Showing posts with label anak. Show all posts
Showing posts with label anak. Show all posts

Thursday, February 18, 2016

Zahra Sofia

Lama aku tinggalkan blog ni bersawang. Huh! Nak taip entri ni pun dah dua tiga kali buka tutup. Lama sangat tidak menaip, kekok pula rasanya. hehe

Sekejap benar masa berlalu.. macam-macam perkara berlaku yang tidak aku coretkan disini. Antaranya aku sudah menjadi seorang ayah beranak dua! Yezzzaaa, Alhamdulillah, dizikinkan DIA rezeki zuriat kedua untuk aku. Aku dianugerahkan seorang puteri solehah yang diberi nama Nur Izz Zahra Sofea.

Hari ini 18.02.2016, genap 2 bulan usia Zahra Sofia. Sekejapnya masa berlalu, rasa macam baru seminggu dua je isteri tercinta discharge dari Hospital Kuala Lumpur.

Kali ini aku takde rezeki nak sambut anak seperti aku sambut anak pertama dulu. Sebabnya kali ini anak keluar ikut tingkap dek kerna kedudukan anak songsang. Isteri ku berjuang pada jam 3.00pm hingga 7.30pm. Doktor cuba sedaya upaya untuk pusing bayi ke kedudukan asal tapi tidak berjaya.

7.30pm, doktor panggil untuk menjelaskan keadaan isteri pada aku, kata doktor, dia cuba ubah posisi anak sehingga jam 8.30pm, andai tidak berjaya, permbedahan akan dilakukan. Aku hanya berdoa agar dua-dua selamat je, tidak kisah la cara mana pun. 

Lebih kurang jam 10.30pm , alhamdulillah semuanya selesai dengan sempurna.

Dah dua bulan masa berlalu, seperti masih terasa debaran pada 18.12.2015 di depan bilik bedah Hospital Kuala Lumpur.

Moga membesar kau Zahra Sofea di dalam redha dan rahmat Dia. Moga menjadi anak yang solehah. Taat perintah Dia, cinta Rasul mu. Amin.



Thursday, February 5, 2015

Dah banyak bunyi...



Sekejapnya masa berlalu. Baru sangat lagi rasanya dengar Zayyan berbahasa Korea (bahasa yg aku tak paham apa dia kata) , sekarang ni dah sebutir sebutir perkataan yang dah jelas keluar dari mulut dia.

Ada saja yang nak diceritakan dan ditanya. Pandai dah nak berkata-kata. Masa-masa macam ni lah nak kena beringat selalu, kena jaga perkataan yang nak dituturkan. Kalau tidak, , apa saja perkataan yang dia dengar akan dia ulang sebut. Bahaya woooo...




Tuesday, December 16, 2014

Aku di tepong gomakkan...


Kisahnya petang semalam, balik dari kerja, badan ni rasa letih dan lesu sangat. Jadi, aku baring di ruang tamu untuk rehatkan badan sekejap. Tup..tup terlena! Lemau sangat, sampai lena pun tidak sedar. hehe

Dah nak masuk waktu maghrib, wife kejutkan aku dari tidur. Aku bangun, terus capai tuala untuk mandi bersihkan diri. Aku tengok wife dok gelak-gelak je dari tadi, apahal? Tengok aku, pastu gelak.. Kenapa?

'Cer abang tengok muka abang kat cermin' kata wife aku.. Aku pu tengok cermin, yaAllah!! putih melepak muka aku.. Tetanjat kitew!  hahaha

Apakah semua ini, kenaoa muka abang jadi macam ni? Wife bagi tengok gambar di handphone dia..
Aku pun.. Oh okey.. Fine....


Kerja Zayyan! Di tepong gomaknya muka aku! Hahaha.. Betuah punya anak.. tapi aku tau, mak dia la ni dalang utama! Huh!

Aku tengok gambar ni, terus aku senyum. Memori yang akan tersemat di kalbu. Seronok tengok ragam anak. (^_^)  Sekejap masa berlalu, dah besar anak abah, Muhammad Izz Zayyan Rizqi.



Thursday, November 20, 2014

Susah tidur...


Sekarang ni makin lewat Zayyan tidur malam. Kadang-kadang sampai pukul 3, 4 pagi baru tidur. Apa sebab ya? Nak kata tidak tidur siang, tidur juga dia. Tapi malamnya tahan sungguh mata Zayyan. Yang rabak mata, abahnya ni haaaa, esok nk kerja lagi.

