Thursday, August 30, 2018

Farm In The City, Seri Kembangan.

Baru-baru ni aku berkesempatan bawa anak-anak ke Farm In The City (FITC) di Seri Kembangan. FITC ni dia punya konsep ala-ala suasana kampung. Sesuai sangat bawa anak-anak bandar ke sini sebab korang boleh rasa suasana kampungnya yang penuh dengan pokok,tumbuhan semula jadi dan hidupan liarnya. 

FITC ni bukanlah macam Zoo yang ada banyak binatang tapi FITC ni lebih pada petting zoo. Hampir semua binatang dalam FITC ni korang boleh pegang. Menarikkan? Anak-anak pasti sukalah. Nak pula anak-anak bandar yang jarang dapat jumpa binatang. Jumpa ayam pun teruja tau.




Masukke ja FITC korang dah jumpa beberapa jenis permainan kampung iaitu bowling kelapa, teng-teng dan bola sangkut kot (aku xtau nama game ni, hahaha). Bukan budak je seronok main, mak bapak pun seronok juga, mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak.. hehe






Harga tiket FITC pada aku ok lah.. berbaloi dengan apa yang korang boleh explore dalam tu.
Harga tiket untuk Warganegara Malaysia :
-Dewasa RM37.00 
-Kanak-kanak dan warga emas RM30.00

Harga tiket untuk bukan warga negara :
-Dewasa RM55.00
-Kanak-kanak dan warga emas RM45.00

Okey, dah selesai beli tiket kan? Jom jalan-jalan dalam FITC ni, kita tengok apa yang ada..






















Kebanyakan binatang dalam ni korang boleh pegang dan bagi makan. Jangan takut pula..hehehe. Nak pula masa dalam kandang yg ada kambing,kambing tu agak nakal sikit. Nampak je orang pegang makanan,dia akan datang gesel kat korang. hehe

Ikan pun korang boleh tangkap dan pegang tau! Bersungguh anak aku sauk ikan, mak dia pun sama naik je..haha



FITC juga ada buat aktiviti untuk kanak-kanak. Simple activities but nice la untuk kanak-kanak. Siap dapat gift lagi. Happy la budak-budak ni..








Ni alpaca, aku ingatkan Llama rupanya lain daaaa.. sejenis binatang yang hidup di tempat sejuk. So, kandang dia pun ada aircond! 



Parrot Show. Ada gambar parrot je, tak snap gambar pun masa show berlangsung sebab kusyuk sangat tengok aksi parrot tu..hehe


Last sekali Pony Ride! Zayyan sorang je naik pony ni, Zahra awalnya nak naik juga,dah sampai turn untuk naik, tak jadi naik, takut! haha


Terima kasih FITC !!! Awesome sangat bawa anak-anak datang sini. Zayyan dah lock date cuti sekolah nak nanti repeat lagi. Suka la tu..haha. Anak-anak happy, aku pun senang hati.

Thanks again FITC. Actually ada banyak lagi binatang-binatang lain yang aku tak snap gambar. Leka melayan anak-anak.. Korang pun wajib datang sini! Berbaloi!

Maklumat lanjut korang boleh ke https://fitc.com.my/

Farm In The City
Jalan Prima Tropika Barat,
Bandar Putra Permai,
43300 Sri Kembangan,
Selangor.
Tel : 03 – 8941 2099/3099