Showing posts with label agensi angkasa lepas. Show all posts
Showing posts with label agensi angkasa lepas. Show all posts

Thursday, November 22, 2012

Program Pencerapan Gerhana Bulan Penumbra dan planet Musytari (Jupiter)


Bersempena dengan fenomena Gerhana Bulan Penumbra (Penumbra Lunar Eclipse) Planetarium Negara di bawah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan berbesar hati menjemput YBhg Datuk/Dato'/Datin/Dr/Tuan/Puan dan keluarga untuk bersama-sama menyertai program di atas. Untuk makluman, selain daripada menyaksikan Gerhana Bulan Penumbra, orang ramai juga akan berpeluang untuk mencerap planet Musytari (Jupiter), menyertai pertandingan TRIVIA, mendengar penerangan berkenaan gerhana dan sebagainya.

Maklumat berkenaan program pencerapan tersebut adalah seperti berikut:
Tarikh                 : 28 November, 2012 (Rabu)  
Masa                   : 9:00 malam hingga 11:00 malam
Penyertaan         : PERCUMA
Tempat                : Planetarium Negara,  Kuala Lumpur
Kordinat GPS     : 3°8'22"N 101°41'20"E


Wednesday, April 18, 2012

Gambar | Pemandangan Bumi Dari Angkasa

sebelum ni Mr.iZzo pernah post permandangan bumi angkasa ni
tapi tu pemandangan bumi waktu malam je..
klik SiNi untuk tengok Bumi Waktu Malam

harini Mr.iZzo share pemandangan waktu siang plak..hehe
gambar diambil dari ISS jugak..superb! (^^,)




















Tuesday, February 28, 2012

Jepun Bina Lif ke Angkasa

























TOKYO - Sebuah firma pembinaan Jepun mendakwa semalam ia mampu melaksanakan rancangan luar biasa untuk meletakkan pelancong di angkasa lepas dalam tempoh 40 tahun dengan membina sebuah lif setinggi 96,000 kilometer (km) atau suku jarak Bumi ke bulan.

Firma Obayashi Corp mendakwa lif itu boleh dibina dengan menggunakan teknologi karbon nanotube yang lebih 20 kali ganda lebih kuat daripada besi. Menurut firma berkenaan, lif itu dapat membawa sehingga 30 penumpang pada sesuatu masa dan bergerak pada kelajuan 200 kilometer sejam selama seminggu sebelum berhenti di sebuah stesen pada jarak 36,000km.

Ketua projek itu, Satomi Katsuyama berkata, pelancong akan tinggal di stesen berkenaan manakala kumpulan penyelidik dan pakar akan meneruskan perjalanan.
"Manusia sejak dahulu lagi kagum dengan menara tinggi. Kami akan membina lif ini dari angkasa lepas dan bukan Bumi," katanya.

Walaupun Katsuyama yakin pelan tersebut akan berjaya, beliau belum menetapkan anggaran kos, lokasi dan pembiaya bagi membina struktur berkenaan.Firma itu membina bangunan tertinggi di Jepun, Tokyo Sky Tree, yang setinggi 634 meter. Antara penglibatan syarikat itu dalam pembinaan bangunan ialah Dubai Metro di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Studio Universal Osaka, Jepun dan Stadium Australia yang digunakan untuk Sukan Olimpik Sydney. - AFP

Thursday, October 6, 2011

Projek Astronomi Terbesar

Assalamualaikum w.b.t

semalam sy ada share gambar galaksi sejauh 70 juta tahun cahaya
hari ni sy nk share teleskop yg diorg guna untuk amik imej tersebut..


rujuk SINI

ada 66 antena ketepatan tinggi dibina yang berfungsi sebagai sebuah teleskop.
apabila siap dipasang, ia akan mampu menemui galaksi yang sebelum
ini tidak dapat dilihat bagi tempoh 3 minit.

benda ni akan digunakan sepenuhnya pada tahun 2013.

dah tgk imej galaksi sejauh 70 juta tahun cahaya? belom tgk SINI

Friday, September 9, 2011

Gambar Kesan Pendaratan di Bulan



IMEJ yang diambil oleh LRO (Lunar Reconnaissance Orbiter) yang dikeluarkan kelmarin merakamkan tapak roket Apollo 17 menadarat di Bulan dan kesan jejak tayar kenderaan dan bekas tapak kasut yang ditinggalkan oleh angkasawan misi Apollo beberapa dekad yang lalu dapat dilihat dengan jelas.-Reuters