Baru aku rasa dan alami sekarang ni. Mungkin dulu masa kecilku, aku pun begitu kot. (^_^) Bila dan alami sendiri kerenah anak ni, tahu lah aku perasaan arwah abah mengadap perangai aku dulu.



Gambar ni pukul 1.30 pagi lebih kurang. Zayyan dah tidur pukul 10.00 malam, tiba-tiba bangun terus segar! Minta pasang abc.. Nak oiii, dah pagi buta ni, esok la sambung belajar.. Zayyan jawab, mauuuuu (takmau) nak abc, nak abc (sambil nangis) . Nak tak nak, pasang je lah. Belajar lah nak oii.. moga memdapat manfaat... 



Monday, August 25, 2014

Hampir berdentum dengan helmet...


Malam tadi kepala aku hampir-hampir cedera dek hentakan helmet kerna kelalaian aku sendiri. Maha Suci Allah. Kisahnya, selepas balik main badminton di Bangsar (baca SINI) ,aku baring rehatkan diri di ruang tamu sambil main handphone. Luruskan badan sikit sebelum mandi. 

Tiba-tiba bunyi berdentum dan rasa rambut tertarik di atas kepala. Aku pandang atas, tengok helmet aku! huh! Terus terkejut bangun, macam mana helmet ada kt situ. Tengok-tengok anak aku Zayyan dah diri atas sofa sambil buat isyarat "ayoooo..ayoooo". Zayyan yang ambil helmet tu campak kebawah. Betul-betul atas kepala helmet tu jatuh. Subhanallah.

Main handphone leka sangat, tak sedar bila masanya Zayyan ambil helmet aku tu. Nasib baik tak kena tepat atas muka. Tinggi juga dia diri atas sofa tu baling helmet kebawah. Kalau tidak, 'check-in' HKL juga aku malam tadi. huh..

tetanjat boboy!! - Gambar hiasan -Google Image




Tuesday, July 8, 2014

Program Little Scientists - Pembelajaran Sains Si Kecil


Alhamdulillah, syukur diberi peluang kenal dengan Program Little Scientists.
Apa itu  Little Scientists?



Little Scientists merupakan satu program pembelajaran yang lebih berkonsepkan kepada sains dalam kehidupan seharian. Mengajar anak-anak kecil dalam linngkungan umur 3-7 tahun untuk berfikir melalui imaginasi mereka sendiri dan kemudian apakah kemungkinan yang akan berlaku disebalik beberapa eksperimen yang ditunjukkan kepada mereka.

Kanak-kanak kecil otaknya selalu berfikir. Mereka perlu berfikir untuk memahami persekitaran mereka seperti pemandangan, bunyi, penampilan, kejadian, emosi, dan lain-lain.Merekan akan sentiasa bertanya apa? mengapa? kemudian mereka akam mencuba untuk mengetahui jawapannya. 

Contohnya belajar mengenai campuran warna. Anak -anak kecik boleh membuat eksperiman dengan mencampurkan warna-warna yang ada. Apakah yang terhasil bila warna biru dicampur warna kuning? Hasilnya warna hijau. Bila mereka melakukannya sendiri, ia bagikan 'magik' bagi mereka bila melihat hasilnya. Dari situ mereka akan teruja untuk mencuba campuran yang lain. Ia menimbulkan minat dan mereka akan mudah faham apa yang mereka pelajari.










Little Scientists sememangnya bagus untuk pembelajaran anak-anak kerana pembelajaran secara 'hands-on' bukan sahaja  memberi ruang kepada anak-anak bermain dan bereksperimen secara bebas, malahan konsep program ini juga lebih santai. Anak-anak akan lebih cepat faham dan tidak tertekan.




Objektif utama Little Scientists adalah untuk memupuk kreativiti kanak-kanak serta menajamkan kemahiran berfikir melalui eksperimen dan aktiviti yang menyeronokkan.

Al-Quran dan sains tak boleh dipisahkan. Penting untuk kita sebagai ibubapa memastikan anak-anak kita memahami hubungan sains yang dinyatakan dalam al-Quran.

Sebab itu, program Little Scientists bukan setakat mendedahkan kanak-kanak dengan eksperimen dan pengetahuan, tetapi turut mendidik mereka melalui penerapan nilai-nilai Islam.



Sehingga kini, lebih 450 tadika disekitar Lembah Klang sudah menggunakan program Little Scientists dalam sistem pembelajaran mereka. Antaranya :

  • Brainy Bunch Islamic Montessori
  • Tadika Dzul Iman
  • Al-Fatih Integrated Preschool




Pada setiap hari Jumaat ada satu slot Little Scientists di program Assalamualaikum, tv Alhijrah yang dikendalikan oleh Nurazidah Mohamed. Nurazidah Mohamed sendiri seronok mengandalikan slot Little Scientists. 


