Monday, October 3, 2016

Hari Keluarga Halmah

Bismillah..

Lama sunggguh aku tinggalkan blog ni bersawang. Rasa keras jari jemari nak menaip. huhuhu. 5, 6 kali juga aku taip padan, taip padam untuk cerita ni. eemmmmm..

Balik pada cerita yang nak aku catatkan dalam memori hidupku di angahjudin.com ni, hari keluarga Halmah 2016. Keluarga Halmah adalah keluarga sebelah bapa mertua aku. Setiap tahun, keluarga Halmah akan buat trip percutian untuk berkumpul semua ahli keluarga. Masa ni lah semua adik beradik berkumpul santai-santai bersuka ria.

Jadi, untuk tahun ini keluarga Halmah memilih untuk ke De Rhu Beach Resort di Kuantan. Cantik tempat ni. Harganya boleh tahan mahal juga bagi aku. Tapi untuk trip ni, kami dapat diskaun 50% sebab tempah semasa pameran Matta Fair haritu. Jadi, dapatlah harga murah sikit. Kami pilih pakej 3 hari dua malam.

Aku bertolak ke Kuantan pada hari Jumaat pagi, 16 September. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam dari Kuala Lumpur. 

Zahra bosan kot, sampai atas dashboard dia nk memanjat..
dapat landing atas tu,kemain suka! hehe


Alhamdulillah pukul 3.00 petang aku sampai ke destinasi, De Rhu Beach Resort. Ngam-ngam waktu untuk check in. Kat sini, waktu check in pukul 3 petang ye, harap maklum. Nanti aku update dalam entri khas review resort ni. 

Lepas masuk bilik, tanpa berengah, salin baju dan booommm!! terjum kolam. hehe. Layankan di Zayyan sebenarnya, tak sabar-sabar nak mandi kolam. Memang puas hari dengan kolam di De Rhu ni. Luas dan sangat mesra kanak-kanak.



Hari kedua kami bermula dengan aktivi sukaneka. Selaku AJK keluarga iaitu Mak Uda, dah siapkan beberapa acara sukaneka untuk kami semua. Meriah habis!

Paling tak boleh blah, kelaku Zayyan.. semua acara dia main, dia menangis! hahaha.. bab ni aku story next time juga.. (^_^)

 

Terima kasih banyak pada semua yang terlibat menjayakan trip familyday kali ni. Memori terindah buat keluarga Halmah untuk tahun 2016. Next trip kita susun lagi terbaik untuk tahun depan. InshaAllah..