Sebuah kapal angkasa milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) merakamkan gambar permukaan Bulan yang begitu jelas sehingga menampakkan jejak tayar kenderaan dan bekas tapak kasut yang ditinggalkan oleh angkasawan misi Apollo iaitu Alan Shepard dan Edgar Mitchell beberapa dekad yang lalu.
Tiga imej beresolusi tinggi yang dipancarkan oleh Pengorbit Tinjauan Bulan (LRO) milik NASA menunjukkan butir-butir yang jelas tapak pendaratan di bulan bagi misi angkasa lepas Apollo 12,14 dan 17 yang dilancarkan pada akhir 1960-1n dan awl 1970-an. Malah imej itu juga turut mendedahkan setiap haluan jejak tayar apabila angkasawan Apollo yang meneroka permukaan Bulan dengan memandu kenderaan lasak menukar arah.
"Kami boleh menjejaki semula langkah angkasawan dengan lebih jelas untuk melihat lokasi mereka ketika mengambil sampel permukaan bulan." kata ahli geologi bulan, Noah Petro di Pusat Penerbangan Angkasa Goddard di Greenbelt, Maryland.  Imej itu juga memperlihatkan jejak-jejak yang jelas pada permukaan bulan apabila angkasawan keluar dari modul Apollo dan meneroka bulan dengan berjalan kaki.
NASA berkata, visual terbaru yang meankjubkan itu dapat dirakamkan disebabkan oleh perubahan pada orbit kamera altitud rendah yang membolehkan gambar diambil dari jarak kira-kira 21 kilometer oleh LRO. AFP

ye ke ni? leh caya ke? hehehe..aku pun xpasti..just wanna share ilmu angkasa (^^,)

Thursday, April 21, 2011

The Best Sun Image

saLam semua (^_^)
petang ni alhamdulillah cuaca nampak terang elok ja..
xder pun tanda-tanda hujan akan turun..
alhamdulillah..balik nanti xla jem sgt..hehe

ni Mr iZzo nk kongsi photo terbaik dr Mr KZ...
salah seorang staf ANGKASA di ONL,Langkawi..
gambar Matahari.. jom memuji keagungan ciptaan Tuhan..
subhanAllah..

High resolution image from LNO by KZ

Saturday, April 16, 2011

Mood Yuri's Night l At Planetartium Negara

saLam semua (^_^)
malam ini Planetarium Negara membuat sambutan 
50th Anniversary of Human Spacelight
this event we call it Yuri's Night

ada persembahan dr kebudayaan Melayu dan kebudayaan Rusia
nk tengok aweks-aweks Rusia menari boleh la datang..hehe
dapat jugak free gift pd siapa yg datang..

lg infi pasal Yuri's Night boleh rujuk SINI

malam ini..datang lah beramai-ramai ke Planetarium Negara

Thursday, April 14, 2011

Preparation For Yuri's Night

pagi ni Mr iZzo kena tolong pasang banting
untuk event Yuri's Night.. huhu~
sila refer post sebelum ni untuk info tentang Yuri's Night..
KLIK SINI pun boleh (^_^)

jom la ramai-ramai kita meriahkan event ni..
byk aktiviti disediakan pada malam tersebut..
siap dapat free gift lg..hehe..(^^,)
jumpa di sanaaaaaa!!




Wednesday, April 6, 2011

NIGHT OBSERVATION PROGRAM

Jom ramai2 pakat2 datang ke Planetarium negara
Tarikh : 09 April 2011
Masa : 08.00 mlm hingga 10.00 mlm..
Tempat : Planetarium Negara Kuala Lumpur,
Jln Perdana.. (Bersebelahan Taman Tasik perdana)
Aktiviti : Pencerapan planet zuhal(saturn) dan Bulan..
"Rugi saper tak datang" boleh saksikan sendiri planet zuhal dengan menggunakan teleskop yg 

kami sediakan!!
jom ramai2 join program ni..series best!! 

Friday, January 28, 2011

UFO Mendarat di Sawah Padi di Yogyakarta -sambungan II-

ingatkan dah abis dah kisah UFO cuti-cuti ke Yogyakarta..
rupanya ada lg, xsudah lg citer ni..haha
akhbar hari ini (KOSMO) memaparkan plak seorang pegawai pentadbir negeri di 
Gunung Kidal merakamkan gambar UFO! wow! 
pastu, ada lg satu lingkaran ditemui di Bantul dekat Sleman.
tentang kenyataan semalam yg mengatakan angkara student tu..
smpai skrg belom ada yg ngaku~
ye laa..seper la plak kn yg brani nk p ngaku dia buat..
hebat ar kalau dia pegi ngaku dia buat kan...
mesti popular! hehehe (^_^)


Thursday, January 27, 2011

UFO Mendarat di Sawah Padi di Yogyakarta -sambungan-

saper ada ikut kisah UFO ni? mrizzo nk share info skit,
sambungan dr kisah yg mrizzo post semlm~
selepas kajian dan siasatan dibuat.....
rupanya,ada student yg rajin terlebih pi buat corak itu..
so, bukanlah corak hasil drpd UFO tu..
ni kes student2 yg nakal xder kejer la ni..hahaha..
macam-macam haL laa..

-keratan akhbar KOSMO-


Tuesday, January 25, 2011

UFO Mendarat di Sawah Padi di Yogyakarta

mrizzo nk share kisah UFO lagi..aritu UFO dtg melawat KL,
 kali ni UFO pi Yogyakarta plak..
maybe skrg musim UFO melancong kot..hehehe (^_^)

org ramai dok amik gambar~
corak unik di tujuh petak sawah~

malas nk taip..klik keratan akhbar KOSMO ni utk baca..hehe~ (^_^)