"Walaupun macam-macam ragam saya perlu hadapi,
saya rasa ini adalah satu pengalaman yang menyeronokkan.
"
Komen Nurazidah Mohamed --> Mangga Online » Nurazidah seronok melayan kanak-kanak dalam Assalamualaikum

Oh ya, sebelum terlupa...

Little Scientists akan kecorong radio IKIM pada 9 Julai pukul 6.15 petang nanti, jangan lepaskan peluang untuk mendengar mengenai Little Scientists. Ada sesuatu yang menarik akan dikongsikan bersama. Manalah tahu ia berguna untuk kita dan anak-anak kita.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini tentang program Little Scientists ini, boleh lawat laman sosial mereka di :

Sunday, July 6, 2014

Hasil seni yang tak ternilai...


Tajuknya perghhh... hasil seni yang tak ternilai. Yes, memang tidak ternilai hasil seni ini. Ianya sangat jujur, ikhlas dan tulus dari hati.

Nah !


Kecik besar kecik besar je ibu dia pandang Zayyan. (Abah macam biasa cool je.. hahaha.. tido luar lagi la malam ni) Gurau ye darling. (^_^)

Zayyan clearkan ruang rak ni, dan penuhkan ia dengan seni luar biasa ini. haha. Masa dia buang barang dari ruang ni, aku di 'work station' aku di bilik belakang selesaikan kerja sikit. Perkara biasa bagi kami bila Zayyan selerakkan barang di rak hiasan ni. Jadi, aku pun biarkan je lah, nanti aku kemas balik (tapi ibunya yg selalu kemas..hehe). 

Tapi lepas sepahkan barang ruang rak tu, tiba-tiba sepi.. diam je.. Bila diam aku tau dah,ada la tu yang Zayyan buat. Sekali aku datang tengok dah penuh dah. Aku panggil ibunya, terus jadi Hulk ibunya.. hehe..xde lah gurau je (^_^). Kitorang cool je sbb ibunya kata 'contenglah Zayyan,nanti abah beli baru tak pun cat semula'. Adeh!



Big bos merajuk...



Nampak muka Zayyan tu? Bukan main 'chom' lagi. Baru lepas kena 'fire' ngan ibu dia (ibu dia je suka marah ni, abah dia baik je memanjang..haha kbai.. malam ni tidur luar).

Merajuk la tu kononnya, duduk tersandar tarik muka cenggitu, pastu pandang-pandang orang sekeliling. Tunggu je sapa nak pujuk dia. Aku biar je, nak tengok dulu apa reaksi dia. 2, 3 minit lepas tu Zayyan still macam tu. Haaaa, pandai merajuk dah ko! haha. Adeh!

Tapi senang je nak pujuk Zayyan ni..aku panggil mai dekat aku, ajak main sesuatu. Alololo sekali dua, acah sikit, terus on, muka ada senyum, terus okey balik. Hahaha, pandai sangat la nak tarik perhatian orang. Konon-konon merajuk, nak tunggu orang pujuk baru okey. Alahai anak, makin panjang akalmu sekarang ni. Moga membesar kamu dalam redha dan rahmatNya. 




Saturday, July 5, 2014

Geledah peti ais...


Malam tadi punya cerita, sedang leka aku siapkan kerja di bilik belakang, aku rasa sepi je, mana pergi Zayyan ni, senyap pula dia. Tinggalkan kerja jap, keluar tengok apa yang Zayyan buat. Kena tengok wooo, kang ada je benda yang dia buat. Main takpe, takut buat benda yang tidak sepatutnya yang bolehmengundang bahaya je. Alert!!! 

Nah !!! nindia...





Pandai dah buka peti ais. Siap bawa kerusi ke depan peti ais lagi. Aduhai Zayyan, nak marah tp bila dianampak aku datang terus buat muka muncung mulut sambil sedut angain, pastu hembus bunyi 'haaaaaaaaa'. Terus tergelak aku..hahaha. Akai sungguh la sayang oi..

Nampak bawah peti ais tu? Dah pecah sebiji telur. Kesian mak dia kena lap cuci. Hahaha. Abahnya angkat Zayyan pi main kt depan je. (^_^)


Sunday, March 2, 2014

Terubat juga walau hanya seketika...

Semalam aku sempat berjumpa dengan ummi tercinta sekejap di Taman Tasik Titiwangsa. Ummi datang sini bersama rombongan adik bongsu aku untuk program Dunia Seni Silat Melayu. Program yang mengumpulkan kesemua jenis silat yang ada di Malaysia. Banyak juga jenis-jenis silat yang ada di Malaysia ni rupanya. Macam-macam gaya pakaian dan persembahan yang baru pertama kali aku tengok. Kalau yang popular seperti Silat Gayong dan Cekak Hanafi tu biasa la tengok.. hehe (^_^)

Yang tak berapa bestnya, aku kerja semalam, aku kena kerja di hari yang sepatutnya aku cuti. hmmmm.. Jadi, lepas waktu kerja baru aku kesana. Aku dah suruh wife bawa Zayyan kesana dulu, aku mengusul lepas wakti kerja. Sempat la tok ummi main dengan Zayyan lama sikit. Pukul 4.30 petang camtu baru aku sampai sana. Sekejap je aku sempat lepak dengan ummi. Sedih  (-_-)

Sembang-sembang kejap, kul 6.30 petang rombongan dah nak bergerak balik. 

# Maaf ye ummi, aku 'terpaksa' kerja penuh bulan Mac ni, tak dapat balik kampung seperti yang dijanjikan. Anakmu berkhidmat untuk negara. Sangat sedih bila bos kata "sayangnya takde orang pandang".. But bos, its okey! sokkey ! kita enjoy,chill, redha ja.. semuanya akan okey (^_^)





Thursday, February 27, 2014

Mula tunjuk bakat



Sekarang ni dah kena simpan segala jenis bentuk alat tulis. Pen, pensil, marker, barang make up ibu dia, apa-apa saja lah yang boleh digunakan untuk lukis. Sebabnya, pantang leka je ada lah hasil seni anak ku ini di dinding rumah.

Simpan bukannya tak bagi langsung, cuma tak bagi lukis di tempat yang tidak sepatutnya. Kalau dia nak curah bakatnya tu, aku bagi je lukis di surat khabar lama atau kertas lukisan. 

Malam tadi dia buat lagi seni di dinding, tak dapat guna alat tulis, kunci motor aku pun jadi kerja! hehehe.. akal panjang anak aku ni..

nak kena ikut cara bawah ni lah.. selamat dinding aku.. hehe (^_^)

sumber gambar : ibu4884.blogspot.com




Wednesday, February 26, 2014

Nak bercakap dah...

Ada saja nak diceritakan sekarang ni, ceritalah wahai anakku.. abah dan ibu dengar dengan khusyuknya (^_^) abah dan ibu iyakan aje walaupun tak faham sepatah pun apa yang kamu ceritakan tu..

sekali dengar macam bahasa Korea, sekali lagi dengar macam bahasa Jepun.. pengaruh ibu hang (kamu) la ni masa mengadung tengok drama korea.. hehe

dah nak bercakap dah anak abah ni.. cepat masa berlalu.. 



Saturday, February 22, 2014

Amuk di Sogo


Kejadian di Food Court hari minggu yang lepas...



Beria sangat nak masuk kolam kat Food Court Sogo tu.. bersungguh-sungguh nak panjat dinding tu.. kalau takde perhadang tu, mahu terus terjun je kolam tu.. sudahnya, makan cepat-cepat, kemudian beredar..

Alahai anakku, kolam tu hiasan je, tak boleh mandi.. nanti abah bawa gi mandi manda ye.. (^_^)




Friday, December 6, 2013

Riadah di Tasik Titiwangsa

Lama dah tak bawa Zayyan ke taman.. asyik dok rumah je kan, kesian anak abah bosan tengok benda yang sama je. Ni abah bawa Zayyan gi main taman ye.. kita gi riadah di Taman Tasik Titiwangsa...

Pancit gak aku kejar Zayyan, adeh!!! 





















Susah tidur


Susah sungguh sekarang ni anak cek nak tidur. Ada saja benda nak dibuatnya. Macam-macam dia nak explore. Kadang tu mata sampai dah tak larat nak angkat dah, tapi tahan juga untuk bermain. Nak dipaksa tidur pun tak boleh, bergegar rumah kang dia meraung! hehe. Nak tak nak kena layan kan je lah. Nak di biarkan nanti takut pula dia main benda yang tidak sepatutnya, bahaya woooo...

Dulu umpan je video Upin Ipin dan susu sebotol, sekejap je dia dah tido. Sekarang bagi benda yang sama, dia layan juga, tapi habis je susu dia bangun sambung main! hahaha.. aduhailah anakku.. teletah sungguh kamu sekarang ni..

selamat malam sayang... tewas akhirnya.. 1.00am




Sunday, December 1, 2013

Kena update stamina...


Malam tadi aku gi rumah nenek saudara belah isteri di Bandar Tun Razak, Cheras, malam berinai anaknya, harini kenduri.

Bukan pasal kenduri tu haaa aku nk cerita, ni cerita anak aku yang membuat abahnya ini mengah! hehehe. Dah pandai nak berkawan dah anak aku ni, tapi sayangnya kawan yang di cari bukan rakan sebaya.

Jadi, bila bermain tu, memang kena tengok sentiasa lah sebab kanak-kanak ni bukan tahu apa pun, bila bermain, mereka ni suka berlari, bila berlari ni ada la yang tolak menolak. Anak aku ni bukannya kuat sangat pun, baru je dapat kaki, lesen L lagi, jadi bila rakan yang lebih besar langgar sikit pun dah jatuh. Lari atas jalan tar plak tu, jatuh je komfem calar punya. Nak di halang tak boleh, jadi abahnya kena la join berlari juga, ikut je mana arah dia nak pegi...

15 minit ikut berlari, aku okey lagi.. masuk 30 minit dan seterusnya, nampak macam nak menyerah je, macam mengah je, macam penat je.. hehehe. Nampak sangat badan aku ni dah 'tambah sihat' dan stamina dah out!! adeh! mengah aku dibuatnya.. nampak gayanya aku kena perbaiki balik stamina la lepas ni..






Wednesday, November 27, 2013

15 minit pertama dan berikutnya...

15 minit pertama bila dapat mainan baru, Zayyan akan explore dulu mainan tu.. biasanya dia akan cuba buat macam-macam seperti tekan segala macam pada mainan tu, belek atas bawah depan belakang.. 



15 minit kemudian, inilah jadinya.. video bawah ni...


Pandai dah meminta..


Isnin lepas aku bawa anak bini pegi pasar malam di area Wangsa Maju. Saja jalan-jalan sambil beli barang dapur sikit. Pasar malam kat situ agak panjang la juga, jadi tak daya nak dukung Zayyan lama-lama, lenguh! hehe. Jadi, letak dalam stroller, tolak je..

Tengok dok jalan-jalan tu, tiba-tiba Zayyan pusing nak bangun, tangannya tunjuk sesuatu, mulutnya sebut 'bak..bak..bak..' . Aku pandang arah tangan Zayyan tunjuk tu, nampak orang jual mainan! Adeh! Pandai dah minta mainan anak aku ni.. Masak aku lepas ni..

Malas nak layan, aku tolak laju je kedepan.. haha, kejam! alih-alih ada lagi orang jual mainan kat depan tu haaa.. sudahnya, aku bawa la juga Zayyan pilih mainan sebelum Zayyan  buat latihan vokalnya.. kang lagi kecoh.. hehe.. pasar malam je abah mampu ye Zayyan ye, jangan kat Pavilion ke, MidValley ke, kopak abahnye nanti.. hehe.

Bukan nak berkira, tapi berbelanjalah ikut kemampuan.. (^_^)

Banyak-banyak mainan kat situ, pedang ni yang Zayyan nak...

Dua mainan yang Zayyan pilih - Pedang lampu dan telefon Thomas

Aku : Abah pinjam jap, nk buat muka Gangster!

Zayyan : bagi balik pedang cek!!!

Zayyan : abah xyah poyo sangat lah ! bak balik!




Tuesday, November 26, 2013

Cuba.. cuba.. dan cuba lagi



Zayyan cuba terbalikkan lori mainan dia dan cuba tegakkan supaya dia dapat main tayar lori tu. Banyak kali gak Zayyan cuba try test, sampai nak bebal juga lah. Akhirnya Zayyan berjaya juga.. hehe.. 

Jangan putus asa anakku, dalam kehidupan ni mesti kena terus mencuba, pantang menyerah kalah! Kedah! Kedah pantang kalah, walau sakit jantung dan rebah!! Upsssss, ternyanyi lagu bola Kedah plak.. (^_^)

Monday, November 25, 2013

Buat muka...


Pandai dah Zayyan buat muka sekarang ni. Belajar mana pun tak tau. Ni mesti kerja ibunya ni.. hehehe. Sekarang ni sebut je buat muka, mesti buat muka kerutnya tuh.. Geram pula aku tengok.. nk gigit je rasanya. Besar dah anak abah sayang ni.. cepat betul masa berlalu.. faham dah apa orang kata dan arah dia..