konsep yang sedikit berbeza iaitu dengan larian sejauh 5kilometer. Lari sambil main air. Wow! kompom best kan? Tengok tag line pun dah teruja.

"Run. Play. Splash. Get Wet."


Aku pergi ke SIC dengan Lancareno, amalkan dasar penjimatan, kongsi kereta. hehe. Kitorang sampai SIC lebih kurang pukul 7.30pagi. Relax jap, tunggu rakan-rakan yang lain sampai. Awalnya aku sangka tidak ramai sangat yang turut serta Songkrun ni. Lapang je lagi parking lot kat sini.


Nah! makin lama makin ramai orang berpusu-pusu masuk daftar. Terujanya aku! haha. Ramai giler kot!

Around 8.30pagi, 'klik-klik' aku dah ada semua, terus kami pergi buat pendaftaran untuk dapatkan pass masuk, tshirt dan watergun.

Yezzaaa! Baju sudah tukar, watergun dah ditangan, apa lagi mau tunggu? Lets start the party!!! Dari kawasan pendaftaran kitorang pun bergerak ke kawasan utama Songkrun.
Ada booth dan food truck untuk peserta kot lapar,dahaga dan beli aksesori.

Belum lagi mula larian dah basah lencun! haha. Peserta dibasahkan dengan semburan air oleh Bomba dan semestinya tembakan watergun sesama peserta sendiri. Masa ni semua sporting habis. Kejar mengejar, serang menyerang, huh! happening giler. 

Apa lagi tunggu, tembak gadis-gadis laaaa.. hahaha.. Eh, tak, diorg je yg serang, aku berdiri sopan je menengok. (bajet baik) hahahaha

Pukul 10.00pagi, acara larian sejauh 5km bermula. Perserta dilepas secara berperingkat  untuk elakkan terlalu sesak. Cuaca pun dah agak panas masa ni, tapi tidak lah terasa sangat sebab masing-masing dah basah lencun.



Happening giler weh. Awesome! Ramai giler yang join Songkrun ni. Gambar atas ni sebahagian je tau. Masa ni masing-masing tengah tunggu nak berlepas

Aku berjalan je. Tak fit aku nak berlari. hahaha. 

Setiap 1km, peserta akan jumpa pit stop untuk refill watergun dan relax minum sat.

Dah tak jauh dah lg 500m je. Pancit! hahaha. 




Akhirnya.... Berjaya aku habiskan larian (jalan je sebenarnya) Songkrun 5km Water Run ni.

Aku berjaya tamatkan larian lebih kurang pukul 1.00ptg. Panas terik woooo. Dan, Yeaaaa! Dapat dah medal ! Alololo comelnya medal Songkrun ni. Sweet sweet je dengan dua ekor itik berenang tu. hehe

Songkrun 5k Water Run Kuala Lumpur 2016 memang awesome dan happening sangat. Hope ada lagi tahun depan! Memang enjoy and fun giler! 

Pssss..penganjur, kalau boleh next year awalkan sikit waktu start larian tu, like 8.00-9.00 pagi. Lagi cun! Tak la terbakor sangat kulit i ni.. hehe

1 comment:

iffah hussin said...

tengah-tengah panas main air pulak wahhh syoklah