Showing posts with label anak dara. Show all posts
Showing posts with label anak dara. Show all posts

Saturday, April 21, 2012

Toyol Dara Pecah Rumah



SUBANG JAYA: Dia gadis sunti yang masih bersekolah, namun cekap melakukan jenayah pecah rumah bersendirian dan disyaki terbabit dalam sekurang-kurangnya 10 kes di Flat Sri Kayan, di sini, membabitkan kerugian mencecah ribuan ringgit.
Aktiviti remaja berusia 14 tahun itu terbongkar apabila dia dicekup selepas memecah masuk dan mencuri kelapa di sebuah rumah penduduk flat berkenaan, jam 5 petang kelmarin. 
Menurut sumber, penangkapan suspek yang juga pelajar sebuah sekolah menengah di sini, sekali gus melegakan penduduk di flat berkenaan yang sebelum ini kebimbangan apabila 10 rumah penduduk di situ dipecah masuk sepanjang enam bulan lalu.

“Suspek yang bergerak sendirian mencuri apa saja barangan milik penduduk dan antara yang dilaporkan hilang termasuk wang, barang kemas, komputer riba dan kamera yang nilai keseluruhannya mencecah ribuan ringgit,” katanya.

Sumber itu berkata, remaja terbabit memiliki kemahiran membuka tingkap atau pintu rumah yang dikunci selain licik melalui celahan besi tingkap sempit.


Sumber : myMetro

sayang, umur masih muda, kemahiran ada, kelebihan Allah bagi tapi salah guna. bakat yang ada di sia-siakan dengan gejala tidak sihat.

harap adik insaf lah ye pasni~tak mau la buat kerja-kerja macam tu ei.. tumpukan pada pelajaran..kesian mak ayah adik~