Sunday, February 26, 2017

Grand Lexis Port Dickson Adalah Penginapan Yang Menarik!


Grand Lexis Port Dickson Adalah Penginapan Yang Menarik!


Nah ! Manarik dan tertarikkan? Ini lah Grand Lexis Port Dickson. Dah lama sebenarnya aku pasang impian nak bercuti ke Grand Lexis Port Dickson ni. Akhirnya tercapai juga. Yahooo! Hehehe. Kepada mereka yang tak pernah ke sana pasti tidak akan tahu betapa seronoknya berada di the best hotel in Port Dickson ni. Korang pun tahu yang Port Dickson sememangnya menjadi perhatian ramai pengunjung kerana  pantainya yang cantik, suasana yang tenang, pelbagai jenis kemudahan dan banyak lagi tempat untuk dikunjungi.

Bagi korang yang nak bercuti di tempat yang tak perlu keluar jalan ke merata tempat untuk melakukan aktiviti, penginapan di Grand Lexis ni adalah pilihan yang bijak.Sebab apa?  Walaupun korang lepak dalam bilik saja, korang  tetap rasa seronok dan puas hati dah. Nak tahu kenapa? Jom aku share kan apa yang menarik.


Bagi pengetahuan korang, the famous Grand Lexis Port Dickson adalah sebuah hotel yang sangat cantik dan boleh dikategorikan sebagai 5 Star hotel kerana ianya bersih, environment yang tenang, pelbagai kemudahan, view yang cantik, serta tempat yang selesa. Untuk ke sana, korang boleh menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan ke Seremban dan ambil exit Port Dickson. Kalau naik kereta dari Dengkil ke Port Dickson tak jauh mana pun, dalam sejam lebih saja dah sampai. Macam aku dari Kuala Lumpur, perjalan aku lebih kurang 2 jam sahaja.


Check in dulu jom!






Dekat tempat penginapan ni juga mempunyai banyak permainan yang korang boleh lakukan sekiranya korang ingin melakukan aktiviti bersama keluarga dan rakan-rakan. Antaranya ialah permainan snakes, mini segway yang mempunyai track, archery dan pelbagai lagi.



Selain itu, Grand Lexis juga sama seperti tempat penginapan yang lain, ada menyediakan public swimming pool yang amat cantik dan besar.Korang mesti puas hati sangat berenang kt situ. Luas yang amat! Hehehe.

Tapi lagi best berenang di swimming pool dekat dalam bilik kan? Eh,dalam bilik ada swimming pool ke? Haaa, itulah yang menjadikan the stylish Grand Lexis Port Dickson ini sebuah hotel yang unik dan menarik. Kepada korang yang malu untuk mandi di luar bolehlah menikmati masa berseorangan dengan tenang di bilik korang yang mempunyai private swimming pool ni. Tiada lagi bunyi bising, cukup ruang untuk korang menyelam dan berenang sekitar pool tersebut. Walaupun tak sebesar mana, tapi amat cukuplah dan memuaskan untuk korang. Nak manja-manja dengan pasangan lagi lah tiada masalah.. heheh



Sebenarnya Grand Lexis ni ada tiga jenis penginapan yang boleh dipilih iaitu Above Sea, Sky Living atau Garden Living. Korang tak perlu resah hati sebab semua jenis bilik pun ada swimming pool dalam bilik. Penginapan Above Sea terletak mengunjur ke dalam air laut. Jadi dari lobi kena berjalanlah sikit. It's good for you guys yang acah-acah nak honeymoon. Tapi malangnya swimming pool nya terbuka. Orang yang menginap di Sky Living mungkin boleh nampak korang mandi. Hihi. Sky Living pula adalah penginapan ala-ala apartment macam Paradise Lagoon Apartment, ada banyak tingkat dan kolamnya agak private. Penginapan ketiga pula ialah Garden Living. Pilihan ni sesuailah dengan orang yang bawa ahli keluarga yang berkerusi roda atau stroller. Sebab apa? Sebab Garden Living ni macam rumah teres yang boleh park kereta dekat dengan pintu rumah. Keluar je kereta, boleh terus masuk rumah.

Bila dah ada private swimming pool dalam bilik, memanjang sajalah nak berendam kan? Sampai dah naik kecut-kecut dah tangan semua. Hihi. Lepas dah habis bermandi-manda, sudah pastilah perut kelaparan. Kat dalam Grand Lexis ni ada beberapa coffee shop dan restoran. Seperti Restoran Duyung, restoran Jepun dan bar lanun untuk korang menikmati makan yang ada. Tapi kalau nak jimat kos korang boleh saja masak apa-apa yang mudah sebab dalam bilik ada kitchenette facilities. Tapi dah alang-alang duduk hotel kan, kita try lah masakan hotel. Ye idok? So, aku makan dalam bilik saja order with room service. Memang seronok betul ada awesome hotel in Port Dickson macam ni. Untuk honeymoon, percutian keluarga, percutian dengan kawan-kawan, semuanya sesuai. Especially, kalau yang jenis malu-malu nak mandi kat tempat terbuka, sesuai sangatlah. Betul-betul ada privacy. Nak jalan-jalan ke town pun tak terlalu jauh. Jadi, semoga korang enjoy bila bercuti ke sana ya. Superb!


No comments: