Showing posts with label ayahanda. Show all posts
Showing posts with label ayahanda. Show all posts

Wednesday, September 3, 2014

Moga tenang kau disana...


Pagi semalam dikejutkan dengan panggilan 'perginya' seorang lagi hambanya mengadap Sang Pencipta, Allah s.w.t. Bila sampai masanya tiadalah ada apa yang bisa menghalang. Moga tenang kau di sana, moga ditempatkan bersama orang yang beriman, InshaAllah. 

Al-fatihah buat Ayahanda Mazni atau lebih dikenali Glemey. Beliau merupakan orang kuat NGO, Badan Amal Tarbiah Sejagat (BATAS) sebagai Timbalan Presiden BATAS Malaysia. Terkejut juga aku dengan berita itu.Bukan apa, sihat elok aku jumpa arwah sebelum ni. Selalu juga jumpa lepak minum dengan arwah. Lagi pun rumah arwah berdepan je dengan blok aku.

Arwah terlibat kemalangan di Tanjung Karang. Sedih baca berita di surat khabar pagi tadi. Tajuk pun boleh tahan, pandai orang surat khabar ni letak tajuk. Hmmmm, nk popularkan cerita pun biarlah berpada. Kalau aku anak kandung, baca tajuk camtu 'kempunan' ..hmmm ntah la.. perasaan aku je kot, orang lain tak tahu lah.

Mati itu pasti, hidup inshaAllah.... Al-fatihah.


Alfatihah buat Ayahanda Mazni Glemey. 





Thursday, January 17, 2013

Majlis Aqiqah dan Cukur Rambut Muhammad Izz Zayyan Rizqi


Majlis ni dah lama dah berlalu, bulan Oktober 2012. Baru tadi aku jumpa pendrive yg simpan gambar ni..meh up skit sekitar majlis Aqiqah dan cukur rambut putera sulungku Muhammad Izz Zayyan Rizqi.

Masa ni arwah abah ada lagi...















Friday, January 4, 2013

Mimpi Jumpa Abah

malam tadi aku mimpi jumpa abah.. sob..sob.. bangun tidor jer dah nak nangis.. uuwaaaaaaa~  :"(

abah senyum jer sepanjang mimpi itu, aku tengok abah ceria, tapi aku sedih xsempat nak tegur dan sembang dengan abah~ baru je nk pegang, aku dah tersedar dari tidur...

al-Fatihah buat arwah abah, dah 3 minggu abah pergi~

# mati itu pasti, tidak lewat tidak awal walau sesaatpun....
# rindu abah  :(


Tuesday, October 2, 2012

Tiga Minggu Dah?

Sekejap je masa berlalu.. rasa macam baru semalam aku sambut kelahiran putera sulungku ni. Pejam celik hari dah 3 minggu usia Muhammad Izz Zayyan Rizqi. sekarang  Zayyan dah pandai nak orang dukung sebelum tidur. memang overnight la kalau Zayyan jaga tengah malam. dah tidur baru boleh letak. kalau letak terus je,bergema la rumah dengan suara Zayyan..hehe

seperti biasa..sudah mandi, kena susu..then zzZZzzZZ!

Wednesday, September 26, 2012

Wordless Wednesday #26.09

rutin baru~ tidurkan anak, skali bapak tertidur..hehe
si isteri ambil kesempatan snap pic..huh!

zayyan dah pandai nak orang tidurkn dia..huhu

Friday, June 22, 2012

Anak Aset ke Syurga

tersentuh hati ini bila tengok dan dengar kata2 Ustaz Don dan Ustaz Azhar Idrus ni...
masih belum terlambat untuk aku berubah.. u-turn kembali cuba menjadi anak yg soleh
inysaAllah.. jom sama2 kita berusaha menjadi anak yg solah...


sumber video : YouTube

Wednesday, June 13, 2012

Wordless Wednesday 13.6

abah, ummi dan Alia - Cameron Highland

Sunday, April 17, 2011

KL Gangster

saLam semua (^^,)

petang ni Mr iZzo nk share pasal movie Melayu
yang gempak gak ar.. KL Gangster!
tahniah! xsabar plak nk tunggu Jun ni..
huhu..abisla semua taksub nnti..haha


KL Gangster mengisahkan seorang gangster yang dipenjarakan. Selepas keluar penjara, dia ingin membina hidup baru tetapi tersepit apabila kumpulan gangster kembali mengejarnya. Sama ada kembali ke pangkal jalan mahupun terus dengan kumpulan yang pernah menghancurkan hidupnya, semua akan jadi paparan filem KL Gangter.